Friday, October 29, 2010

cerita 2 hari lepas

dapat parcel.. hehehe, riang tak terkata hati ni, bile tetiba rezeki dapat prezen sempena peng komen yang bertuah kat entry contest blog Cery.. blog Cery ni macam² ade tau jual vitamin Shaklee.. pastu buleh dapat info pasal Brestfeeding lagi.. dia juga macam saya, Supporter Brestfeeding. masa saya dulu² mana le ade supplement utk banyakkan susu .. zaman skrg ni dah advance dah.. macam² dah ade. dah senang dah utk breastfeeding. boleh la saya plan utk masa² akan datang.. EHEM! apa yang saya dapat?? ni ha bawah ni.., suke sangat saya tau dapat fridge magnet baju.. macam tau² je si Cery ni sekarang saya tgh gile menjahit... muahahaha.. container vitamin tu, buleh buat tempat letak simpan jarum saya buat mase ni hehehe.. terima kasih banyak ye Cery.. saya yang seronok & suke sangat dapat parcel ni..

dia dah tak sporting lagi..

haziq la..
sape lagi yg dah tak sporting possing sekarang ni,
dia suka buat muka toyekk, buat² tak tengok kamera la..
buat² muncung senget la.. series la..
dah habis klik kamera tu, dia la yg sibuk nak nengok gambar sendiri..
bujang sangat la tu kunun..
nak kontrol macho.

Monday, October 25, 2010

Tailor @ Designer Wannabe??

#masih lagi mau cerita betapa excitednya saya dan mesin jahit.. :-) tajuk kat atas kemain tinggi cita-cita.. hehehehe saje je nak kasik verangan ala-ala... bukan ape.. pembakar semangat juga tau bagi target yang tinggi cenggitu. ape salahnya declare sendiri saya ni tailor wannabe. dah minat kan.. insya allah di polishkan lagi skill.. kot² akan datang lagi master bab jahit menjahit ni. buleh tutup mata je menjahit jahit.. wahhh! itu melampau punya verangan.. takpe..takpe.. berangan² itu bagi saya sorang je yg syok sendiri. saya ade agenda seronok+happy+bangga+kagum diri sendiri ni.. meh saya nak list kan satu-satu hasil jahitan mesin saya 2-3 hari lepas yer.. nampak tak gambar bawah ni, yg bantal cantik haziq baring tu. NAMPAK?? haa.. tu adalah hasil tangan ibu haziq yer puan-puan.. wahhh! bangga ni.. tengok haziq tu.., terus peluk tak lepas tau bantal tu, punya cantik tak hingat tuu.. (oh bangga lagiii..) beli kain gambar kartun² 3 meter, baru dapat 2 biji bantal utk haziq. ade banyak lagi balance kain tu, buleh lagi kalu nak buat 4 biji bantal. tapi kita tangguh dulu.. anakanda dah minta peluk nak tidur mase tu. terpaksa la ibunya hold dulu projek sarung bantal.

jom tengok lagi projek jahitan saya yg lain, nakk??? ewahhhh... mesti nak kepochi² juga kan.. jeng.., jejengggg...., / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / Skrolll bawah lagi yer korang..., / / / / / / / / / / / TADAAAAAA...!!!!!!! buat blouse tuuuuu!!.. tak menahan.... muahahahaha... lepas ni target nak ganti langsir rumah saya satu demi satu .. tapi kain yg mengikut tema belum ketemu lagi. nanti bila dah berjaya.. akan saya abadikan lagi gambar² kebanggaan saya betapa indahnya perasaan saya bila berjaya hasilkan bende yg saya minat ni.. p/s: jahit & masak ni memang kegilaan saya, mmg buleh je buat dgn cemerlang. cuba suruh saya hias rumah... terus hancur failed! oh haa..., gambar bawah ni pun kan.. hasil jahitan saya gak.. tapi mase raya aritu saya jahit kat kampung, guna mesin jahit mak saya.
alas meja makan tu yg saya jahit.. nak beli alas meja kat kedai, kemain mahal harga. Itu yang gigih saya menjahit sendiri je alas meja tu..

yg kusyen-kusyen kat sofa tu pun sarungnya saya jahit sendiri & guna mesin jahit mak saya kat kampung mase raya aritu... reason saya gigih jahit sendiri tu pun sebab tak sampai hati nak beli sarung kusyen.. mahal bebenor!. rasa tak berbaloi beli sarung kusyen tu mahal²..

tamatlah dulu sesi pertama menyenaraikan projek jahitan saya.. ehhh! macam slot mari menjahit pulak dah.. So, itu lah closing saya setakat ni.. Sehingga berjumpa lagi... Chooww!..

