Wednesday, September 1, 2010

bende yang di idamkan

sekarang mau buat spek mata baru.. sejak tiap pagi petang terpaksa berlawan mata dengan sinaran matahari, tahap kesilauan telah meningkat tinggi.. sampai sakit kepala pening rasa mcm nak pengsan masuk opis pepagi tu pun rasa tak best je, mcm tak sihat. ape nak buat kan, dah rumah nye mmg terletak di pertengahan laluan si matahari.. pegi = lawan mata dgn matahari yg tengah terbit balik = lawan mata dgn matahari yang nak terbenam pemakaian contact lense dah tak praktikal lagi utk saya sekarang ni contacts tu kan takde power yang menkaliskan silau kan.. spek yg sedia ada lak, satu punat kat tepi cermin tu dah ilang entah kemana. gara-gara ke kreatifan en. Haziq... budak comel intan payung kami tu memang suke merosakkan spek mata ibunya dalam mase 3 tahun umur dia ni, dah 4 biji spek yang tewas kecundang di tangan nya.. berguguran duit yang di laburkan ke atas spek-spek tersebut., OH! pernah juga saya tanye haziq dulu kenapa suka patah kan spek ibu.. selamba je dia jawap dia tak suka tengok saya pakai spek, sebab tak lawa. anak ibu..anak ibu.. ibu tak suka pandang kabur-kabur la yang.. walau rabun ibu 125 powernya, ibu tetap nak pakai spek untuk penglihatan yang jelas. senang ibu nak tengok muka haziq dgn jelas.. hehehe.. duit.. oh duit, meh la datang kat saya.. boleh saya dapatkan spek baru utk raya ni..

2 comments:

Fara said...

ai pn nk spek baru....duit oh duit...turun la kat ai sama hihihihi

Ietams said...

fara,
jom panggey sesama..
mane tau lekat.

Sensasi nya..,

Us together..