Friday, August 27, 2010

Buffet Ramadhan di Hotel Grand BlueWave Shah Alam 20/8/10

harga per person utk buffet grand BlueWave ni RM89++/person.. mahal woh, tapi pada saya mcm tak berbaloi.. harga mahal, makanan tak berapa banyak pilihan, menu dan rasa makanan adalah yang biasa-biasa aje. tempat parking pun laluan nak ke basement parking nye mengelirukan dan sempit crowded. bayaran PARKING pun flate rate, tiada spesel chop utk diskaun saya tak berapa makan pun makanan² yg ada, cuma nye makan pizza, aiskrim dan laksa penang (yg tak menepati citarasa saya) selebihnya saya jaga haziq ke sane kemari kejar mengejar dia.. lotih ibu.. saya review semula je kisah kami bebuka poser kat hotel 20hb aritu, dan buffet² kami di hotel ini adalah tajaan dari office saya. dengan ayat mudahnye makan free kami. walau pun free, tapi kami tetap rase tak puas hati tau bayar mahal² tapi tak best, buat ape kan.. hari ni kan cuti nuzul quran utk Selangor. so, saya dah siap buat auto publish dari semalam.. dok rumah mane dpt melayari internet sesangat. lagi bz dari keje kat ofis.

Thursday, August 26, 2010

Menu Cadangan

yg saya nak masak hari ni; 1) sambal tahu yang ala-ala masak sos tu la 2) goreng ayam 3) salad utk ulam 4) samada sambal belacan atau budu.. tengok mane yg sempat la karang. itu jer, sekian.. . dan di akhiri dgn gambar budak comey yg suka buat ibu kembang kempis tahan hangen..., esok saya cuti.. yeyy.. tapi ekonomi tak mengizinkan, so tak kemana-mana, hanye menjadi penghuni yang setia di rumah. as usual aktiviti, kemas, membasuh, melipat, menyidai & memasak.

berbuka puasa di Holiday Villa Subang 25/8/10

ramadhan buffet kat Holiday Villa RM73++/person so total per person is RM84. certified HALAL by JAKIM (takyah ragu-ragu ke HALAL lan nye) makanan adalah super banyak dan sedap. dan kerana terlampau sedap + banyak dan saya pun tak henti² makan, gambar semasa makan adalah TIDAK ADA.. hehehe gambar yang ade hanya di masa perjalanan pergi dan of coz di kala terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas. well behaved kan si HAziq.. duduk elok sorang atas kerelaan sendiri menyarung tali pinggang di seat belakang. tahniah haziq bersifat matang & good boy. bandingkan bila datang ke 'aktifan' haziq tu.. MEMANG BERBEZA... oh yer, sebelum terlupa, Holiday Villa ni ade spesel promotion, 3 hari terakhir Ramadhan, yakni 7th September ~ 9th September harga buffet per person is RM42. diorang bagi diskaun 50% untuk 3 hari terakhir puasa. sesiapa yang berhajat, boleh la ramai² datang.. tapi mase tu dah nak dekat raya, sesiapa yang nak balik kampung beraya, tak kuasa lg der pg buka puasa kat hotel, baik balik kampung aje kan.. lagi best.. haziq ni kalau behave memang boleh di puji melangit. tapi dia ni manja melampau dgn ibu, kadang² takde angin takde ribut, boleh menangis bagai nak rak..sampai ujung simpang buleh dengar suara dia melalak.. dah macam kene dera.. padahalnya bukan kena marah pun, cuma nak mintak dukung dia bawak naik atas bilik??.. pun dia boleh buat aksi kesedihan yang terlampau. Siap berjuraian air mata & tersedu-sedu.. anak ibu..anak ibu.. dugaan betul... nak-nak bulan poser ni..

