Thursday, March 31, 2011

make your skin glow from the inside.. sape tak mau memang rugi wohhhh


"Perfect skin – it’s the holy grail of beauty that many ladies lust after, but is also so very, VERY hard to attain. We’re sure every one of you ladies has your own laundry list of imperfections which you’d like your make up to fix – large pores, dull skin tone, dark spots and so on…"

ayat atas ni memang betul.. tanpa prasangka..
wanita-wanita sekalian.. adalah ciptaan yang paling indah..
tambah lagi kalau di iringi dengan kebersihan luaran dan dalam.. alahai... toksah cakap banyak.
berganda-ganda terserlah kecantikannya..

cuba tanya semua perempuan kat dunia ni? pernah tak rasa tanak cantik??
mesti semua orang berimpian mahu C.A.N.T.I.K.

saya sendiri pun.. kalau boleh nak lawa, lawa, lawa..cantik..tercantik lagi..lagi.. dan lagi..
bila dah cantik, automatik rasa yakin diri..
bila dah yakin.. i guarantee.. 100% terus rasa bersemangat waja dalam ape jua cabaran yang mendatang.

If you’ve been searching in vain for a miracle foundation which would make all your imperfections go away and make your skin glow from the inside, your search is over, for Lancôme Maqui Miracle is the answer to all your prayers!







Lancôme “recreates“ the aura of perfect, bright skin with its Aura Bright technologies that effortlessly capture the essence of naturally bright, vibrant beauty and boost it through a dynamic interaction with light. With the Maqui Miracle Natural Brightening Creator compact foundation, not only do you get flawless, shine-free and long-lasting wear, the SPF 35 PA+++ formula helps to prevent the appearance of brown spots and protect skin from the damaging effects of daily UV exposure.


saya berpeluang hadir ke workshop untuk menyaksikan secara live betapa magiknya
Lancome Maqui Miracle Natural Brightening Creator.. transformkan wajah seseorang wanita secara semulajadi.

pada hari Selasa, 15 March 2011.. jam 7.00pm ~ 8.30pm di L’OREAL office – Level 13A and 15 Uptown 2, Damansara. di dalam kesesakan yang teramat di lebuhraya puchong damansara(LDP) yang mane waktu ketika itu adalah kita sedia maklum orang semua berpusu-pusu nakk balik rumah setelah seharian bekerja..kan.. tapi dek kerana keterujaan saya yang amat tinggi.. almaklumlah, bukan senang nak dapat peluang hadir ke workshop secara free... 
Lancome.. workshop L.A.N.C.O.M.E... kalau saya menolak?? itu kerugian yang besar yer...
dari mula Nuffnang bagi invitation email kat saya awal-awal dulu... tak tempoh lansung tau.. zasss telepon en. abah.. *padahal mase tu dia tgh meeting.. selamba badak je saya cakap secara ringkas,tepat,padat dan express minta tolong dia free kan schedule dia pada hari,masa & tarikh workshop ni... orang dah ade anak ni.. nak-nak macam saya ni, kalau nak attend sesuatu majlis ke ape ke secara solo ni.. kena la tanya pendapat suami..
dan juga kena juga minta tolong en. abah saya free kan dirinya untuk menjaga putera saya yang seorang itu.


lalu lintas di LDP ketika itu, adalah terlampau jammed daripada biase.. jammed org balik kerja tu satu hal.. tambah lagi dgn sesak hujan yang lebat .. kereta semua adalah tersengguk-sengguk sampai lansung tak jalan.

viva ku pula gear manual, kejap-kejap cramp kaki ku..
nak tutup aircond dlm ujan lebat tu.. kang ade penuh kelabu dgn wap cermin kereta..
cemane nak tengok depan dalam ujan lebat ni kan..
sepanjang perjalanan dari seri kembangan sampai ke uptown tu.. fuhhh
perjalanan berganda-ganda di duga..


demi miracle creator ni.. ku tolak kan saja segala yang menghalang itu ke tepi..
bila saya sampai dalam kelas, tengok ramai juga yang dah datang. bersyukur nya saya salah seorang yang bertuah berpeluang hadir dalam ini workshop.

