Thursday, December 30, 2010

Azam Tahun Baru

Selamat tahun Baru 2011..
azam saya tahun ni untuk menambah ahli keluarga..
doakan saya yer,
kot-kot berkat doa kalian, rezeki saya murah tahun 2011 ni.
mudah-mudahan hangin saya berkurangan.. Amin.
biasa la pompuan kan banyak nau emosi. hik.hik.hik...

Victory! Victory!..Victoryyy...

best kan, Malaysia menang piala AFF ni.
saya bangga dengan anda semua!,
Syabas pasukan kebangsaan Malaysia, teruskan usaha gigih anda..
thank you PM bagi cuti esok! Yey... buleh beli barang sekolah haziq esok..

Wednesday, December 29, 2010

FINAL! FINAL! FINALLLL...

Go! Malaysia Go!.. yang amat menarik minat saya utk menonotn aksi-aksi terhebat of course le norshahrul & Safee.. dorang punye skill terbaik lah! komfem mulut ibu terjerit-jerit .. mudah-mudahan kemenangan di tangan Malaysia.. series seronok tengok team malaysia main. saya tengok dengan rasa bangga sampai meleleh air mata terharu tengok kecemerlangan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup ni.. ~oh sungguh over saya punye bangga..

Percutian Kami

setelah banyaknya halangan dan halnya yang berlaku, makanya planning percutian yang pertama terbatal dengan serta merta, dengan haziq demam panas dari jumaat sampai ke ahad, tambah pula sepupu en. abah ade kenduri doa selamat masuk rumah baru, takkan pula nak teruskan planning cuti-cuti kami tu kan walu ke frust an yg terlampau makanya, hari selasa, kami sekuarga dengan riang rianya di sini.., YEYYY!! kami pergi Zoo Negara.. haziq dah nak 4 tahun, baru hegeh-hegeh ke Zoo. walaupun tak lama sangat kami kat dalam zoo ni, ape yang penting kami amat enjoy dan letih. tu dah naik tram tu pon terasa lotih, kot bejalan kaki dari masuk sampai keluar, mau lagi lebih tahap amukan si haziq. biasa la, orang tak sihat.. badan tak berapa kuat dan ceria la jadinya

Tuesday, December 28, 2010

percutian sekeluarga kami akhir tahun 2010

Aturcara percutian yang pertama
lokasi pilihan : Melaka Bandaraya bersejarah..
tarikh percutian : 26 Dec 10 ~ 27 Dec 10
lokasi penginapan : sepatutnye Hotel Equitorial, tapi sebabkan terjadinya beberapa masalah dalaman makanya Hotel Grand Continental menjadi pilihan.
pilihan destinasi lawatan : taman buaya, naik menara taming sari, naik river cruise, pastu malamnye pi makan ikan bakar/seafood kat umbai atau alai..
Aturcara Percutian Kedua
lokasi pilihan : Zoo Negara, KL
tarikh lawatan : 28 Dec 10
masa: tak tentu pukul berapa, dah ready semua, zass jalan.. tiket pun dah siap beli bulan 12 tahun lepas lagi.. muahaha dah nak habis tahun baru nak pergi.
Jadi pergi ke idak, kejap gi sambung cerita..

Tuesday, December 21, 2010

apa yang patut buat??