Wednesday, August 25, 2010

Hari Wanita


Selamat Hari Wanita untuk semua WANITA..
tanpa WANITA siapa lah LELAKI..
wah! statement kemain lagi..!!
tapi betul kan.. memang betul kan..
di sebalik kejayaan lelaki SIAPA??
di sebalik kesengsaraan lelaki SIAPA??
of course WANITA kannn..
saya siap dapat hadiah hari WANITA lagi hari ini,
berbuka puasa di holiday Villa Subang FREE..
perkataan FREE itu harus di BOLD & Di Caps Lock.
ingat senang nak dapat bende free..
terima kasih office saya
sudi menaja buffet hotel free kat saya sempena hari WANITA *lap air mata
Hadiah Hari WANITA la sangat kan..
jangan nak perasan hadiah konon..
dah tentu² belanja customer bukak poser,
lagi mau perasan office bagi hadiah Hari WANITA.

terpaksa pakai diaper untuk elak sebarang kemungkinan akibat jammed,

kisah ni jadi mase saya bawak en. abah & haziq join buka puasa kat blue wave aritu.. muahahahaha series kalu ingat² balik kelakar giler. masa on the way nak pegi tu, paham je la kan lalulintas kat shah alam petang-petang gitu.. dah nak sama dah jammed nya dengan jammed KL. tersengguk-sengguk keter nak bergerak. haziq ni, nak tengok dia duduk senyap dlm kereta, dapat tahan beberapa saat je.. lebihnya dah melompat tergolek kesane kemari dah.. kire dah nak sampai dah mase tu, tapi sebab sengguk² perjalananan.. buleh la target lagi sengah jam sampai.. sekali si haziq cakap dia nak kencing.. Ah sudah! mane nak cari petrol pump ke toilet ke mase jammed² ni.. terus pantas ibu duduk belakang pujuk haziq pakai diaper. terpaksa suruh dia kencing dalam diaper.. muahahahaha lucu sungguh. haziq terpaksa ambik feel nak kencing tu, selesai je dia kencing siap bagitau kami, dah sudah shee shee ibu.. gambar dua bawah ni lak kami laki bini tengah tunggu haziq berak.. terpaksa bukak semua tingkap, kiri kanan atas.. muahahahaha pengsan kalau tak bagi udara masuk. budak besar berak kan, paham² je la... sekali lagi dia terpaksa berak dalam diaper. mata & muka en. abah ni dah memang tersandar betul-betul dah tu penangan buffet kat hotel.. free lak tu kan.. rugi la kalau tak belasah semua makanan. (muka tahan bau pun ye jugak tu) muahahahaha... kembang kempis tahan napas.. siap haziq berak, en. abah bawak dia ke toilet untuk sesi mencuci membersih.. budak lelaki mane leh masuk toilet pempuan kan.. so, selamat la ibunya di situ.. syukurrr..

Tuesday, August 24, 2010

Abaikan & bertenaga

hari ni dah 14 Ramadhan ek.. uishhh sekejap betul masa berlalu, rasa saya, saya dah buleh adapt dah situasi berpuasa ni.. hehehe masuk minggu ketiga ni barulah saya cargas di siang hari.. kalau ingat² balik keadaan saya 2 minggu awal puasa haritu.., woh! sangap ya Amat.. ngalahkan budak kecik. macam mulut badak dah.. nguap tak henti²...hehehe rindu la nak makan buka masakan omak.. uwaaa!! syedih tau sambil taip ni pun genang air mata dah ha... uh! tak suke la sekarang dah jadi ratu genang airmata. cepat no touching² ni.., saya dah tak mo ingat dah kes minah senget tu lagi.. buang mase aje.. saya nak share kisah sahur saya & en. abah pagi tadi.. gila tamak betul rasenye.. dah makan nasi berlaukkan sambal sardin campur telur asin, tambah lagi sorang semangkuk mihun sup.. betul-betul tersandar lepas tu.. kus semangat..

Monday, August 23, 2010

berbaloi ke gaduh di bulan Ramadhan

Sabtu lepas maghrib.., saya jenguk FB sekejap.., tgh² online jamu mata, tetiba ada lah hamba Allah ni, bagi mesej wall to wall kat saya, "org kata dalm hidup ni jangan sesekali menyakiti hati org lain, jangan menginiaya org lain, jangan dengki mendengki....sesungguhnye org yg disakiti itu akan ingat ape yg dilakukan oleh org itu hingga akhir nyawanya...." saya jawap, "tq, kenape eh" sebab saya kehairanan teramat, apehal minah ni gigih wall to wall cakap bende² cenggini. macam sesuatu jer.. utk makluman, minah ni junier mase sekolah menengah saya beberapa belas tahun yg dulu. saya mmg anti dgn minah ni dulu, saya AJK Ibadah asrama, dan budak ni adalah junior saya yg jua sentiasa menjadi pesalah laku ibadah terlampau.. mcm-mcm hal yg berlaku yg memeningkan saya. datang lagi mesej wall to wall yang kedua, "tidak cukup dgn memohon maaf dari allah...jika diri sendiri tidak memohon maaf dari org yg pernah disakiti......" saya pun reply komen, "ape masalah anda yang sebenarnya ni?"