Demo make up adalah dari tangan Lancôme National Make-up Artist & Team Leader for Lancôme Colour Design Artist Zamri Zainol...


woh bangga nya saya, dapat tengok live betapa lembut nya sentuhan tangan beliau mengtouchup.
masa tu juga sebenarnya dah nampak miracle yg terhasil dari foundation ni.. series tau..tak tipu!tipu dosa.. tak baik..

sebab Zamri mase tu kan dia demo sebelah muka model tu pakai foundation Lancome ni,
sebelah muka lagi tanpa foundation.
memang smooth je muka yang dah di tepek foundation tu
berbanding dgn sebelah muka tanpa foundation tu .

bonusnya, setiap seorang yang hadir dapat goodies.
seronoknya!.. dapat satu compact casing, foundation dan sponge.. sponge tu spesel tau.. ade dua fungsi sponge tu.. belah kasar² sikit tu utk sapu, belah yg lembut tu utk blending.
















foundation tu en. Ismi yg bagi.. en. ismi ni partner en zamri tu la kot..pakar tentukan warna kulit yang sesuai.






dapat jugak 2 kawan baru. yg duduk di kiri dan kanan saya..

setelah seronok menghadiri workshop, tiba lah masanye untuk experimenkan foundation miracle ni ke muka saya sendiri...
<>  muka sebelum apply Lancome Maqui Miracle <>
 


muka yang ni dah apply foundation tu, tapi masih belum di blend pakai sponge yang special
 




<>
 

<>
<>
 

Bila sudah di Blend, menggunakan sponge yg licin tu.., 

dan hasilnya..... tadaa.....,!!!







walau muka ku tiada pemerah tepi..
walau mata ku tiada pembayang mata
walau bibir ku tiada warna.

tapi ku yakin, diri ku berkilau bak mutiara..
sehalus sutera..
selicin permata.
segebu kapas...

Vacancy.. Vacancy..

**Entry melekat sehingga 31 Mac 11**

Admin Assistant sape nak keje kat office saya? mari..mari send emel kat saya.. tinggalkan emel anda kat saya.. jgn risau.. komen emel anda tu saya takkan reveal.. lepas dpt, saya akan reply kat anda utk bagi emel yang anda harus gunakan utk submit resume anda. jadinya komen yang letak emel address tu saya terus delete.. no worry yer.. requirement yg diperlukan:

Perempuan, Diploma hoDiploma hhhlder or any Diploma & any equivalent. boleh berbahasa BM & BI, BI tu is a must, sbb dealing dgn japanese & Singaporean Chinese. capability utk bekerja dgn komited. Fast learner team building skills time management skills

boleh kerja lama..

be honest and trustworthy own transport sendiri lagi bagus sebab kat Mines Waterfront ni public transport nya agak limited. Skop Kerja yg akan dibuat; To perform general sales administrative duties and provide support to the office administrator superior as required. duties include: answering general enquiries by telephone, Perform other related duties as required. gaji yang di tawarkan RM1200~RM1600 lepas confirm dapat elaun transport..

yang penting boleh kerja dgn jujur, rajin, menepati masa dan boleh keje lama.. office saya 100% japanese company,

utk saja2 nak view profile kami, sila layari web kami di sini yer..

utk makluman, syarikat kami adalah di bawah famili SUMITOMO..marilah kerja sini.

Tuesday, March 29, 2011

Khurafat & Damping Malam

Filem Khurafat & Damping Malam,
dua-dua cerita seram..
dan juga banyak pengajaran yang boleh kita dapat dari cerita ni.

ahad malam isnin kami layan Khurafat,
malam tadi pula layan damping malam.
dan 2-2 juga seram.. bikin jantung saya & haziq berdegup laju.. muahaha..
dasar penakut gak nye..


tetibe bangun pagi tadi.. tengah saya gosok gigi, basuh muka.. tengok cermin..
uwaaa!! muka saya habis bintik-bintik di gigit nyamukkk..
muka saya bintik-bintik sebijik mcm gambar ni.
bintik merah-merah.. en. abah pun seronok je gelak kan saya. saya lagi besar gelak tengok muka sendiri.