Friday, October 22, 2010

meh la berkenalan..., nak?

ehem, ehem, testing.. testing, test suara.. 1.. 2..3.. (sambil betul kan suara...) ehem.. kalau anda minat nak tau pasal cerita-cerita teknologi komputer, sistem ke..nak download cerita kartun anime jepun tu ke, korang boleh refer kat blog en. abah ni.. kelas laki ai kann.., dah ade blog dah sekaranggg... muahaha..... dah kate,.. orang teknologi kannn.. haruslah blog-blog ni kene ade... bininya suka je bile lakinye pun bz dengan blog tu. sebenarnye blog en. abah ni di wujudkan atas dasar rujukan untuk diri beliau sendiri.. tapi kalau korang sedia je nak refer, amat di alu-alukan juga.., boleh klik kat gambar bawah ni, terus je nanti korang ke blog en. abah laki, saya ini.. hehehehe.. eh dalam blog ni kan, ade juga siri kartun tau.. macam kartun Naruto tu. en. abah saya ni penggemar kartun anime jepun tu.. kalu nak donlod cerita kartun² anime tu, sila lah korang pergi blog en. abah ni.., klik je link bawah ni.., http://pchelperpitstop.blogspot.com

Thursday, October 21, 2010

pesanan buat suami

jenjalan dari satu blog ke blog yg lain, tetiba tertarik pula saya dgn satu blog ni..
inof ni rasanye memang biasa jadi zaman sekarang ni.. antara sedar dan tak... aje
dalam kehidupan seharian kita kan.
meh le layan..,
  1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
  4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
  8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
  11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
  23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Tuesday, October 19, 2010

bila bestfriend sebenar takda, kawan kepada bestfriend yang jadi mangsa

panjang betul tajuk saya kali ini..


kisah ni berlaku pada hari jumaat lepas,

dek kerana terlalu excited nye nak menjahit...
almaklumlah, mesin jahit sudah selamat berjaya ada di tangan,
saya beli model 8280 dari Singer sahaje,
ade juga simpan hasrat utk mesin Epal tu,
sempat juga saya pergi centre nya kat puchong tu aritu,
setelah banyak sudut yang saya fikir, akhirnya mesin singer yang
kat gambar bawah ni juga menjadi pilihan. Saya pilih yang paling basic la kirenye..
sok-sok kalu dah betul nak tumpu sepenuhnya menjahit,
baru fikirkan mesin yang canggih²..


~gambar adalah dari sini

semangat yang membara utk menjahit tu yang membuatkan saya
terlalu teruja untuk menjahit langsir, sarung bantal and whatsoever yang related.
setelah ber SMSing dgn cek Puan Sob dari pagi bawak ke tengahari,
dia cadangkan saya terjah ke Nagoya..
bila saya kate nak pergi servey sensorang mcm tak best.
(almaklumlah, dedulu cek Puan ni keje kat putrajaya,
rajin je saya kidnap dia..bile dia dah transfer ke Seremban, dah mcm hilang arah sikit saya ni)

lalunya beliau mencadangkan saya pelawa As besfren dia mase kat kastam putrajaya dulu..
makanya...,, jeng! jejeeengggg!...,

ke Nagoya kajang kite yeop! Yihaaaaa!

dua-dua dah rambang mata tengok kain langsir cantik-cantik..
muahahaha... saya lagi giler, nak beli dah.. tapi bongok tau..
sebab mane ade ukuran tingkap tu lagi..
tah hape-hape punye giler excited saya ni.
nak beli kain utk langsir tapi takde ukuran..

As pulak dah nyaris nak beli & tempah,
sekali bila fikir-fikir, dia takut nanti kain yang dia pilih tu jenis
serap matahari, takut nanti belum setahun dah pudar/luntur warna langsir.
tingkap bilik yg dia nak tukar tu, jenis yang memang sentiasa di panah mentari..