sepantas kilatnya dia pun reply, "mcm yg saya katakan org yg disakiti aja yg akan ingat dari org yg mengakiti..." "tak de ape2 hanya teringat masa zaman sekolah kite."

saya reply, "Sorry tak ingat. bende dah lama berlalu, sebagai orang dewasa dan mungkin bersifat matang perlukah wall-to wall & ingat bende yang dah lama berlalu?" rase nye ade lagi ayat² selebihnya.. tapi dah tak ingat dah ape lagi.

dalam pada itu, saya baca blog VP, sebabkan tertarik dengan kata-kata hikmah puan VP yg ditepek mase tu, kebetulan juga ade kene mengena dgn hamba Allah ini, saya pun cuba utk menyedarkan sesama kita.., lalu saya pinjam kata² tersebut dan wall to wall kan ayat² hikmah itu kepada beliau,

2 Perkara yang mesti kita ingat 1. Kebaikan orang kepada kita 2. Kejahatan kita kepada orang 2 Perkara yang kita tak boleh ingat 1. Kebaikan kita kepada orang 2. Kejahatan orang kepada kita

dia reply mesej wall to wall saya untuk beliau, "human is human...sekali disakiti payah nak dilupai....that nature.....anyway dlm bulan yg mulia ini....sama2lah kita memohon ampun dan maaf kepadaNYA atas sume dosa-dosa yg telah dilakukan...amin" ade pulak member dia terus like mesej wall to wall saya.. ahaks! tq peminat.. walau anda bukan friend saya di FB.

sepantas kilat lagi, dia reply komen dekat wall saya, "mcm yg saya katakan org yg disakiti aja yg akan ingat dari org yg mengakiti...anyway memang benar perlunya bersifat matang.....alhamdulilah dipertimukan di FB...setidak-tidaknya ada peluang untuk saya memaafi apa yg anda lakukan 13 tahun lalu walaupun anda tidak memintanya....agar anda tenang apabila dipanggil olehNYA kelak...."

huk alah! budak ni macam dah meroyan je tengoknya.. bende terasa hati mase sekolah 13 tahun lepas dia buleh ingat & cube untuk meghentam saya di umur menjelang 30 an ini...???

apa yg saya lakukan, saya malas nak jadi seperti beliau yang bertindak tanpa berfikir & tidak menggunakan akal sebaiknya.. oleh itu saya cuma komen,

"kalau setakat senior sebagai AJK asrama menegur junior, tentang ponteng sembahyang, kuku berwarna, rambut dye, rasenye itu adalah tanggungjawap AJK tersebut. Mengingati mati adalah sunat bagi manusia, terima kasih. Alhamdulillah di bulan ramadhan yang mulia, sesama lah kite bermusahabah diri menjadi suri & ibu yang baik sebagai tauladan buat anak-anak.."

saya terfikir, dari gaya mesej² beliau.. pada mata kasarnya kita akan fikir mulianya dia.. mengingatkan tentang mati, mungkin juga sebagai tazkirah utk sahabat.. memaafkan kesalahan orang yg telah menyakiti hatinya, akan tetapi,

cuba kite tengok pula pada dasarnya, bukankah dia telah cube untuk mencetuskan satu senario yg akan menimbulkan fitnah & syak wasangka terhadap saya? mungkin juga tindakan beliau itu akan memalukan saya..

kalau betul lah cara beliau yang pernah suatu ketika dulu terasa di aniaya oleh saya, bukankah elok bertindak secara dewasa yg berlandaskan cara yang berhemah..

kenapa tidak gunakan private massage, kan lebih elok & manis bertindak begitu. Benda yang lepas tambah lagi berlaku mase zaman belum mummayiz.. sungguh saya tak faham, kenapa masih lagi memikirkan peristiwa yang lepas-lepas, masing-masing ade bahagian masing-masing.. kenapa kita masih lagi berperangai ke anak-anakan ketika umur meningkat dari hari ke hari??.. erm...

