Tuesday, August 10, 2010

Saya Suka sebab saya Cantik

tajuk memang poyo, tak suka, gelik, over, nampak poyo? ha gasak korang.. ape yg pasti tuan blog amat suka tengok gambar sendiri dan gamba suami beliau di kala ini semuanya cantik, lawa, hensem, manja, berseri.. wahhhh pendek kata semua nya yang setaraf dengan maksud perkataan cantik.. maunnya tak berseri muka memasing... tengok wayang takyah guna duit sendiri beli tiket wayang. terima kasih banyak-banyak-banyak-dan berbanyak lagi terima kasih kepada orang yang amat berjasa di sebalik tabir tiket wayang free ni, NUFFNANG... yey!! idup nuffnang... (overnya ibu!) terima kasih bagi 2 tiket free ini.. bersemangat waja saya eh, siap² solat segala dari opis, tetiba lak stayback kat opis sampai kul 6 lebih gitu. buleh pula keja ni macam tak buleh nak siap awal mase tu.. dalam 6.30 kot saya bergegas drive dari mines waterfront ke TTDI, office en. abah. mengharung kesesakan lalu lintas yang melampaunya.. fuhh! sungguh mencabar, demi tiket wayang free. lepas solat, tacap muka sikit.. mestilah nak lawa-lawa kan nak pegi dating dgn laki sendiri.. selama ni muka tak sempat nak mekap bagai nak rak kalau keluar rumah tiga beranak.., baru je nak buka tutup eye liner, dah datang putra mahkota, turut sibuk nak buka kan lip liner. Huh! kan dah haru dah kat situ.. tak rela ibunya berduet ber makeup dgn anak bujangnya depan meja solek. uh! no! nooo...! kabi nehi!! snap gambar cuma teringat mase tgh beratur nak beli pop corn.. masa lelain, haram tak hinggat! malu pun ye juga.. ai ni name aje blogger, tapi hati basah... *ade ka vocab blogger hati basah.. Ok, vocab itu ciptaan saya sendiri.. kan biasanya sinonim utk blogger, "hati mesti kering.." betul tak.. sebab tu ai pandai-pandai je bantai gelar diri saya ni blogger hati basah. makna dari blogger hati basah untuk saya sepertinya, jadi blogger, tapi malu nak amik gambar sesuka hati tak kira dimana.. last sekali nak cerita, komen saya pasal cerita Tekken ni kan, jalan cerita dah ada.. tapi tak berapa mantop.. apa-apa pun syabas juga utk John Foo yang melakonkan watak Jin Kazama.. walaupun anda tu mcm comel-comel, jambu-jambu gitu.. kesungguhan beliau untuk menjadi Jin Kazama tu amat-amat di hargai. jelas nampak dia berusaha jadi ganas walaupun dalam mode jambu... hihihi...

No comments:

Sensasi nya..,

Us together..