Tuesday, April 26, 2011

final result

kesinambungan dari entry cuba-cuba nasib saya di Bulan Februari lepas,
makanya, seramai top 6 bersaing utk mengejar acara kemuncak yakni siapakah yang bertuah yang akan memenangi gadis pesona photoshoot Butik Zeaty..
top 6 seperti gambar di bawah, *termasuk saya terselit disini.. hihihi, syukur alhamdulillah*





dan semalam, 25hb April 2011, Butik Zeaty telah mengeluarkan senarai pemenangnya;

PENGUMUMAN PEMENANG PENCARIAN "WAJAH-WAJAH PESONA PHOTOSHOOT "

PERTAMA : NURAZAH DALINA (paling atas no 2 dari kiri ber jubah hitam)

KEDUA : SUMAZIANA ALI (gambar 1st paling atas dari kiri)

KETIGA : FARHA FARHANA (gambar ketiga dari kiri yg paling atas)

SAGUHATI : SITI AISHAH MASRI (jubah ijau)
SAGUHATI : ZULITHA (saya yg berjubah cekelat + tudung munger-munger)
SAGUHATI : HIDAYATI OMAR (pakai tudung purple)


tahniah pada pemenang 1,2 & 3, all of you are deserved to won!
memang dorang tu sudah berpengalaman dalam photoshoot.
macam saya ni baru sahaja mencuba nasib.
Dah berpeluang tersenarai dalam top 6 tu pun Syukur Alhamdulillah.
Terima kasih Butik Zeaty.


Friday, April 22, 2011

Adab Bersahabat

lama sungguh tak berapa aktif  dlm blog ni rasanya.
Tetiba saya rasa nak muhasabah diri sendiri pula di pagi Jumaat yang mulia ni..
petikan yang saya ambil sedikit dari page PPIMI.
kalau nak refer info keseluruhan, boleh tengok kat PPIMI.



Adab-Adab Bersahabat:-


 
Terdapat banyak adab yang dituntut dalam Al-Quran dan As-Sunnah berkenaan hal ini. Di sini saya cuba sertakan beberapa daripadanya.

Khabarkan kepada saudaranya bahawa dia mencintainya kerana Allah
Berkenaan dengan hal ini, mari kita renungi sabda Rasulullah s.a.w:

 
“Jika salah seorang daripada kamu mencintai saudaranya, hendaklah ia memberitahu kepadanya bahwa dia mencintainya” (Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim, Ibnu Hibban. Lihat: Sahihul Jami’)
 
Dalam hadith yang lain, ada disebut “mencintainya kerana Allah” (uhibbuhu fillah). (Ahmad)
Syeikh Abdul Aziz Fathi As-Sayyid Nada memberi komen tentang hal ini: “Selayaknya seorang muslim tidak merasa segan atau malu untuk menghidupkan sunnah Nabi musthofa s.a.w, menyebarkannya dan menampakkannya di tengah-tengah manusia. Bahkan, ini merupakan amal soleh yang sangat agung, yang akan terus mengalirkan pahala baginya.” (Mansuu’atul Aadaab Al-Islamiyyah)

 
  • Mengucapkan salam
  • Memenuhi undangan
  • Memberi nasihat jika diminta
  • Mengucapkan tashmit ketika saudaranya bersin
  • Menjenguk saudaranya ketika dia sakit
  • Mengiringi jenazah saudara seislam
  • Mendoakan saudara seagama
  • Saling memberi hadiah sesama muslim
  • Menutup aib saudaranya
  • Tidak memboikot saudaranya (tidak lebih tiga hari)

  
Hal ini (Tidak memboikot saudaranye) jelas dilarang oleh Rasulullah s.a.w dalam hadith berikut:

“Tidak halal bagi seorang Muslim memboikot saudaranya lebih dari tiga hari. Jika keduanya berjumpa, maka yang satu berpaling dan yang lain juga berpaling. Yang paling baik di antara kedua mereka adalah yang terlebih dahulu mengucapkan salam” (Bukhari dan Muslim)

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: Setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).

 
( Az-Zukhruf,43:67)

Atas apakah persahabatan kita disandarkan?? Fikir-fikirkan.

Allahualam.


 
p/s: secara terus terangnya saya tak punya kawan karib yang sebenar-benar lagi. Perkataan teman karib tak pernah ade dalam kamus hidp saya sejak kecil. Saya boleh menjadi kawan, sahabat, penasihat dan pendengar yang baik, insyaallah... Tapi mungkin rezki saya kurang baik, kebiasaannya saya menjadi mangsa fitnah,hasad & dengki tak kira sesiapa selepas saya berikan keihklasan saya kepada mereka. Sungguhpun begitu, syukur alhamdulillah, saya masih ade Allah.