Saturday, August 21, 2010

Resepi Ayam Penyet

Bahan-bahan A
  • 1 ekor ayam (apprx 2kg) potong 8 - bersihkan dan toskan airnya
  • 5 cawan air
  • 2 daun salam (optional)
  • garam secukup rasa..
Bahan-bahan B - Kisar halus
  • 4 biji buah keras
  • 3 sudu makan serbuk kunyit (atau guna kunyit hidup 2 ibu jari)
  • 3 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • 2 inci lengkuas
  • 1 sudu makan ketumbar biji
  • 1/2 sudu makan jintan manis
Cara-cara;
  1. masukkan semua bahan-bahan A & B dalam periuk/kuali bersama-sama air
  2. masakkan di atas api sederhana hingga ayam 3/4 masak.
  3. jangan lupa balik-balik ayam sekali sekala.
  4. bila ayam dah 3/4 masak, angkat dan toskan air lebihan supaya air akan berpisah dari ayam & hampas.
  5. panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali dan goreng ayam tadi bersama2 dengan hampas2 yang telah di saring hingga ayam garing.
  6. angkat dan hidangkan panas2 bersama sambal belacan dan ulam-ulaman seperti kobis, timun, kacang panjang dan apa-apa aje yang berkenan utk di jadikan ulam.
Sambal Ayam Penyet
  • 10 tangkai lada merah
  • 10 biji cili padi
  • 6 biji bawang kecil
  • 1 biji buah tomato (yg muda-jgn terlalu masak)
  • sedikit gula melaka (atau guna gula timbang)
  • sedikit air - untuk melancarkan blending bahan-bahan ni dalam blender aje yee..
cara-cara buat sambal;
  1. mesin halus semua bahan-bahan tadi
  2. sekiranya gula melaka di gunakan, tidak perlu di kisar, cuma masukkan kedalam kuali semasa sambal di masak.
  3. panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan yang di mesin tadi
  4. dan masak hingga naik minyak.
meh tengok ayam penyek saya pula..
saya gigih masak ayam penyet ni mase birthday en. abah 18hb August aritu..
almaklumlah, ekonomi kewangan tengah merundum, cuma celebration ala-ala je la yang dapat saya buat untuk en. abah, duit pun yilek nak beli prezen ke, spesel dinner ke..
cuma keikhlasan hati ayg masakkan utk abg
je yg dapat ayg persembahkan besday abg tahun ni.., ;-s .. (huhuhu syedihnya...)
tadddaaa!!,
cume salad sahaje yang saya buat ulam,
kacang panjang, kobis malas nak pegi beli.. berjimat katenye..
memang sedap! sama rasanye macam ayam penyet yang ada dekat Food Court Giant yang best tu..
kalau ade modal, boleh la bukak kedai lepas ni... hehehe..
resepi ni saya google sebenarnye.. dapat dari forum Cari.
terima kasih Cari!

Friday, August 20, 2010

Buffet Ramadhan di Hotel Grand BlueWave Shah Alam

Buka Puasa is available from First Ramadhan to the Eve of Hari Raya Aidilfitri. RM89.00 ++ per person EARLY BIRD SPECIAL - 30% discount from 1st to 10th Ramadhan and eve of Hari Raya Aidilfitri. - 50% discount for children aged 4 – 11 years. SELECTED CREDIT CARD PROMOTION - 20% discount privileges apply for selected credit card holders. - CIMB, Bank Islam, Maybank, AEON Credit, RHB Bank, AM Bank, Public Bank, HSBC. CORPORATE GROUP SPECIAL - For Group Bookings above 50 persons from RM65.00++ per person. WEEKEND FAMILY SPECIAL - For Every One paying Adult, ONE child is FREE. - Applicable on Saturdays, Sundays & Public Holiday. AL MUBARAK ROOM DEALS ( NEW ) - RM160.00 ++ ( single occupancy inclusive of Sahur Set ). - RM240.00 ++ ( single occupancy inclusive of Buka Puasa and Sahur Set ).

^^yang paling penting ada chop halal yer tuan-tuan, puan-puan..^^
so malam ni saya isytihar kan saya cuti masak.. saya akan berada di Grand BlueWave ini.. bulan-bulan puasa ni kan, bos bawak big customer bebuka poser sepesel utk customer yang bikin untung kampeni kami, order banyak² ratus² ribu.. Entertainment katanye..
last sekali, jom en. abah dan haziq.., kita makan free..
p/s: tengok haziq,.. baik tau ibu ni.., sungguhpun ibu merajuk dgn haziq sahur tadi sampai pagi.. ibu bawak gak haziq pegi special dinner tau..