Oleh itu, mungkin akan ada rancangan bergedek-gedek lagi.. muahahahaha...
maun cek Puan hangen je dengar statement saya yg bakal
mengkidnep besfren dia dengan seberapa kerap.

takpe-takpe, saya ukur siap² untuk tingkap² rumah saya..
bile ukuran sudah di tangan.. baru serbu kedai kain beli..

tak sabar rasanye nak menjahit-jahit ni..

Thursday, October 14, 2010

I Am Legend

Title: I am Legend /Naneun Junseolida Genre: Romance Episodes: 16 Director: Kim Hyung Sik Screenwriter: Kim Yoon Jung Broadcast network: SBS , Monday & Tuesday 20:55 Broadcast period: 2010-Aug-2 to 2010 – Sept – 21 Synopsis Jun Seol Yi starts a band to get her life back on track. She recently divorced her husband after realizing that she deserved to be treated better by her high-profile husband, Cha Ji Wook, and his family. She performs a band, which her band mates are also ‘ahjummas’ who also have personal problems of their own.
SAYA TENGAH GILER FANATIK DENGAN DRAMA INI..,
terus rasa macam berangan
bestnye jadi orang comey tapi tabah & baik hati
macam heroin cerita ni...
Kim Jung Eun oh Kim Jung Eun..
comelnya dikauuu...
memang dia ni sedia semula jadi comel & cantik!

melekat

**Entry Backdated juga kisah ni jadi mase perjalanan pulang mase jemput haziq dari kampung 2hb Okt aritu..

dek kerana kerinduan yang amat, haziq rela berdiri sambil memeluk abahnya tak lepas. rindu sangat dengan abahnya.. 5 hari duduk kampung, kemain rindunya dia kat kami, ibu nya lagi rindu tau.. tiap hari nangis.. huhuhuhu

yang paling syahdunya kan, haziq tanya kat abahnya, "kenapa lama baru abah ambik haziq..??"

Tuesday, October 12, 2010

1st time dating berdua, setelah sekian lama

jumaat lepas saya half day, kul 11 dah cabut, sebab nak kene pegi post office dulu.. settled keje terus saya jemput haziq kat taska, bayar yuran dia selama 5 hari duduk kat taska tu. cadang awalnya saya nak berdating dgn haziq ke Isetan KLCC sempena 20th ANniversary Sale. pastu mase drive tu, terkenang pula hari tu hari Jumaat, macam sesak je jalan.. ubah plan pegi sogo.. kurang-kurang buleh jamu mata kat Jalan T.A.R, mase drive tu fikir-fikir lagi macam tak sanggup lak nak hadap jammed kat Jln T.A.R tu, ubah lagi plan, sudahnya saya dating dgn haziq ke Jusco Ecquin sahaje.. layan haziq pegi main bowling.. bowling kat tempat game tu jer.. terer woh dia! banyak kali dia strike.. bagus..bagus haziq.. keep it up eh!sok-sok buleh wakil negara.. saya sebenarnye pergi jasko ni saje servey² mencari backpack utk saya, kalu buleh nak cari yang macam gambar bawah ni.. ~edited on 14th Oct 10, ~ gambar bag ni adalah di copy dari sini nak beli sebijon macam gambar ni, macam belum mampu saya. ajer giler nak sambar backpack COACH??!! huhuhuhu.. nak korbankan segedebuk duit gaji saya untuk sebiji beg ni.. belum lagi ade kesanggupan sebegitu ruper, tu yang nak cari yang murah-murah, biasa-biasa aje.. sekarang susah la nak cari backpack macam ni.. dedulu banyak je nampak. beg ni amat sesuai untuk saya gunakan, takpayah sebuk-sebuk nak sandang beg tangan ketika kejor anak