cantik kan polycarbonate awning ni?? saya ambil juga kaler hijau ni, setelah mendapat full recommended dari Cik Puan Sob. sejak rumah ku telah di pasang awning ni, memang hasilnya seperti kata-kata nasihat dari Puan Sob rumah jadi sejuk, redup, cantik & berseri. setiap kali masuk pagar, lapang je rasa.. * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * kita dah buat mahal-mahal.., sekali jiran sebelah kita buat macam ini?? cube tengok ??? pagar ni pembahagi antara rumah saya dan rumah jiran saya, makcik yang pernah jadi babysitter haziq dulu, yang tiba-tiba masam muka dengan saya selama seminggu terakhir haziq dijaga oleh beliau, dan tiba-tiba juga bagitau saya masa dua hari lagi nak cuti raya masa tu, yang beliau tak dapat nak jaga haziq lagi.. kalau tak puas lagi, layan lagi gambar pemandangan ni.. dua gambar ni adalah di ambil dari pintu rumah saya, keluar masuk pintu rumah sejak petang semalam hinggalah ke pagi tadi nak keluar rumah pergi kerja, terus membengkak sakit hati .. saya bagi lak pandangan yang lebih dekat & terang di ambil dari pintu grill. kalau nak tengok view yang semak dari depan rumah lak, saya bagi pemandangan yang di ambil dari porch, gambar bawah ni pandangan dari jauh.., kan buruk nak mampus kan.. kami beli rumah punya la mahal.. !!?? (sorry saya bagi statement perasan mahal, tapi memang mahal okey.. kalau jual sekarang pun, saya dah boleh jadi milionnaire, Hah Ko! memang ayat mengamuk over dah ni)
saya hangin tahap gaban ni!! kalau ikutkan,
dari petang semalam saya dah tekan loceng pergi SOUND orang sebelah ni,
tapi sebab saya fikir saya ada suami,
saya luahkan dulu perasaan kepada en. Abah, minta dia advise..
macam saya ni yang dah di didik dengan adab susila dan hormat menghormati dan kekemasan serta kebersihan, memang tak berapa suka dan gemar bila facing keadaan macam ni,..
memang tak boleh terima dek akal saya dah..
tapi berlainan pula dengan en. abah, mungkin pada dia bende-bende macam ni adalah kebiasaan dan normal, sebab tu dia memilih cara untuk berdiam diri...
rasa-rasa nya patut tak saya ketuk pintu dan menegur perbuatan mereka ini??

Saya Sakit Hati!!

bengang yang berpanjangan dari petang semalam..
karang saya update secara bergambar,
pastu saya nak mintak pendapat sekali..
ishhh geram sunggguh!

Monday, December 20, 2010

20 haribulan Dua Belas

kalau ikutkan hari ni kan, 20 haribulan dua belas tahun 2003, yakni tujuh tahun yang lepas adalah hari yang paling bersejarah kat saya.. hari dimana saya di pinang orang.. wahhh betapa gugupnya saya, kali pertama bersua muka dengan keluarga en. Abah, keluarga sanak sedara en. abah. perghhh!! gile punye ketar. dah 7 tahun berlalu dah rupa-rupanya.., Mak, abah, along angah, terima kasih bagi izin kat akak di pinang en. abah Haziq yer.. huhuhu, ingat senang nak lepas ke tangan en. abah dedulu?? susah woo nak lepas, Syukur Alhamdulillah.

sejuk mate memandang...

tema muslimah la kirenye harini.. holoh..holoh..holoh... anak sape la ni, "en. abah, agak-agak ibu lawa arini boleh tak cuti masak setahun??" muahahahaha ko gilo ietams??! ko ingat makan kat kedai tu sedap sangat ke? sedap lagi makan masakan sendiri... jimat & puas.. *kadang-kadang kene gak rajin letak gambar sendiri-sendiri ni dari masa ke semasa, boleh kite tengok perubahan rupa kita selaras dengan perubahan umur kan..*

Thursday, December 16, 2010

Disember menjelma lagi

ٲﺴﻼﻢﻋﻠﯿﻜﻮﻢ

diam tak diam dah disember kan sekarang.. sekejap nya masa berlalu. hari ni 10 muharram, elok kalau puasa kan.. Sunat puasa hari sempena hari asyura.

setiap kali hujung tahun, makanya kesibukan akan melanda saya.. dengan pelbagai report nya, dengan statement itu ini nya.. nak kene prepare itu ini.. AllahuAkbar,

okeylah, itu je nak cakap.. tak tau dah nak cakap ape, bizi sangat sampai nak cakap ape pun tak tau.. muahahaha...