nak ambik gambar skrg, kamera tak bawak.
jadi saya edit saje guna gambo yg mana ade je dlm pc ni.
gambar ni masa saya snap² utk 2nd round menggayakan busana Butik Zeaty

Monday, March 28, 2011

apa patut buat bila anak refuse ke sekolah

uwaaaaa!!!!! IBUUUUUUU.... SAAA KITTT.....
haziq tak nak school hari ni *padahal dah sampai simpang sekolah dah pun*

uwaaaa!!! uwaa!! adoi sakitnyaaa!! haziq sakit!!!.. tolong lah ibuu!!!... sakittt...... !!!
tengah ibunya driving di sisi.. anak meronta-ronta kesakitan.

ibu terus kepanikan!

nak tau perkara yang pertama saya buat mase tu??
amik handphone terus dail nombor en. abah.. *as usual*

"abang.., haziq nangis-nangis meraung sakit gigi..,
dia tanak school hari ni" *suara saya mase tu memang super cemas*
"kenape?" abah terpinga-pinga kehairanan.
"tak tau.. dia tetibe meraung sakit gigi.. urut² tak boleh.. dia series tanak school"
"ibu pi inform teacher dia dulu, cuti sengah hari, kita hantar dia tengahri karang, kita bawak dia ke dentist pagi ni dulu"

1st time haziq refuse sekolah pagi ni..
kalau kami paksa dia ikut bercuti sekali dulu pun sebelum ni..
memberontak marah² kan kami tak hantar dia ke sekolah..

dengan berjuraian air mata, meraung² secara tak hingatnya,
buatkan hati saya di paut kesayuan..
memang benar dia tengah kesakitan yang teramat.
mujur cikgunya dah sedia tunggu beberapa minit depan gate..
kalau takde orang depan kereta mase tu,
memang berjuraian gak air mata omak haziq.. tak sanggup tengok haziq nangis tahan sakit.
hehehe.. sungguh pun fizikal ku ini mcm hati beku, tapi sebonarnye gile sensitip ni weh..

makanya, dalam perjalanan pulang ke rumah utk menjemput en. abah..
ye lah.. nak pergi ke dentist tu kan jauh,
perlukan en abah memandu kereta, sementara saya tenteramkan haziq.

dalam perjalanan dari sekolah ke rumah,
haziq tersedu-sedu nangis di seat sebelah driver yang menahan sakit sampai tertidur.
oh berganda kesayuan saya..melihatkan anak saya yg aktif tu tetibe sakit gigi..,
tertidur kepenatan menangis.

dan saya??

tak lengah tadi terus inform office, tebalkan muka je bagitau
saya amik half day EL pagi ni..

promosi..promosi.. promosiii

anda mencari fesyen muslimah yang moden?
anggun? tapi tetap menutup aurat?
dengan Butik Zeaty, anda yakin menggayakannya tanpa ragu.
confirm tertawan..
nak follow dia kat FB pun ada. Apa lagi yang anda tunggu?? Mari la..
** cer tengok minah tudung kuning kat flyers atas ni?? ada saya terselit laa... hihihi*