Ole-ole Tetamu Raya

ni entry yg backdated, hehehe.. macam-macam hal je yg jadi, kisah raya saya tahun 2010 aritu tu pun sebenarnya tak habes lagi tau.. saya skip kan aje yg mane tak ade idea lagi la yer.. ni saya nak letak gambar cookies & sweet ni.. nice sangat tau!
saya dapat satu tu biskut almond london dan satu bekas yg atas tu gula-gule yg mcm getah rasa manis-manis tu.. trend mase kini kot, pergi beraya bawa ole-ole utk tuan rumah. jiran depan rumah saya belah kiri yang bagi.. 3hb aritu dorang sefamili 3 beranak datang beraya.. adegan ni kan adegan/kejadian yang paling lucu+malu+segan sekali berlaku semenjak saya jadi bini orang ni tau.. sebab ape, kan mase haziq chicken pox aritu, saya terpaksa minta tolong mak abah saya yang jaga. stay kampung seminggu...jadinya jumaat jemput haziq dari kampung then sabtu pagi dah sampai rumah kami semula. dengan bakul laundry kat dapur nye bertimbun tgh tunggu turn nak basuh, rumah pun macam di langgar kapal karam, tetiba bunyi loceng, "Ting TONGGGGG!" tengok kat tingkap, jiran tu 3 beranak pakai lawa² datang beraya.. uwaaa!! saya yang tengah togel kepala & kaki, berlari berdesup naik ke atas pakai uniform muslimah.. wakakakaka... gile kelakar,
sampai banyak kali dorang cakap, "takpe,Its Sunday.. biasalakan. day for relax.." ade dalam 4 kali dia ulang ayat tu kat kami.. memang dorang tu amat memahami rumah kami yang tak siap di hari ahad ini... series MALU oh!. imagin kan aje seperti rumah yang dilanggar kapal karam.. muahahahaha.. hancuss.
akhir kata, kami laki bini memang rasa malu pada hari itu, peacee!

Monday, October 11, 2010

1st Day in Little Caliph

Hari ni haziq start duduk dekat Little Caliph.. yey..yey.. di harap semua berjalan dengan lancar & selamat, Amin.

Friday, October 8, 2010

minggu-minggu yang kelam

agaknya sebab hari-hari cuaca mendung ek, mempengaruhi juga pada diri saya sendiri.. huaarghhh!!! tak bestnya ada rasa macam nihh, baik saya listkan angan-angan yang saya selalu angankan.., saya nak duit banyak-banyak.. boleh shopping² baju saya, baju & tudung mak saya, baju haziq...shopping seluar haziq, boleh bawak haziq jalan sana jalan sini... saya dah lame idamkan kan nak buat photoshoot gambar famili.. guna pro photographer pastu nak buat photoshoot kat dalam rumah, outdoor photoshoot.. tak juga dapat-dapat. dan 2 tahun dah saya mengidam, tak juga dapat. Bila lah nak dapat niii... nak hias rumah cantik-cantik, cantik..cantikkk gedebus.. tak yer dapat nak datang opis awl-awal pagi.. pun tak ye dapat-dapat duduk rumah sekarang kedatangan saya totally FAILED! tiap pagi merintih rasa mcm nak resign. tiap hari Jammed. dah bangun awal pagi pun tetap juga lambat sampai ofis.. kalu lah saya ade duit banyak, saya rasa macam nak balik kampung duduk je kat kampung rumah mak abah saya.. takde stress pun.. haziq pun enjoyy jer.. saya lagi enjoy, muahahaha bila lah..bila lah..bila lahhhh masenye akan tiba..

