Wednesday, February 23, 2011

Resepi Bakso Bergambar Versi Saya

Amaran: "Resepi ini telah di gubah mengikut suke-suke hati saya"
Bahan-bahan, sebiji bawang kuning besar macam kat gambar, 1 1/2 inchi halia bawang putih ikut suke brp banyak saya nak ubuh.. sebatang serai, kalau panjang macam serai saya, selagi nampak batang tu gemuk, saya amik dan potong dua.. dpt banyak sikit.. buleh jimat.. hehehe 1 kiub pati ayam (brand knorr / maggie pun boleh, mana-mana je ikut suka) 1 kiub pati lembu (brand Knorr) beli je sepeket meatball yang dah ada kat giant, murah je, RM9.90.. jimat masa dan tenaga orang tak rajin macam saya. bawang besar kuning tadi, dihiris bulat² serai di tumbuk di pecah², bawang putih & halia ditumbuk halus macam dalam gambar bawah ni jangan lupa sesudu kecil serbuk lada sulah. Cara² masak: tumiskan bahan tumbuk (bawang putih + halia) tadi.. agak-agak dah naik bau, masukkan bawang besar & serai.. pastu masuk lada sulah tu.. masakkan kejap, idak le karang perut menggelodak di panah lada sulah.. hehehehe.. bila bahan² tumisan sudah nampak keperangan, masukkan air.. sila agak² berapa banyak kuah yang padan dengan jumlah meatball anda. bila kuah sudah menggelegak masukkan kiub ayam dan lembu tadi. masukkan juga meatball ke dalam kuah yang dah gelegak tu tadi. sebabkan saya ni aritu, nak rasa masam-masam dan ubah-ubah rasa, saya perah asam jawa sikit.. muahahaha.. pandai² je saya ubah resepi. saya masuk kan je air asam jawa tu, siap tambah sos tiram sikit, sos cili sikit dan tak lupa juga masuk garam secukup rasa.. memang dah over oter saya ni.. kejap je siap kuah nya masak.. sambil nunggu kuah tu gelegak, saya pun celur taugeh dengan air panas, potong² halus kobis, dan juga celur mihun.. elok je saya siapkan menu ni atas meja, tetiba dengar salam kat luar. eh! suami tersayang ku langkah kanan rupanya.. tak lengah lagi, terus saya persilakan beliau merasa.., jeng..jejenggg..., "slurrpppppp! sedap ibu"...kata en. abah ku itu.. makanya kami bertiga kekenyangan di malam itu dengan berkali-kali menambah mi bakso. syukur alhamdulillah, kenyang.

3 comments:

MayaYunus said...

makan jgn lupe kami lenkali,,,he³,,,

ina's said...

sedap nyer..maya jom..terjah umah zulie nak??

ietams said...

Puan May & ina's,
sedap, meh dtg rumah meh..