Thursday, August 19, 2010

Cara-cara nak Upgrade air ticket (economy) to Business Class Dengan Redeem Enrich Point

malam ni ai terpaksa ke MAS Counter.. uwaaa!! sebab due utk re-issue tiket yang telah di upgrade ke Business Class cume sampai ke pukul 3ptg esok sahaje.. ingat kan memula dah target dah sabtu ahad ni la baru nak pegi KL Central tu. nak masuk KL, masa weekdays.. di siang hari.. bulan-bulan poser ni.. huuuuiii sungguh ke tidak laratan. sekali mase telepon bla-bla dgn Customer Service Enrich tadi, dia remindkan kene re-issue tiket tu dalam masa 24jam.. aduh! aduh! duh! duh letihnyaa.. bos jepun saya ni la.. dia minta saya upgradekan dia punye tiket ke Business Class utk redeem dia punye Enrich Point dah gile berpuluh ribu punya dah. sebab dia dah byk fly dari Singapore sekarang ni.. dah tak berapa guna dah MAS Airlines. oleh sebab saya merangkap secretary utk satu pejabat bos saya, of course la berkhidmat dengan-suka-tak-rela kan.. cara nak upgrade senang aje:-,
  • memula beli air ticket, then telefon enrich dan pilih menu Enrich Redemption Point
  • cakap dengan customer service tu kita nak upgrade business class by redeem Point
  • CS tu akan cakap bla..bla.. & confirm dgn kita brp jumlah point yang di kenakan
  • bila kita kata okey & setuju so dorang akan process.
  • CS akan inform bile due utk re-issue tiket di kaunter
  • kita kene pergi MAS Counter either KLIA @ KL Central utk counter Re-Issue tiket.
see.., senang kan? tapi nak pegi kaunter tu yang melecehkan. Kesian nya saya.. kene manja-manja minta tolong en. abah hantarkan saya pergi KL Central malam ni.

Jimbam oh Jimbam

cute je kan name jimbam tu.. ahak.! aritu la tetibe saya ter perasan salah satu gambar baru kat ruang follower saya, saya rasa macam kenal jer.. terdetik dah hati, ni macam along saya jer.. muahahahaha (gelak dulu) ape lagi terus saya klik gambarnya nak tengok dia nya link. memang betul, along saya punye blog. along saya sekarang tgh kursus peralihan. kursus untuk persediaan pencen.. askar kan dorang buleh pencen awal, sebab kan along saya dah malas nak sambung servis, dia pun redha je nak ber pencen, dalam mase 6 bulan lagi dari masa sekarang. sekarang ni dia tengah berkursus tourism. mudah² impian beliau utk menjadi bisnesman yang berjaya. Amin. jom la jenguk along saya nye blog... hijau lagi, http://zulselamat.blogspot.com/

Wednesday, August 18, 2010

istimewanya..,

sempena hari yang terindah hari ini,
ibu dan haziq ucapkan..,
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
we love you...! en. abah.
Selamat Hari Lahir sayang...
semoga sentiasa beroleh kesihatan yang baik
dan sentiasa dilimpahkan kasih sayang agar abah
dapat limpah ruahkan kasih dan sayang itu untuk kita sekeluarga.

Tuesday, August 17, 2010

Senarai Hotel & Resort yang ada sijil HALAL (JAKIM)


info di tepek dari HalalMalaysia, kalau nak tau lebih lanjut buleh refer kat link ni ye --> klik

2-3 keping photoshoot

mengah mengejar bujang sorang ni kalau berjalan. bawak dlm shopping complex pun dah banyak kali dah hilang bikin ibu & abah kering darah je haziq ni.. geram betul dengan keaktifan dia ni. tak reti takut betul lari laju-laju sampai jauh dari ibu dan abah. nak amik gambar pun dah susah bebenor. mase en. abah nak klik-klik ni pun tak sempat nak ubah setting kamera, gambar pun tak berapa cantik background nye mane yang sempat je klik **sok haziq dah besar, haziq tengok la sendiri haziq punya ke aktifan.. tak daya tau ibu & abah mengejar haziq.. kus semangat

Saturday, August 14, 2010

Kad Salam Ramadhan


terima kasih kak,
kad yang cantik ni..
salam ramadhan juga dari saya sekeluarga.
bersama-sama kita berpuasa dgn cara yang sihat..