Wednesday, October 6, 2010

sebab Blog

blog ni tempat pengantara diri saya letakkan memori utk saya, sikit sebanyak nak bercerita..cerita ttg famili, ttg anak, tentang parents, tentang kegumbiraan, kesedihan.. bonusnya blog ni pulak bila kale seronok nye berjumpa & kenalan kekawan baru yang sudi nak kongsi cerita saya walaupun tak pernah sua muka. nak-nak saya ni kan all in one tukang.. kadang-kadang ade juga masa yg di perlukan utk diri saya sendiri. takkan la 1% masa privacy saya tu pun jadi hak orang. pada siapa saya nak happy-happy?? nak berburak dengan kekawan, sape?? ade kawan pempuan opis yg sekepala?? Takde. saye je le sensorang nya pempuan melayu kat tpt kerja. kalu yg lelain tu ade le pempuan, tapi semuanya bangsa lain.. mana le reti saya nak menyembang bahser orang.. wakakaka.. takkan nak cerita bende terkini, contoh macam, saya happy saya berjaya masak rendang hari ni.. takkanlah jam-jam tu saya telepon mak saya yg kat kampung tu nak share betapa happynya saya berjaya masak rendang.. kan dah menyusahkan orang lain juga.. kot-kot la dia tgh sibuk ke tgh kopek kelapa ke tengah semayang ke tengah bagi ayam itik makan ke.. tak ke senang je pada saya, bila saya happy saya tulis je kat blog, esok lusa saya leh baca semula, pastu senyum gelak suka sendiri. dan mula recall balik cemane perasaan bangganya saya yg berjaya masak rendang sebab saya dah dari kecik jenis yang hari-hari tulis diari. oleh kerana skrg ni ada bebanan tugas & kewangan, menyekat saya dari menjadi seorang penulis diari. bila dah ade gangguan² mental macam ni, mula la menyesakkan nafas, hati dan tenaga saya. daripada muka berseri macam ratu kebaya, mula balik la jadi muka asam masin. kecuutttt aje. sebijik dah asam masin. seb baik asam masin tu menjilat jari..
semua, semuaa nye lah ke lautt

Monday, October 4, 2010

sebelum chicken pox

haziq sebelum chicken pox... 1st day chicken pox.., walau macamne pun rupa haziq, ade chicken pox tu ke takde ke, ibu tetap suka cium,peluk haziq..
mmmmuah!

idaman di hari raya 2010

ade dulu sebelum raya, saya bising-bising ngomel sweet-sweet kat blog pasal spek mata idaman, alhamdulillah rezeki saya sebelum raya, dapat juga saya spek mata yang baru.. utk gantikan spek yg sedia ada yang mcm sesak-sesak nafas tu. ding dong dingdong dapat complete set dgn satu harga yang amat saya puas hati. sekali dgn coating utk UV, utk PC dan segala mala yang berkaitan dengan harga RM300 ngam ngam tepat.. hehehe nasib baik juga saya jenis yang setia pada satu kedai optik sahaje. name kedai pun lupa, yg pastinya kedai tu opposite kedai bata dlm mines shopping complex. so kedai itu pun telah certified kan saya ni as regular customer ever dorang (pandai² tambah sendiri) jadinya dapat la harga cincai-cincai, pada saya dah murah bebenor dah tu, tak tau la pada orang lain kan.. spek baru ini berjaya memuda remaja kan penampilan saya.. selamat datang adik ietams..., ecceh! / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / / oh mudanya saya... (ayat orang perasan.. kuarga saya baca, komfen satu bensen muntah.. wakakakaka....!)
suara hati kecil berkata:/ rimas bila itu ini tak boleh..

hari ini penung kebelangan, ahaks!

semangat membara hari ini., sempena memakai baju kurung yang baru... biasa la kan. coraknya abstrak, macam corak rimau pun ade juga, macam leopard pun ade. kalau tengok diri saya ni kan.., orang nye mcm lembik-lembik ,lemah lembut tapi bila pemilihan warna baju suka nau pilih yang ala-ala garang, mesti terpilih tak merah garang, merah + oren, takpun plain oren, pastu kuning raja. series! tak tipu.., kalau tengok baju-baju saya semuanya kat dalam lemari, warna baju-baju saya semua dalam kategori yang saya sebut. macam SOO not ME.. hehehehe.. line clear karang nak possing ala-ala model. baru lengkap perasaan melaram baju baru

Friday, October 1, 2010

hari ni hari Jumaat, Yey!

setelah 5 hari bercuti menaip entry-entry baru di blog secara rasminya, maka hari ni bersemangat nak corat coret sikit blog ni.. hari ni dari celik mata pagi tadi sampai la saat saya menaip ni, perasaan adalah amat berdebar-debar dan excited yang teramat. lepas kerja karang saya dan en. abah akan direct pulang ke kampung, nak jumpa anak tercinta saya.. rindu nya la hai.. dengan si comel haziq tu. moga-moga en. abah tiada sebarang gangguan system up ke down ke petang karang. boleh kami balik awal sikit. haziq, tungu ibu & abah tau.. karang kita jumpa eh..

Sensasi nya..,

Us together..