Friday, March 25, 2011

Yee Mee Kicap

hari ni mood saya tak berapa best.. entah naper, sindrom tah hape² mari kot.. ##tambah lagi ade la sayo mane tah, jawap soklan nyembang saya macam bagus je.. kita tanye bertujuan nak saje² nyembang. dia reply macam bagus jer. kerek kemain!.. tak nak sembang dah ler.. yang herannya sembang dalam YM bukan main je nampak mesra! tah hape! hape! je ko nii!...## kita layan resepi Chef Umi ni dulu, resepi ini adalah dari blog sorang akak yang terer masak memasak ni, uiii sedapnyaa.... Resepi untuk kuah yee mee Bahan Ditumbuk: 1 inci halia 3 ulas bawang putih 5 ulas bawang merah Bahan Sampingan: 1/2 ekor ayam, potong kecil (akak guna 400 gm daging) 10 keping cendawan hitam, rendam hingga kembang 1 batang lobak merah, hiris nipis sedikit sawi, potong kecil 1 biji tomato, potong kecil telur 4 biji (*akak letak 3 biji) 3 sanggul yee mee kering (*akak letak 2 sanggul yee mee jek) 4 - 5 cawan air bancuhan tepung jagung + air (akak letak 1 1/2 sudu besar tepung jagung + 1/3 cawan air) Bahan Sos (campurkan semua dalam mangkuk kecil) 5 sudu besar kicap masin 3 sudu besar kicap manis 3 sudu besar kicap cair 3 sudu besar sos tiram sedikit garam, perisa dan serbuk lada putih Cara-Cara Masak Kuah:- ~ Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan. ~ Masukkan ayam dan kacau sebentar. ~ Masukkan 4-5 cawan air dan biarkan mendidih sehingga ayam separuh empuk. ~ Masukkan cendawan hitam, carrot dan sos dan didihkan sehingga ayam empuk. Cara Hidang: - Sendukkan kuah dan ayam ke dalam hotplate (akak guna kuali jek..hehe), biarkan didih sebentar. - Perlahankan api dan masukkan campuran tepung jagung dan sedikit air untuk memekatkan kuah. - Kemudian masukkan yee mee, tambahkan kuah jika perlu, masukkan sawi dan tomato. - Pecahkan 4 biji telur kedalam kuah. biarkan mendidih sebentar sebelum di hidangkan dengan potongan cili padi dan kicap...

Kulit Tart/Sugar crust/Tart shell

Bahan-bahan 125gm tepung halus/superfine 65gm mentega 50gm gula kaster 1 biji telur kuning sedikit air Cara membuat (cara 1) Gaul semua sekali sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan sedikit air sehingga menjadi doh yang lembut. Sebaik-baiknya menggunakan food processor atau mixer. Rehatkan sebentar dan bolehlah dibentuk dalam acuan tart/pai. Cara membuat (cara 2) Pukul mentega dan gula sebantar sahaja dalam 2 minit kelajuan maksimum. Masukkan kuning telur dan kacau sebentar. Masukkan tepung dan sedikit air sehingga membentuk doh. Rehatkan sebentar dalam 10 minit sebelum dibentukkan dalam acuan tart/ pai. resepi ini adalah di copy paste dari Cef Azli Razali

Thursday, March 24, 2011

urat yang demam

sebab cuaca ke ?
kurang vitamin?
kurang makan??? terlebih-lebih makan ade ler..
dalam kepala dok pikir nak makan aje kejenye..
tapi series badan saya tak bermaya..
letih je rasa..
badan letih, selera makan membuak-buak..
mase ni dalam kepala,
nampak kek aiskrim dok panggil2 saya..
huhuhuhu tak tahannye lak rasa..
nak buat kek sendiri, malas..
nak pegi beli sendiri pun malas...
nak minta laki belikan pun malas.
pendek kata mood saya adalah M.A.L.A.S.
rumah saya sekarang ni pun tunggang langgang.
makin tambah malas saya nak mandang kiri kanan.
dok merap je la dlm bilik tido.

Wednesday, March 23, 2011

KFC ~ It's Finger Lickin' Good


sedap sungguh tengok brader ni makan KFC..
kelaparan terus saya masa tu..
kejadian ni masa sabtu aritu,
masa nak bergerak ke Taiping. En. abah singgah Shell kat area sebelum giant kota damansara,
nak pegi top up Touch n Go.
saya & haziq stay dalam kereta aje..
ralit woh saya tengok brader ni makan.... sedapnyeee....

Tuesday, March 22, 2011

Jemputan Perkahwinan

inilah sebabnya kami 3 beranak ke Taiping.. adalah tidak lain tidak bukan utk menghadiri jemputan kahwin opismet en abah. Selamat Pengantin Baru Suazli & Nasaime, gila muslimah saya di hari itu.. hehehehe.. bukannye selalu kan..

lokasi Doli Kuay Teow Goreng Di Taiping..

restoran ni letaknye betul² berhadapan dgn klinik pergigian kerajaan. berhampiran juga dengan Bomba, memang dekat. kalau dah sampai bomba taiping tu, ha! depan sikit jumpa la kedai doli ni. alamatnya di No. 5, Regat Tupai, 34000 Taiping. kalu taknak ke Taiping, sila lah berkunjung ke TTDI di alamat; No. 16, Jln Wan Kadir 5, Tmn Tun Dr Ismail, KL. berhadapan dgn bangunan Naza dekat TTDI sana. nak lebih detail boleh refer kat sini yer..