Wednesday, April 20, 2011

tempat menarik makan menarik

kalau pegi kemana-mana tapi tempat makan tak best pun tak boleh juga kan..
makanan menarik tapi tempat tak menarik selera pun tak boleh juga kan,
ye la.. contoh kata la,
kedai A tu jual makanan yang tersedap di dunia ni kononnye la
tapi lokasi kedai tu betul2 letak sebelah loji rawatan kumbahan.. contoh yang terlampau

memang saya cannot go la nak makan kat kedai sebegitu..
rela lagi daku masak maggie mee makan kat rumah.

akhir kata, utamakanlah kebersihan dalam setiap sudut tak kira la makan,pakai,diri & sekeliling.

salam mesra dari saya si pencinta kebersihan.. :')

Monday, April 18, 2011

perangai suka kondem anak orang,

sentap tak bile orang condemn²,
"apesal anak ko ni dari dulu sampai sekarang tak besar²??"
tak pun, "aku tengok budak ni dari dulu sampai skrg tak besar²"
ape rasa omak budak tu?
mesti sentap berganda²..
orang takde anak, memang boleh je sedap mulut cakap begitu.
asal sihat budak tu, dah syukur alhamdulillah..
kadang budak yg ko kata kecik tak besar-besar tu
umur baru 3-4 tahun dah boleh urus hal sendiri lebih lagi pandai
dari umur budak sekolah darjah 1 darjah 2...

agaknya pada org yg ade anak yg debab ber kilo² berganda
melebihi dari berat yg sepatutnya
fikir itu tanda budak yang bagus & ideal kot.
padahal yang dia kutuk-kutuk komplen-komplen tu darah daging sendiri.

Cegah Murid Gemuk

Oleh Osman Lisut
manlee@nstp.com.my
2011/04/18

Kantin sekolah dilarang jual minuman berkarbonat, rekod berat badan setiap bulan berlebihan

SUBANG JAYA: Semua minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan kini dilarang dijual di kantin sekolah dalam usaha kerajaan mencegah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, larangan itu diputuskan mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu dan berkuat kuasa serta-merta.
Larangan itu turut dikenakan ke atas penjaja yang berniaga di luar pekarangan sekolah kerana didapati menjual makanan kurang berzat, tinggi kandungan gula dan lemak kepada pelajar selepas sesi persekolahan.

Liow berkata, keputusan itu dibuat kerana kajian Kementerian Kesihatan mendapati lebih 15 peratus rakyat Malaysia menghidap penyakit tidak berjangkit dengan 60 peratus daripadanya adalah remaja berusia 18 tahun ke bawah yang rata-ratanya pelajar sekolah rendah dan menengah yang mengalami obesiti serta diabetes.

“Senario ini amat membimbangkan kerana pelajar terbabit terdedah kepada masalah buah pinggang, darah tinggi, strok, kanser dan penyakit kardiovaskular,” katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Kebangsaan Ke-5 di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abd Rahman dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Dr Safurah Jaafar.
Liow berkata, pegawai Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran termasuk guru akan memantau penjualan makanan di kantin dan penjaja di luar sekolah.

Beliau berkata, turut dipersetujui pada mesyuarat itu ialah mengambil data berat dan ketinggian pelajar untuk dimuatkan dalam buku rekod masing-masing sebagai panduan kepada ibu bapa bagi memantau ketumbuhan anak-anak mereka.

“Tugas berkenaan akan dilakukan guru darjah dan segala maklumat akan dicatatkan pada setiap penggal persekolahan. Dari situ ibu bapa boleh melihat keadaan anak-anak sama ada beratnya ideal dengan ketinggian berdasarkan umur mereka. Turut dicatatkan cadangan kepada ibu bapa akan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan obesiti pelajar,” katanya.
sumber dari Berita Harian

Wednesday, April 13, 2011

Gold Coast Famous for Fun

khas untuk anda yang suka melancong..,
jangan tunggu,







Step 1: Click 'Book Now'
• Step 2: Choose 'Activities & Tours'
• Step 3: Choose 'Gold Coast'as the destination
• Step 4: Select your desired Travel Date (Travel Period: Now till 30 June 2011)
• Step 5: Select your 'currency'
• Click 'Search'