Friday, December 10, 2010

belum rezki saya agaknya

petang semalam, kebetulan en. abah balik awal. saya try minta bawa kan saya ke bangi kekunun nak try tudung fareeda.. tengok kat iklan, kemain lawa & elegannye la model² tu bertudung fareeda. ape la salahnye sesekali cuba tukar selera pula kan.. tapi dengan rasa dukacitanya saya, sebagai customer yang 1st time experience ke situ kan.. yg memerlukan guide atau di entertain oleh staff galeri tu la kirenye.., kebetulan saya bawa haziq teman kan saya. en. abah tak naik. sebab galeri tu kat tingkat atas, semuanya pempuan sahaja yg ade di masa tu. takut nanti perempuan yg sedia ada yg membuka tudung utk try test tudung ketika itu tidak selesa jika ada kehadiran lelaki. tercangak-cangak le saya sensorang belek-belek tudung tu. ada la juga staff 2-3 orang, tapi masing-masing endah tak endah. senyum di bibir pun tiada. saya sendiri tanpa bantuan sesiape di masa itu.. kasihan sungguh saya. ape yg pasti, sepontan hati kecik saya berdetik "tak rugi aku habiskan duit beriban kat Ariani selama ni.." lantas saya berlalu keluar dgn tangan kosong dan balik.. sekian, terima kasih.

Thursday, December 9, 2010

melucah di petang khamis

di suatu petang, situasi berlaku di hadapan restoran SOHO bangi
semasa berhenti di tengah jalan kerana lampu isyarat ketika itu warna merah.
kalau lampu Merah tandanya ape??
Berhenti tandanya..
makanya ketika itu, en. abah di seat pemandu,
Haziq di sebelah pemandu di child car seat.
saya selaku MEM Besar duduk dengan hormatnye single rider di seat penumpang belakang,
tiba-tiba haziq menjerit penuh excited,
"eh! kat sane ade nampak air sekunek.."
"APE??! Haziq?? Air Ape?" *saya dah macam ala-ala hangin*
"Air Ape haziqq??" *En. Abah pule menanye dgn penuh persoalan*
"AIR APE HAZIQQ?? CUBE CAKAP BETUL-BETUL..
HAZIQ NI CAKAP AIR APEE???.. Haziq ni dah pandai cakap yg bukan-bukan nii!!"
suara saya dah makin tinggi dah ni
"iyer ibuu, hazik nampak air Se.. Ku... Nekkkk.., kat sana tuuu"
*sambil menuding jari ke arah tepi jalan*
"air ape haziq?" *en. abah tanye lagi utk kepastian.
"air KONEK ke?? *saya bertanye dalam suara yang sedikit tinggi..*
nafas dah turun naik dah ni.. maunye tak cuak, takut juga kot pengaruh luar ke ape ke.. anak saya pandai cakap yg bukan-bukan.. takut juga saya..
"BUKAN la ibu!! air.. Se..Ku.. Nekkkkkk laaa...hazik cakap air SeKuuuNekkkk"
*beriya-iya haziq menerangkan self defencenye masa tu..*
"air Isotonik ke haziq?"*en. abah tanye lagi dgn penuh tanda tanya*
"HAAAA!!! itulah haziq cakap tadi tu...Air.. SeKuNekkkkkk"
Allahuakbar!, ape le otak ibu mase tu, salah sangka bebeno dgn ayat si Anak.
TAK MEMASAL IBUNYA PULA YANG MENCARUT PETANG TU..
astaghfirullah...

Wishlist ujung tahun

jeng je jenngggg!
Inilah impian saya !!..
last saya ade basikal pun mase saya sekolah menengah.
kalau ade rezki lebih, saya nak cari basikal sebijik macam gambar ni boleh saya mengayuh basikal jalan-jalan bersama haziq di waktu petang di hujung minggu.

Ketibaan Mereka, dan Mereka..

mula² orang perabot Home Design.., kemudian, orang² Unity Design ... hasil daripada mereka-mereka ini, rumah saya satu hari tu jadi rumah yang penuh dgn habuk.. *uhuk! huk! huk! ~batuk pagi-pagi macam biase, saya jadi orang yg bizi.. urus rumah, makanan & anak. tiba-tiba en. abah: Ibuuuuu!!! orang tilam dah datangg..! lepas dua jam, en. abah: Ibuuuuu!!! orang kabinet dah sampaiiii..!!
walaupun saya kepenatan kelam kabut sana sini, tetap di sambut jua panggilan dan juga bergegas menuju ke en. abah itu.. saya sendiri pun musykil apehal pulak ler en. abah ni suka nau manggil² saya masa dorang ni semua sampai. Padahal buleh je dia tu entertain orang-orang tu kan.
tetap naaak juga dia manja-manja panggil saya..
haziq takde kat rumah mase ni, dia ade kat kindy dia.. kami berdua amik cuti hari jumaat. kalau ade haziq kat rumah, memang lagi pengsan saya.