Doli The Famous Kuey Teow Goreng in Taiping

Kuay Teow Goreng Biasa harganya RM4.00 komen kami laki bini terbaik sedap rasanye.. keseluruhan menu yang kami makan malam tu. kuay teow goreng biasa =RM4.00 kuay Tiaw goreng special =RM9.00 Nasi Ayam = RM5.00 Air Teh o Laici panas utk saya & en. abah laici suam utk si putera Haziq anak ku pipi bengkak sebelah muka haziq merah sebelah.. dia sakit gigi pagi sabtu tu.. kesian dia.. menangis² tak boleh nak tidur. terpaksa en. abah dukung+dodoi di pangkuan en. abah sampai terlelap. awal²nya nak kenselkan aje trip ke Taiping ni.. bile haziq pun eksaited nak pegi jalan.. makanye plan kami ke taiping on seperti dirancang. muka inilah yang paling kelaparan malam tu. dan di ikuti dengan ini.., nasi ayam..,
malas nak cakap banyak..
layan gambo je ler yer.

Friday, March 18, 2011

asal lunch time, Jammed! mykepale..

lunch time kat opis, agak merunsingkan saya sebenarnye, tiap hari boleh katakan pening kepala. mula la ayat "makan ape yang best ??" dok berlegar² di kepala. tapi kalau di malam hari tu saya masak lebih, memang saya dah siap asingkan utk bekalan saya di esok hari. bila dpt makan bekalan, contoh yang macam dalam gambar ni.., kari daging tetel... fuhhhh sorgaaaa.. makan tak toleh kiri kanan dah.. burppp... alhamdulillah. oh rajin nye budak ni bawak bekal gi kerje yer.. mak sape lah ni yerkkk... ngeeeee..

Thursday, March 17, 2011

salah ke kalau kuat makan??

Oven baked garlic bread The all-American Columbus Lamb Chop tak menangis ke tengok 2 gambo makanan nihh??? wohhh yummmiiee.. nyerrr, harganye sekarang cuma RM14.90 instead of RM33 for an All-Time American meal of Wild Mushroom Soup + Garlic Bread + Columbus Lamb Chop + Lemonade at Rosemary Bites, Aman Suria [55% OFF] meh tengok serba sedikit dianya condition; •Maximum purchase of 2 vouchers per person •Limited to one redemption per person •Redemption Period: 24 March 2011 - 8 May 2011 •Rosemary Bites is located at A-G-28 Block A, Jalan PJU 1/43, Aman Suria, 47301 Damansara, Selangor •Opening Hours: 11am - 3pm (Lunch) & 6pm - 10pm (Dinner) •Closed on Wednesdays •No reservations required •Vouchers are non-refundable and non-redeemable for cash, products or other items Yang paling penting ->> •Meat suppliers for Rosemary Bites are Halal certified apa tunggu lagi, cepat² sambar sana

Jom Join Bloglist Taufiq Tiramisu

CARA UNTUK JOIN 1. Buat satu entri bertajuk : Jom Join Bloglist Taufiq Tiramisu dan letak banner kat atas tu . ye dah buat, entrynye ni ha.. dan banner tu pun dah tertenggek kat side bar saya. 2. Komen sikit pasal blog ni. Nak komen jahat pun takpe. Aku tak marah . saya suka blog ni, tips & tutorial dia mudah utk di ikuti. memang sangat membantu saya. dan yang paling penting senang nak paham utk org yang dah berumur mcm saya *uhuk huk huk (batuk)* 3. Link kan entri ni pada entri korang tu. Dan post permanent link entri yang korang buat tu kat bahagian comment post ni. Dan Siap!! yer!! memang dah buat & siap pun.. tenkiuuu Tarikh tutup : 31 Mac 2011 (mungkin dilanjutkan atas permintaan) entry ni di buat sebelum tamat tempoh.. lega.. hehehehe

Tuesday, March 15, 2011

i Phone... i Phone

Always have trouble finding companion to beat your Fruit Ninja's high score? Or if the birds are getting more angry because there is no one else to play with? Now here's your chance to purchase an iPhone4 without needing to subscribe to a line! All you need to do is to sign up or just upgrade it. from a iDiGi RM88 to either RM138 or RM238.. Are you an epic die-hard fan of Fruit Ninja? Get your hands on the new iPhone4 with #DiGiiPhone4 today! All you have to do is to upgrade your line. Too cool to be true!!