Friday, August 13, 2010

masak ape korang??

masuk hari ni dah hari ke tiga ramadhan kan..
esok cuti.. yey!! buleh kemas rumah..
pagi esok bangun pagi-pagi urus haziq sekolah Alim,
lepas tu rush pegi tumbletots pulak..
ermm.. jam 3 kemungkinan saya ade meeting pula.
tapi meeting Kem Motivasi tu nanti dulu, jadi ke tak jadi tah..
tunggu tuan presiden dulu confirmkan..

saya masih belum pegi lagi ke pasar ramadhan. tak tau lagi khabar PARAM thn ni.
sepanjang 2 hari poser ni, menu buka poser saya cume masakan yg simple² aje..,

1st day - menu laksa buat-sendiri-dimalam-hari-sebelum-hari-pertama-puasa.
2nd day - ayam masak kicap berempah ikut resepi chef azli
bendi goreng & telur masin
3rd day - tak tau lagi nak masak menu ape ari ni.. tunggu sampai rumah kang baru ade idea.

saya tgh ter angau-angau nak buat kek ni..jumaat lepas dah buat, selamat licin.
malam tadi patutnye dah nak buat, tapi ter lepas berlayar awal lak dgn putra mahkota..
bukan senang kami dua ni nak tidur awal..
stended time tidur kami berdua paling awal pukul 12 mlm.. paling lewat, pukul 3 pagi pun ade
gile kan??! budak kecik baya haziq tidur gile punye lewat.
en. abah tu takyah kire, tidur malam ni bukan kepentingan dia.. ops! ampun bang..

bayangkan betapa cemerlangnya saya dan haziq tidur awal malam tadi..
kul 9 tepat kami dua beranak dah tidur.. fuh! letih poser katanye.
indahnya la hai dapat tidur malam waktu normal macam tu.

terima kasih banyak haziq yer.. dapat tidur awal macam malam tadi.
dapat ibu rehatkan badan, mata & tenaga lama sikit.

Thursday, August 12, 2010

lepas ni nak kene tengok sijil halal ade ke takde dulu..,

Nasional Hotel ada sijil halal 244 bukan 22: MAH Oleh Nazura Ngah 2010/08/12 KUALA LUMPUR: Sebanyak 244 hotel yang berdaftar di bawah Persatuan Hotel Malaysia (MAH) di seluruh negara memiliki sijil halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC). Daripada jumlah itu, 40 hotel di Sarawak, Pulau Pinang (29), Pahang (25), masing-masing 22 di Wilayah Persekutuan, Johor dan Melaka, manakala Negeri Sembilan (21) Sabah (20), Selangor (13), Perak (11), Kelantan (10), Terengganu (empat), Kedah (lima). MAH yang mewakili 552 hotel termasuk bertaraf lima bintang menjangkakan jumlah hotel yang memiliki sijil halal lebih tinggi berikutan data 244 hotel itu diperoleh dalam tempoh tiga jam semalam. Presidennya, Datuk Mohd Ilyas Zainal Abidin, berkata kenyataan JAKIM, kelmarin bahawa hanya 22 hotel memiliki sijil halalnya boleh mengelirukan umat Islam kerana banyak hotel sudah memperoleh sijil halal, termasuk daripada JAIN, MAIN dan HDC. Kenyataan JAKIM (mengenai hanya 22 hotel di Wilayah Persekutuan mempunyai sijil halal) betul, tetapi mengelirukan kerana hotel yang tidak mempamerkan logo halal JAKIM digambarkan seolah-olah langsung tidak memiliki sijil halal, katanya kepada pemberita di sini, semalam. Kenyataan dikeluarkan JAKIM, kelmarin menyatakan hanya 51 dapur restoran dan premis makanan di 22 hotel di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan pensijilan halal jabatan itu. Ahli MAH mempunyai 60 peratus jumlah bilik penginapan di seluruh negara dengan 90 peratus hotel bertaraf lima bintang di negara ini menjadi ahlinya. Mohd Ilyas berkata, kenyataan JAKIM menjejaskan operasi sektor perhotelan kerana boleh menimbulkan keraguan terhadap status halal dimiliki hotel selain yang dikeluarkan JAKIM. Katanya, ia tidak akan menjadi isu jika kuasa pengesahan halal dan pengeluaran sijil halal adalah kuasa mutlak JAKIM, sebaliknya sijil halal turut dikeluarkan JAIN, MAIN dan HDC. Dengan kenyataan JAKIM itu, apakah status dan kedudukan sijil halal lain dan adakah JAKIM bercadang untuk menukar status halal JAIN, MAIN dan HDC kepada JAKIM secara automatik. Namun apa juga kenyataan mengenai status halal, pengguna mempunyai kuasa untuk menentukan status halal sesebuah hotel dengan menggunakan kebijaksanaan membuat semakan terlebih dulu, katanya. Berikutan kenyataan JAKIM itu juga, MAH memutuskan mewujudkan pangkalan data yang merekodkan sijil halal diperoleh ahlinya dan dijangka siap dalam seminggu. Beliau yang juga Pengurus Besar Rangkaian Hotel De Palma turut mempertikaikan sikap JAKIM yang hanya memberi tumpuan kepada hotel, sedangkan beribu restoran di negara ini yang tidak memiliki sijil halal, tetapi tidak dipersoalkan. di copied dari bharian online.