Monday, April 11, 2011

bahana tidur petang



kisah semalam le ni..
en. abah tu kan walau nampak macam pendiam.. holoh..holoh.holoh.. lah sangat,
tapi mulutnye kan terlebih pedas ye bila besuara.

dah haziq ajak saya temankan dia tengok cerita dora the explorer sambil baring.
tentulah terlentok terus.
eh sungguhpun mata ni terlelap, tapi telinga masih dengar lagi yer bunyi-bunyian sekeliling,.
jenis tidur "org mengantuk di sorong bantal". tapi tak nyenyak.

en. abah petang tu attend meeting persatuan penduduk.
jadi tinggal kami berdua je di rumah.
bila en. abah balik, saya lari-lari setempat (konon exercise)
tetiba je ai kene sound,     "tidur siang lagi, kan dah sembap badan"
haaaaa! dush sekali kat diri sendiri.
maunye tak tertunus terus ke hati den, muahahahahaha.. bukannya ai sengaja nak tidur eh.
tadi tu tertidur, di ulangi ter tidur.

dengan bersemangat wajanya, saya pun membawa hati yg terhiris tu tadi ke dapur..
selongkar sana sini, sekali hah!
jumpa biskut marrie, asam manis hawflake, toing! toing! ...  lampu idea terus nyala..
tengok planta pun ade, telur pun ade..
pang pung pang pang..
yey! kek lapis asam manis satu siap!.

en. abah macam biasalah.. jadi pengkritik terhebat saya.
saya letak kaler biru pun, komplen dia tak penah tengok kek kaler biru.
banyak komplen dia ni tau..
untung ape bini suke kaler biru, dari kaler pink?
hah tak ke haru en. abah sayang...?












hasil kerja tangan org tak pakar mmg le agak kucar kacir sikit pemandangan keknye..
hehehe.. asal sedap udah!

ape korang buat

apa korang lakukan di hari cuti hujung minggu selalunya??

untuk kami,
kalau ade keluar pun, bila ade tujuan  tertentu. Tempat kebiasaan kami pergi cumanya;-

Giant        ~ beli barang keperluan dapur e.g. beras, ayam, minyak
Taman     ~ utk aktiviti riadah sefamili. (lari-lari kejar-kejar sepak-sepak bola)
CCM TT ~ tu kadang kala.. sejak en. abah dah jadi member ni, rajin juga kami join TT session ni.

itu je la yang rajinnya. Selalu nya kami tak ke mana pun, lepak kat rumah je.
dan waktu kami keluar rumah sekitar jam 5 ptg dan ke atas.

boleh la perasan kami ni lilin.. takut matahari.. hahahaha..

bila ade aktiviti balik kampung, kenduri kahwin barulah cargas kami berjalan.

*entry yang malas*

Friday, April 8, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

malam tak berapa tidur sangat.
siang ni.. dah macam kelawar kot.. mata terbuka, tapi tak fokus..
ade ke macam tu..
mengantuk woh.
hari tu kan haziq sakit gigi, dah tampal, okey dah tak sakit lagi.

mlm tadi pun same juga jadinya, lepas makan sosej saiz XL,
terus melalak sakit gigi.. ibu dah tak bagi makan sosej tu, tetap juga dia nak.
sekali ngap, haaa.. terus meraung sakit.

dah le saya ade keje urgent hari ni tak buleh tidak.
en. abah pula kene meeting dari pagi sampai petang.
tambah pening bile haziq ni nak melekat dgn ibunya..






mata kami berdua yang cantik.
nak cantik macam mata kami, sila la suruh anak takyah tidur malam sampai pagi..
selang 5 minit menangis kesakitan, komfem mata automatik chinese look..
sepet je cengkung.


huuuuuuuuu, pening ibu nak pantau haziq kat ofis.
sekali ni saje ye haziq, no more in future.
ni pun atas sebab kecemasan. tengahari zass kita balik.
keje ibu pun dah siap, terpaksa EL.

Thursday, April 7, 2011

Menu kasih sayang yang sedap

walau seharian sangappp..
tapi hati & muka banyak bunga-bunga.

gumbira tak hingatt...
ni bekal saya utk lunch karang.
teramat sedap sampai tak terkata tau
nasi putih lauk ikan masin tamban, telor dadar goreng letak kicap+sos cili
fuhhhh sedapnya....


sebab menu ni adalah terlalu istimewa..
walaupun tengok nampak macam lauk bujang,
tapi terlalu terlalu istimewa.
en. abah saya yang gorengkan telur tu utk saya bekal..
ha.. rasa sedapnya terlampau-lampau sedap.


en. abah ai terer masak tau. dulu masa pregnantkan haziq, beliau la
yang masakkan saya selama 9 bulan tu.
masa peknen dulu kan saya over mabuk.. muntah+pening tu adalah besfrenforever saya masa tu.
memang cuti masak terus.. beliau lah chef sepanjang 9 bulan peknen.
tak ke hebat tu! ai kagum dgn laki ai tau..
"bang..nanti masak kan lagi eh.. telur goreng pun sodap.."

