Thursday, August 12, 2010

lepas ni nak kene tengok sijil halal ade ke takde dulu..,

Nasional Hotel ada sijil halal 244 bukan 22: MAH Oleh Nazura Ngah 2010/08/12 KUALA LUMPUR: Sebanyak 244 hotel yang berdaftar di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) di seluruh negara memiliki sijil halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC). Daripada jumlah itu, 40 hotel di Sarawak, Pulau Pinang (29), Pahang (25), masing-masing 22 di Wilayah Persekutuan, Johor dan Melaka, manakala Negeri Sembilan (21) Sabah (20), Selangor (13), Perak (11), Kelantan (10), Terengganu (empat), Kedah (lima). MAH yang mewakili 552 hotel termasuk bertaraf lima bintang menjangkakan jumlah hotel yang memiliki sijil halal lebih tinggi berikutan data 244 hotel itu diperoleh dalam tempoh tiga jam semalam. Presidennya, Datuk Mohd Ilyas Zainal Abidin, berkata kenyataan JAKIM, kelmarin bahawa hanya 22 hotel memiliki sijil halalnya boleh mengelirukan umat Islam kerana banyak hotel sudah memperoleh sijil halal, termasuk daripada JAIN, MAIN dan HDC. Kenyataan JAKIM (mengenai hanya 22 hotel di Wilayah Persekutuan mempunyai sijil halal) betul, tetapi mengelirukan kerana hotel yang tidak mempamerkan logo halal JAKIM digambarkan seolah-olah langsung tidak memiliki sijil halal, katanya kepada pemberita di sini, semalam. Kenyataan dikeluarkan JAKIM, kelmarin menyatakan hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal jabatan itu. Ahli MAH mempunyai 60 peratus jumlah bilik penginapan di seluruh negara dengan 90 peratus hotel bertaraf lima bintang di negara ini menjadi ahlinya. Mohd Ilyas berkata, kenyataan JAKIM menjejaskan operasi sektor perhotelan kerana boleh menimbulkan keraguan terhadap status halal dimiliki hotel selain yang dikeluarkan JAKIM. Katanya, ia tidak akan menjadi isu jika kuasa pengesahan halal dan pengeluaran sijil halal adalah kuasa mutlak JAKIM, sebaliknya sijil halal turut dikeluarkan JAIN, MAIN dan HDC. Dengan kenyataan JAKIM itu, apakah status dan kedudukan sijil halal lain dan adakah JAKIM bercadang untuk menukar status halal JAIN, MAIN dan HDC kepada JAKIM secara automatik. Namun apa juga kenyataan mengenai status halal, pengguna mempunyai kuasa untuk menentukan status halal sesebuah hotel dengan menggunakan kebijaksanaan membuat semakan terlebih dulu, katanya. Berikutan kenyataan JAKIM itu juga, MAH memutuskan mewujudkan pangkalan data yang merekodkan sijil halal diperoleh ahlinya dan dijangka siap dalam seminggu. Beliau yang juga Pengurus Besar Rangkaian Hotel De Palma turut mempertikaikan sikap JAKIM yang hanya memberi tumpuan kepada hotel, sedangkan beribu restoran di negara ini yang tidak memiliki sijil halal, tetapi tidak dipersoalkan. di copied dari bharian online.

No comments:

Sensasi nya..,

Us together..