Wednesday, December 8, 2010

rindu dgn si comey

dulu-dulu kecik je dia..
sekarang udah besar. kejap je mase berlalu kan..
dulu-dulu asal kita hulur kamera nak klik-klik gamba dia, mesti lebar senyumannye
kalau sekarang.., siap nyorok kan muka bila nampak
ibu keluar kamera nak amik gambo dia.

Monday, December 6, 2010

banyak keje tapi M.A.L.A.S

ARRGHHHHHHH...!!
*itu je yang mampu di taip. adoii..!
dengan srot..srot selsemanya lagi..
nak kena rushing segala halnya lagi..
betul-betul dugaan nih

Friday, December 3, 2010

Tak patut kau complain macam ni..

pagi tadi mase masuk toilet, nampak ade notis yang baru di tampal kat atas tong sampah dalam toilet... pada saya kan.. sama sekali kata-kata yang ada pada notis ini tidak boleh di terima dek akal kalu gambar 1st ni tak clear tulisannya, meh tengok gambar no 2 ni.. lucu pun yer juga tau.. cleaner boleh pulak komplen-komplen.. tong sampah yang ade dlm toilet cume boleh di isi dengan tisu sahaje iyer.. sebarang sampah yang lain dari tisu, di larang sama sekali without prejudice. halu aunty! dah namenye tong sampah,semua sampah tu boleh aje di buang masuk dalam tong sampah.. tak kire la bekas plastik ke, bekas makeup ke, bekas makanan ke.. boleh je semua tu di buang dalam tong sampah. keje aunty tu pun cleaner, jadi tugasnya adalah untuk cleaning. sila fahamkan bidang tugas anda itu yer, baru ikhlas dalam segala tugasan. bende kecik macam tu pun nak bising-bising sampai tampal-tampal notis.

Hari apa yang paling tak berapa di gemari ???

Hari jumaat pagi...
bukan sebab Jumaat tu yang buat saya tak gemar..
ishh.. Jumaat ni lah yg paling baraqah..
penghulu segala hari..
tapi sebagai insan biasa yang bekerja seperti saya ni,
hari Jumaat ini lah hari dugaan saya yang paling mencabar di antara hari-hari yang lain.
tak lain tak bukan penyebabnya adalah
budak iniiiiii...
haziq si manja ibu..
haziq oh haziq.. buah hati ibu.. pengarang jantung abah.
khamis malamnye dia sanggup tahan mata,
average mase yg dia boleh tidur malam tu,
pukul 12 mlm-1.00pagi.
sungguhpun sudah di paksa baring dari jam 9 malam.
kalau di tanya, kenapa haziq ni susah nak tidur awal...
di jawapnya,
"haziq tanak tidur lagi la ibu, haziq kan sama macam abah.. haziq nak jadi engineer..
kene betul betulkan leptop"
bila bangun pagi jumaat tu pula, dah le nangis-nangis sekuat hati,
dalam pada dia nangis boleh pula soal saya,
"ibuu... ibu ni siap-siap nak pegi mane??"
haziq..... sayyy yangg ibuuuuuuuu....uuuuuu*dalam nada menangis tersedu-sedu*
uwaaa!!! tak ke dugaann di pagi jumaat tu??!!

Thursday, December 2, 2010

Dramatic Storm Clouds

saja je nak share sikit gambar-gambar yang saya nampak kat yahoo kejap tadi.. Thunderstorm approaches Bill Snyder Dark clouds churn night, near De Soto, Iowa A huge tornado funnel cloud touches down in Orchard, Iowa, Tuesday, June 10, 2008 at 9:04 p.m. The Globe Gazette and Mitchell County Press News reported that Lori Mehmen of Orchard, took the photo from outside her front door. Mehmen said the funnel cloud came near the ground and then went back up into the clouds. Besides tree and crop damage, no human injuries were reported.… Read More >> click ~hari ni saya gloom sikit.. mudah-mudahan abah saya di berikan kesihatan yang baik seperti sedia kala, di murahkan rezki & di panjangkan umur. Amin.. *sigh*

Sensasi nya..,

Us together..