Wednesday, April 6, 2011

kena pukul kat sekolah

series terjadi..
mangsanya adalah anak saya.
orang comel disayangi ramai macam haziq
tentu ramai juga yang benci.













dah lumrah kan,
kalau ramai orang suka.. ramai juga yang benci aka D.E.N.G.K.I.
muahahahahaha (stetmen best sendiri)
sape lagi nak sedapkan hati sendiri..
kalau tidak  diri sendiri yang buleh buat diri sendiri suka hati.. ~rutin

sekali dulu haziq punya muka habis luka-luka,
en. abah komplen cikgu..cuak gila teacher mase en. abah pung pang pung pang komplen.
lepas pada kejadian tu, alhamdulillah dah tak jadi lagi.


Tapi, 2 hari lepas ade calar sikit kat bawah mata haziq..
yang buat calar tu masih lagi budak yang sama.
adus la hai.. name budak tu Ad.
ape kes la budak ni manjang anti dgn si Haziq.
suka sangat rampas barang haziq.. lepas tu calarkan muka anak ibu..
siyan anak ibu. Nasib baik haziq dah pandai lawan utk self defence.
sekali haziq libas, hah ko! meraung budak tu..
bagus ziq.. teruskan lagi... bila orang buat haziq.. haziq ajar sikit si Ad tu.

ape la ibunya ngajor cenggitu kan..
ehhh... self defence tak salah kan..?
kalau kene pukul, pastu ontok je.. komfem lepas ni nanti kene lagi kan..
baik melawan utk protect diri sendiri.

gambar selingan takde kene mengena dgn cerita maupun tajuk.
gambar² ni utk cuci² mata je.. semuanya masa raya haji aritu.
masa aidiladha thn lepas kami balik Dungun belah en. abah.
mase dulu tak update lintas lansung dlm blog pun..
kebizian yang melampau kalau kat dungun ni.
tah hape bizi pun tah... bizi dengar orang bercakap sampai pening pun bizi gak kan..
hahahaha..


layannn...,









Tuesday, April 5, 2011

kira, kira.. masih tak cukup..

1..2..4..5..6..7..8..9..10.

1..2..4..5..6..7..8..9..10.

1..2..4..5..6..7..8..9..10.

1..2..4..5..6..7..8..9..10.

1..2..4..5..6..7..8..9..10.

haziq mengira.. sambil menyanyi..nyanyi..
abahnya pun tanye,


 "haziq ni kira 1,2, 3 sampai 10.. tapi no. 3 nya hilang..mane pegi ziq??"


"ape abah?? abah tanye ape?"

"abah tanye haziq.. haziq kira 1,2,3.. tapi nombor tiga nya hilang. Haziq kira 1..2.. terus no 4.. mane pegi no 3?" 

"ooo.. nombor tiga eh.. nombor tiga dah hilang dah.."

"hilang kemane?" abahnya bertanya..

"dah hilang.. pegi hospital.. nombor tiga kan sakit.. kena la pegi hospital.."

saya pandang en. abah, en. abah pandang saya..
suka-suka hati dia je cakap no.3 dah sakit pegi hospital.

Monday, April 4, 2011

Tiran: Mati Di Ranjang

tengok tajuk, macam lucah je kan.. muahahahaha.. 
tapi sebenarnya tu bahasa indonesia.
walau pun ade persaman perkataan dgn bahasa Melayu, tapi maksudnya kadang-kadang berbeza kan..
kami layan ABO mlm tadi. haziq ni ha.. manjang request cerita hantu..cerita hantu.. nasib baik ade kat channel ni. tapi tak berapa sesuai la cerita seram indon ni utk bebudak kecik,
dorang ni suka sangat menyeksi. tah hape motipnya dorang ni.. cerita seram, pempuan2nya  nak pakai bra siap baju tido transparent kaler purple..pastu eksesais kat rumah sendiri pun menyeksi.. huhuhu.. sungguh tak bagus..utk anak-anak kecil.. utk dewasa pun tak bagus gak sebenarnya tengok bende2 gitu.. buleh benak kepala.


