Friday, April 22, 2011

Adab Bersahabat

lama sungguh tak berapa aktif  dlm blog ni rasanya.
Tetiba saya rasa nak muhasabah diri sendiri pula di pagi Jumaat yang mulia ni..
petikan yang saya ambil sedikit dari page PPIMI.
kalau nak refer info keseluruhan, boleh tengok kat PPIMI.



Adab-Adab Bersahabat:-


 
Terdapat banyak adab yang dituntut dalam Al-Quran dan As-Sunnah berkenaan hal ini. Di sini saya cuba sertakan beberapa daripadanya.

Khabarkan kepada saudaranya bahawa dia mencintainya kerana Allah
Berkenaan dengan hal ini, mari kita renungi sabda Rasulullah s.a.w:

 
“Jika salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahu kepadanya bahwa dia mencintainya” (Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim, Ibnu Hibban. Lihat: Sahihul Jami’)
 
Dalam hadith yang lain, ada disebut “mencintainya kerana Allah” (uhibbuhu fillah). (Ahmad)
Syeikh Abdul Aziz Fathi As-Sayyid Nada memberi komen tentang hal ini: “Selayaknya seorang muslim tidak merasa segan atau malu untuk menghidupkan sunnah Nabi musthofa s.a.w, menyebarkannya dan menampakkannya di tengah-tengah manusia. Bahkan, ini merupakan amal soleh yang sangat agung, yang akan terus mengalirkan pahala baginya.” (Mansuu’atul Aadaab Al-Islamiyyah)

 
  • Mengucapkan salam
  • Memenuhi undangan
  • Memberi nasihat jika diminta
  • Mengucapkan tashmit ketika saudaranya bersin
  • Menjenguk saudaranya ketika dia sakit
  • Mengiringi jenazah saudara seislam
  • Mendoakan saudara seagama
  • Saling memberi hadiah sesama muslim
  • Menutup aib saudaranya
  • Tidak memboikot saudaranya (tidak lebih tiga hari)

  
Hal ini (Tidak memboikot saudaranye) jelas dilarang oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith berikut:

“Tidak halal bagi seorang Muslim memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Jika keduanya berjumpa, maka yang satu berpaling dan yang lain juga berpaling. Yang paling baik di antara kedua mereka adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam” (Bukhari dan Muslim)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).

 
( Az-Zukhruf,43:67)

Atas apakah persahabatan kita disandarkan?? Fikir-fikirkan.

Allahualam.


 
p/s: secara terus terangnya saya tak punya kawan karib yang sebenar-benar lagi. Perkataan teman karib tak pernah ade dalam kamus hidp saya sejak kecil. Saya boleh menjadi kawan, sahabat, penasihat dan pendengar yang baik, insyaallah... Tapi mungkin rezki saya kurang baik, kebiasaannya saya menjadi mangsa fitnah,hasad & dengki tak kira sesiapa selepas saya berikan keihklasan saya kepada mereka. Sungguhpun begitu, syukur alhamdulillah, saya masih ade Allah.

3 comments:

Taufiq Wr said...

best ada sahabat sejati..skrg sy ada dua..susah senang bersama :D

QUEENPINK said...

salam


jom join ga saya..

http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/04/queenpink-lucky-follower.html

pUanMaY said...

sama,,,

Sensasi nya..,

Us together..