Monday, March 14, 2011

dia bertunang

ahad bersamaan 13/03/2011
saya pergi make up opismet saya di rumah nya di Serdang.
pengalaman 1st saya make up org bertunang, setelah sekian lama menyepikan tangan saya utk make-up² orang.. main mekap² orang je
agak kelam kabut & stress, & series saya gabra juga mase tu,
kira nilah yang pertama kalinya secara officialnya saya me make up kan org.
syukur alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
almaklumlah budak baru belajar katakannye kan,
memang tak berapa meletup lah hasilnya macam tangan otai yang dah lama dlm bidang ni,
tapi bile dah make up, saya tengok dah macam norish karman la pulak hidayah ni..
nak tengok lagi, meh la klik sini

Friday, March 11, 2011

Gara-gara FB,

Facebook is a one of the social network, betul? Namanye pun dah laman sosial kan.. Tujuannye pun adalah untuk bersosial.. Idak le terang-terang bersosial sahaja tujuannye. Tapi kalau si penggunanye dah silap langkah, memang lebih teruk le bersosial jadinya. Kalau tidak, takkan lah banyak kes terjadi akibat dari Facebook ni kan. Dengan kes cerai berainya la.., lagi ape? Kes skendel kekasih lama bertaut kembalinya la.. Putus tunang nye la.. orang sane affair sini, sini rembat sane..macam-macam kan.. Oh saya nak citer ade satu kisah seorang kakak ni agak bengang dengan seorang muslimah ni.. Ye lah, pernah le jadi salah sorang model muslimah kononnye Jadi kite gelarkan model muslimah tu sebagai muslimah lah sangat Model muslimah ni Dah tunang dah pon, cume kawinnye postpone.. Tak tau pasai pa.. kot sbb tunangnya eksiden ke hape ke.. wallahualam, dulu dia free hair, rambut pun kaler perang.. sekarang ni muslimah ni dah bertudung.. tak tau ikhlas ke dak.. ye la mane tau, kot sebab nak jadi model muslimah terus berhijrah, Alhamdulillah syukur. Dah berubah dah bertudung. Bagus.. Tapi yang tak bestnya kan, Berbalik pada cerita si kakak ni tadi, si kakak ni pernah kenal & pernah jumpe pun si muslimah ni.. sebab si muslimah ni adik kepada kawan suami si kakak ni. kakak ni dulu pernah la pergi wedding abang si muslimah ni. Siap pergi 2 tempat lagi, majlis resepsi kat dewan pergi, Makan-makan potong kek untuk sanak saudara kat rumah pengantin pun pergi. Tapi si muslimah ni masa di wedding tu tidak pun beramah mesra dgn si kakak ni.. Gitu-gitu aje, senyum pun idak. Mungkin si kakak ni tidak berapa vogue kot kan. Tidak lah di layan taraf² artis.. hehehehe agak aje la.. Sambung lagi cerita, Pada suatu hari yang indah tu, si kakak ni buka emel suaminya.. Saja-saja suka-suka kan, sebab dorang laki bini ni boleh la dikatakan tiada rahsia antara kita. Sekali tetibe Nampak nama si polan sipolan yg berciri muslimah la yang sangat nye kan (si muslimah ni la) Request utk friend dgn si suami kakak ni di Facebook. Apa lagi, menyirap Dengan nafas turun naiknya la si kakak terkesima. Apa ke hey nye minah ni nak berkawan dgn laki dia kan.. kenal pun tidak.. Wah wah muslimah ni.. kemain ko!..
adakah si muslimah ni guna tiket abang nya adalah kawan laki kakak ni Utk beramah mesra, tayang2 gambar model2 dia yang dirasakan seperti ratu cantik, Sungguhpun muka muslimah tu penuh dengan parut jerawat, kawah gunung berapi tapi Nampak mulus
setelah bertepek² dgn make up² yang berlapis²?? Mujur si kakak ini seorang yang beretika,
tidak melulu menyembur si muslimah ini. Di rijek kan aje request dari si muslimah ni. Macam-macam kan orang zaman sekarang, Kes-kes gini lah yang akan berubah jadi perkara yang tak baik. Dan akhirnya mungkin juga membawa kehancuran & keruntuhan rumahtangga & keharmoniaan orang lain. Wahai adik-adik kakak-kakak kawan-kawan sekalian, marilah bersama² Kita kekalkan tata susila hormat menghormati sesame insan. Apa lah salahnya kita jaga adab kita sentiasa untuk mencegah sebarang cela & keburukan. Rasanya kan, tak perlulah nak berkawan terlebih dengan hat jantan secara berleluasa.
nak-nak kat laman² sosial mcm ni.
banyak cons dari pro nye yer. Cukup la dgn teman² rapat yang sedia ada. Bukankah masa ni pempuan lagi ramai dari lelaki.. sentiasa la berpegang pada
ayat yang sweet penuh pengertiaan ni,
"what you give you get back"
Utk muslimah itu, tidak cukup puas hatikah dikau dgn tunang mu itu dik..?