Synopsis

Diana (Dewi Perssik) and Gugun (Indra L. Bruggman) is a married couple who have just bought a new house. They are busy looking for various kinds of furniture to fill up their new home. One of the most important furniture is the bed. 

They are lucky when they happen to know that their new neighbor Lisye (Ayu Dewi) and her niece Ling Ling (Zuzana Chang) own a furniture shop and offers low price for a bed. While visiting the furniture shop the pregnant Diana senses a breathing bed that begs her to buy it. 

After the bed has been placed in their new home, many strange and unusual events start to occur, affecting their marriage and endangering their lives. The bed seems to bring more misfortune to their new home. Can this be stopped for the couple to live a happy and peaceful life once again?

Pelajar 7 tahun di pukul hampir 2 jam

ARAU: Guru syaitan! Demikian gelaran yang patut diberi kepada seorang guru lelaki sebuah sekolah agama, di sini, yang sanggup membelasah seorang murid lelaki berusia tujuh tahun sehingga koma, Khamis lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.
klik sini untuk berita selanjutnya..

tak sanggup dah saya nak tepek banyak-banyak berita selanjutnya..
sekarang ni pun saya dah sebak & bergenang air mata.
saya terkejut dengar berita ni pagi tadi masa dlm perjalanan ke office,
dah meninggal dah pun arwah kan,
alahaiii.. budak umur 7 tahun.. teruk dibelasah dgn warden asrama.
sebab mencuri duit RM7 kalau tak silap saya. ~ ampunkan saya kalau salah.
allahuakbar.
macam-macam dah jadinya sekarang ni.






terus rindu dgn buah hati pengarang jantung kami ni..

rindu nak gomol-gomol budak ni.
tapi dia sekarang dah kerek tau! mana nak org cium² peluk² dia..

satu tahun lahir banyak kali

bulan lepas,
saya tetiba teringin-ingin nak makan kek birthday...
jgn salah paham.. saya tidak mengandung
termimpi-mimpi tekak saya dgn kelazatan cream kek birthday.
oleh yg demikiannya,
saya cuba mengecek-ngecek en. suami tercinta,
syukur permintaan ku di luluskan.
malam esok kan nya kami tiga beranak pergi le ke area bdr puchong sane.
beli le kek...
padehal saya nak beli kek kecik, yg murah-murah je. yang belas² ringgit kalau dapat.
tapi haziq pulak yang lebihnya.
dia feeling-feeling dia punya kek birthday..
sesuka hati je pilih kek ikut selera dia.. ewahhh!
seb baik ade saiz kecik.. dan nasib baik kedai kek ni ade bagi diskaun 20% utk genting card member.
jadinya dari harge 30 lebih tu tolak le dgn diskaun. dpt le jimat sikit..~ lega



nampak bertuah ni..? bila tak di layan benor kami berdua,
buleh dia merajuk mase tu...
puncanya kami kata kek ni bukan kek birthday dia je pun.
itu pun nak lebih-lebih sentap.
jadinya, kita same2 buat2 macam potong kek birthday,
baru ler bersemangat waja bujang ni..
nasib baik minta lilin gak dari org kedai tadi.
kalau tak di beli candle.. mau berlebih-lebih sentap.








tengok?? over kan haziq.. siap tiup lilin bagai..
feeling-feling birthday boy.
asal beli kek birthday je kata birthday dia.
kalu tiap bulan beli kek birthday, takkan lahir tiap² bulan..
aje gilerr??? muahaha..


kek sedap, cuppies yang tepi tu pun sedap gak..

Saheizy Sam Menang ABPBH10

Tahniah Sam!!

memang deserved la..
memang bagus,
memang tepat..

bagus pengundi.. pilihan yang bijak.

Sunday, April 3, 2011

Hantu Makcik Karipap

muahahahaha..kelakar kan lawak hantu makcik karipap.
bagus kumpulan Balas!.
baru 1st time saya tergelak berdekah-dekah
tengok Balas melawak..
selebihnya sebelum-sebelum ni saya boring je
bila dorang nye turn melawak.
suka sgt buat lawak bermeaning-meaning..
sungguhpun lawak hantu makcik karipap ni ber'meaning' gak.

tapi okey la korang.. lawak..

seronok tengok Maharaja Lawak..seronokkk..
walau muka legend, tapi hati tetap ... ape ek?? *lupa dah..pandai2 la sambung sendiri..
muahahaha..

Sensasi nya..,

Us together..