Wednesday, August 11, 2010

makin lama dia makin besar

dia dah 3 tahun la tahun ni..
petah berkata-kata, tapi suka buat-buat cakap manja+pelat
pandai tolong kemas rumah, kerja rumah..
pandai buat air ribena sendiri
kalau boleh semua bende dia nak tolong,
pening ibunya nak kene pantau sentiasa segala pergerakannya


kejap betul dia dah 3 tahun..
macam tak puas je nak gentel² masa dia masih baby.

feeling artis


ehem..ehem.. terasa seperti artis je ai, tengah syok jalan memimpin tangan anak ade paparazzi klik-klik amik gambo.

Bebelan & Perempuan = lumrah

senario gambar ni kan sangat-sangat sweet..
haziq kena bebel dgn saya.
selamba suka hati dia je nak berlari sambil berjalan kaki ayam.
dalam rumah boleh la.. terjamin juga la kebersihannya.
ini dekat KLCC Park tu.
*******************
mari saya review hasil kejayaan haziq dari bebelan ibu;
living area sekarang sudah sentiasa cantik, sebab haziq dah pandai pack up
segala mak nenek toys/tools haziq..
syabas sayang!

Tuesday, August 10, 2010

Saya Suka sebab saya Cantik

tajuk memang poyo, tak suka, gelik, over, nampak poyo? ha gasak korang.. ape yg pasti tuan blog amat suka tengok gambar sendiri dan gamba suami beliau di kala ini semuanya cantik, lawa, hensem, manja, berseri.. wahhhh pendek kata semua nya yang setaraf dengan maksud perkataan cantik.. maunnya tak berseri muka memasing... tengok wayang takyah guna duit sendiri beli tiket wayang. terima kasih banyak-banyak-banyak-dan berbanyak lagi terima kasih kepada orang yang amat berjasa di sebalik tabir tiket wayang free ni, NUFFNANG... yey!! idup nuffnang... (overnya ibu!) terima kasih bagi 2 tiket free ini.. bersemangat waja saya eh, siap² solat segala dari opis, tetiba lak stayback kat opis sampai kul 6 lebih gitu. buleh pula keja ni macam tak buleh nak siap awal mase tu.. dalam 6.30 kot saya bergegas drive dari mines waterfront ke TTDI, office en. abah. mengharung kesesakan lalu lintas yang melampaunya.. fuhh! sungguh mencabar, demi tiket wayang free. lepas solat, tacap muka sikit.. mestilah nak lawa-lawa kan nak pegi dating dgn laki sendiri.. selama ni muka tak sempat nak mekap bagai nak rak kalau keluar rumah tiga beranak.., baru je nak buka tutup eye liner, dah datang putra mahkota, turut sibuk nak buka kan lip liner. Huh! kan dah haru dah kat situ.. tak rela ibunya berduet ber makeup dgn anak bujangnya depan meja solek. uh! no! nooo...! kabi nehi!! snap gambar cuma teringat mase tgh beratur nak beli pop corn.. masa lelain, haram tak hinggat! malu pun ye juga.. ai ni name aje blogger, tapi hati basah... *ade ka vocab blogger hati basah.. Ok, vocab itu ciptaan saya sendiri.. kan biasanya sinonim utk blogger, "hati mesti kering.." betul tak.. sebab tu ai pandai-pandai je bantai gelar diri saya ni blogger hati basah. makna dari blogger hati basah untuk saya sepertinya, jadi blogger, tapi malu nak amik gambar sesuka hati tak kira dimana.. last sekali nak cerita, komen saya pasal cerita Tekken ni kan, jalan cerita dah ada.. tapi tak berapa mantop.. apa-apa pun syabas juga utk John Foo yang melakonkan watak Jin Kazama.. walaupun anda tu mcm comel-comel, jambu-jambu gitu.. kesungguhan beliau untuk menjadi Jin Kazama tu amat-amat di hargai. jelas nampak dia berusaha jadi ganas walaupun dalam mode jambu... hihihi...