Wednesday, March 9, 2011

sampai sekarang M.A.S.I.H...fuhhhhhhh letih di buatnye

manje ku yg bertuah ni punye kerja..
dedulu dari dia umur baby-baby dulu kan,
memang pantang nampak kain yang saya dah siap lipat tersusun masuk bakul..
nak senang keje kan,
masuk kain² yg dah siap lipat tu dlm bakul.
sekali harung je nak bawak masuk bilik
simpan dalam lemari.
kebiasaannye mase tengok tv tu saya nyambil lipat kain..
datang si haziq terus di kirai-kirai kan kain² yang dah lipat tu..
cerita ni saya citer mase dia baby dulu la..
wohhhh!! betapa hebatnya taufan ku di masa itu.
tapi ai bagi chance, betapa solehahnye saya tahan marah..
tak semena² en. abah jadi mangsa kemarahan guwe mase tu
sekarang dia hampir 4 thn umurnye..
dah lame dah tak lipat baju mase dia jaga..
biasenye dia tidur, saya marathon lipat baju.
nak cerita ahad aritu punye kesah,
saya lipat² kain letak dlm bakul,
tinggalkan kejap, pegi letak hanger² baju tu ke dlm bilik,
sekali tengok!! uwaaaaaaaa!!!!!!!! habis berselerakan kain baju kuuuuuu..
dan-dan saya merajuk bawa diri pegi dapur..
haziq sopan santun lagi inesen minta maaf.
ape lagi, saya suruh dia lipat baju tu balik & susun² masuk bakul..
tu gambar tu saya tangkap mase dia penuh ketekunan melipat & menyusun kain²
dengan cara nya sendiri.
haziq ni memang tau!.. eeeiiiiii.. gerammm sangat..
kalau becakap nombor satu. dah lah suara comey.. serak² gitu..
nak marah betul² pun mesti kene tahan ketawa betul², baru boleh marah..

Tuesday, March 8, 2011

Don't you just love the thought of starting your day with the aroma of #MiloFuzeJamPack? Click on this link & you could be lucky ones to win Apple products! It's addictive!

Don't you just love the thought of starting your day with the aroma of #MiloFuzeJamPack? Click on this link & you could be lucky ones to win Apple products! It's addictive!

