Tuesday, May 17, 2011

Hari Wesak

hujan yang lebat menyejukkan suasana.
menu kami hari ni,
Bubur Nasi
terubuk masin+bawang putih+_bawang merah+cili padi goreng perah air limau
telur masin buatan sendiri yg tak berapa masin utk cegah masin & High BP

kami 3 beranak tak kemana-mana cuti.
dah memang biasa, bila cuti duduk rumah.
kadang..kadang aje keluar pi jenjalan.

haziq dari malam tadi demam.
panasnya on and off.
biasa lah haziq ni.. nak berganti bulan atau tahun mesti demam.
comey sungguh.
memang anak ibu & abahnya kan..
mewarisi betul.. ekekekeke..

sambil temankan haziq tidur sekarang ni,
saya seperti biasa dapat la stretching berblogging.
walaupun diluar bingit bunyi lebatnya hujan,
ditambah pula terpekik pekik bayi menangis anak cucu jiran sebelah,
tak lupa juga dengan keriuhan en. abah yang menjerit-jerit sound effect
tak puas hati kalah main game.
idea saya masa ni cukup cemerlang menaip.

di waktu keriuhan ini saya juga sedar sesuatu,
saya tak sudah-sudah makan.
cuti ini membahayakan
lepas saya masak itu, saya makan satu..dua..tiga..
perut & gigi saya tak penat ke?

No comments:

Sensasi nya..,

Us together..