Selamat Menyambut Ramadhan

hari ni dah 29 sya'aban,
betapa cepatnya masa berlalu..
insya allah esok 1 ramadhan, bulan dimana saat² yang di nantikan umat islam
untuk sama-sama menjalani ibadah puasa..
aduii, syahdu pula terasa bila fikir esok kita akan mula berpuasa..
(*menahan sebak)


*gambar² adalah tiada-kena-mengena-dengan-tajuk..
gambar ni mase saya ke tropicana Rabu lepas
tengok wayang free cerita Tekken.
cerita pasal wayang free ni kejap lagi menyusul


dengan ini, saya sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam.
mak & abah saya., akak ucapkan selamat berpuasa..
memang best kalau dapat balik kampung puase & berbuka same²,
kalau murah rezki, insya allah..
uwaaaa!!
(tetiba rindu, syahdu.. sedihhh laaaa ** apesal dah jadi cembeng lak sekarang ni??? ~' TAK PAHAM)

Saturday, August 7, 2010

permulaan yang baru..,

saya dah buat blog khas untuk makeup-makeup, sudi-sudilah jenguk yer..
saya budak baru belajar..

berita selanjutnya,.......Klik

Wednesday, August 4, 2010

Eye Liner Basi

berkurun berlalu.. baru nak abadikan, its sooo me. sekarang dah takde cerita segar dari ladang. semuanya citer basi. Dek kerana terpikat dengan kecantikan kareena kapoor dalam cerita hindi three idiots bulan-bulan lepas kalau tak silap. saya Tengok, Dia calit eye liner biru tebal² keliling matanya yg besar tu.. Serasa jatuh cinta pulak.. nampak tersangat lawa benar .. Gigih gak la saya mencalit kan keliling mata saya dgn eye liner biru sehari dua ke pejabat.. Seperti gambar diatas-yang-telah-di-anak-panahkan sungguhpun tidak secantik kareena kapoor, rasanya saya sudah memadai dengan perasaan "perasan lawa" saya di masa itu. muahahahaha... sekian, dari saya yang dah rasa cukup lawa ala-ala kareena kapoor di masa itu.. {sambil gelak tergolek-golek}

Monday, August 2, 2010

Abah, Ibu, Haziq

Abah.., *hajik nak pegi wayang-wayang lagi *translatenya :-“haziq nak pegi tengok wayang lagi” Haziq boleh promise behave ke?? Bulehhh.. hajik promiss - - - - - - - - - Ibu tgh drive, haziq tgh duduk bersila di seat co-driver. Tiba-tiba, Ibu.., hajik isap kaki ni.. meh tengok lah.. Ibu kerling sebentar ke tepi arah kaki haziq.. “Cupcup..cup.cupppp” sound efek tu saya reka sendiri utk menunjukkkan betapa sedapnya haziq hisap ibu jari kaki nya.. haziq isap finger kaki tu minta adik ke?? ADIKK?? Nak! Nak! Ibu mampu tersengih - - - - - - - Haziq:- Ibu…, mane adik hajik? Hajik nak adik… Ibu kate dulu hajik nak adik.. Nanti adik ade kat dalam perut ibu kan.., Ibu:- Haziq nak adik eh, nanti la.. insya allah ada rezki.. - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - Haziq; Ibu.. kenape abah tak bagi adik kat dalam perut ibu lagi?? ..GULP…!

Sensasi nya..,

Us together..