berangan berangan

dari tahun lepas saya rajin godek-godek MAS, Firefly, AirAsia lagi lah selalu. saje je test test.. mane tau dapat rege murah. berangan itu wajib. walau pulus mase tu entah dimana..hahahaha lokasi yang 1st² cari adalan Padang, Indonesia.. sebab ape? sebab tempat yg cantik beristirehat. macam saya & en. abah kalau pegi berjalan & bercuti ni, tak berapa minat sangat nak pergi kesana kesini bershopping. kami tak tahan penat berjam-jam bershopping. kami lebih suke pergi ke sane ke mari untuk bersiar-siar, ambil angin, jalan-jalan suka hati, tidur hotel boleh berangan jadi orang kaya
kalau shopping pun yang mana perlu & teringin aje..
lokasi yang 1st cari adalah Padang, Indon..
sebab ape nak pegi padang ni, sebab tempatnya cantik.
pastu try juga godek-godek fare ticket ke Kota Kinabalu,

ada juga try tengok ke Gold Coast..
bila tengok² total tiket utk 3 beranak ni.. ke Padang yang paling murah, RM300lebih je return tiket. Tapi, semuanya hanyalah angan-angan.. hehehe nak ke oversea macam seram sejuk juga. fikir-fikir keadaan sekarang ni mcm bahaye je kalau nak abroad. Sane sini gempa, Takuttt..
CCM ade dengar² mau Planning TT kat Japang.. huhuhu jauh noo.. rasa macam nak pegi.. kalau jadi, bulan 12 la fly ke Japang tu..
tapi charity convoi event 28th May adalah confirm akan ada.
trip adalah ke Ipoh.. kami join ke tidak pun masih tidak buleh di tentukan lagi..
biar lah masa & rezeki yang tentukan segala.. walau ape-apa pun, berangan itu mesti..
kalau takde angan-angan, bukan orang lah namanya.. hehehe

Thursday, March 3, 2011

Nasi Goreng malas

Saya ni memang malas..
walaupun saya dah berkerah tenaga segala bende bagai nak rak
24/7 dari dulu sampai la ni,
tetap nampak malas.. hehehe..
baik cakap cenggitu dari lebih² up kan diri sendiri kan..
malam tadi menu dinner kami pun menu org malas.
sambal sardin cili api kaw punye,
hiris² je sengah genggam cili merah bara tu
lawan kan tempe goreng.
tapi haziq baguih no,
atok nye tipon malam tadi tanye ibu masak ape,
dia jawap lauk ikan.. bagus anak ibu!.. muahaha
eh haziq tak tipu kan
sardin tu kan ikan juga kan..ikan yg di simpan lama dalam tin..kahkahkah..
bangun pagi tadi, tengok balance nasi mlm tadi buleh tahan banyak..
sambil cili api sardin tu pun ade lagi sikit..
saya amik sengah biji bawang besar, hiris²
tumiskan bawang tu, campur sekali balance sambal sardin,
pecah kan telor, tambah sikit garam secukupnya,
campor nasi, kacau-kacau sekejap..
makanya menu saya tengahri arini adalah nasi goreng sardin pecah² telur..
hehehe.. memang betul punya malas,
satu menu buleh buat utk dua sesi dengan cara yang berbeza.
dalam masa yang sama boleh jimat. cume gas tu je la lebih sikit penggunaannya.
kang petang kang nak masak menu ape pulak ni.. ayam daging ade dlm fridge, tapi tu lah, nak tunggu dia cair.. berzamann.. mau jadi menu malas lagi malam ni karang.. muahahaha. sambal ikan masin pun sedap juga kan.. ermmm..

Tuesday, March 1, 2011

Result dari Lil Caliph program, Tadika Restu Ibu utk saya..,

memang mengagumkan hasil anak saya bersekolah kat kindy ni. walaupun baru start bersekolah utk kindy bebudak 4 tahun, 7 Jan 2011 -present. hasil yang saya tengok pencapaian haziq sekarang; dia dah hafal ;
  • doa sebelum dan selepas makan
  • doa penerang hati
  • doa masuk & keluar tandas
  • doa sebelum tidur dan bangun tidur
dan dia juga dah hafal surah Al-'asr dengan terjemahan BM & BI dan juga sudah hafal surah Al Fatihah.. sebagai ibu, saya sungguh terharu sampai tersedu dengan air mata, Syukur alhamdulillah anak saya berjaya hafal macam ni dan menjadi amalan dah dia sekarang. part paling best sekarang, tiap malam dia tanya saya doa macamna nak masukkan baby dalam tummy ibu,.. ???"" sweet kan.. si haziq saya ni. hihihi gelak saya penuh terharu di kala itu.

Sensasi nya..,

Us together..