Thursday, July 8, 2010

Isu Kaedah Biasiswa JPA

pimp myspace profile Kekal kuota, Utama merit Oleh Nazura Ngah 2010/07/08 Isu kaedah penawaran biasiswa JPA >GPMS, PERKASA mahu kuota 60 peratus untuk pelajar Melayu dikembalikan dan hak keistimewaan Bumiputera dipertahankan >Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia minta merit diambil kira, tetapi Persatuan Hindu Sanggam mahu tambahan 10 peratus KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan Melayu dan bukan Bumiputera bercanggah pendapat berhubung kaedah penawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN). Pertubuhan yang mewakili orang Melayu mempertahankan hak kaum mereka berdasarkan Perlembagaan, manakala pemimpin pertubuhan bukan Bumiputera pula mahu kuota biasiswa untuk bukan Bumiputera ditambah dan diberikan mengikut merit serta kegiatan kokurikulum pelajar. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Rosdi Amir, menggesa kerajaan mengembalikan kuota asal sebanyak 60 peratus untuk pelajar Melayu dengan pertimbangan merit hanya di kalangan kaum Melayu dan bukan dipertimbangkan secara terbuka dengan kaum lain. Beliau berkata, pengagihan 55 peratus biasiswa untuk pelajar Bumiputera ketika ini menyebabkan bahagian untuk pelajar Melayu semakin mengecil kerana perlu berkongsi dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak selain Orang Asli. Tidak mustahil nisbah pelajar Melayu dan bukan Melayu terutama Cina akan menjadi sama jika peratusan untuk Melayu tidak ditingkatkan. Kita tidak menidakkan hak bangsa lain, tetapi cuma minta hak kita dikembalikan. Adakah salah mempertahankan hak sendiri dan tidak cukupkah dengan pengorbanan dan pemberian diberikan oleh orang Melayu untuk bangsa lain, katanya Akhbar semalam melaporkan seramai 1,750 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditawarkan biasiswa PILN 2010 dengan 738 daripadanya adalah pelajar Melayu, diikuti Cina (603), India (161), Bumiputera Sarawak (128) dan Bumiputera Sabah (102), manakala bangsa lain (18). Bagi PIDN, 100 pelajar ditawarkan di empat universiti penyelidikan dengan 61 daripadanya pelajar Cina, diikuti Melayu (31), India (tujuh) dan bangsa lain (seorang). Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, pula berkata penajaan biasiswa JPA untuk pelajar cemerlang lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama dalam dan luar negara mengikut merit seperti yang diamalkan sekarang, melanggar hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hak keistimewaan orang Melayu dan hak paling utama ialah biasiswa daripada kerajaan. Kalau mengikut Perlembagaan, tidak sepatutnya biasiswa berdasarkan merit kerana ia hak Bumiputera. Kita bukan menafikan hak bukan Bumiputera untuk mendapatkan kemudahan kewangan melanjutkan pelajaran, tetapi biasiswa adalah hak kita sebagai Bumiputera, katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Cheng Lai Hock, berkata tawaran biasiswa seharusnya mengambil kira merit termasuk kegiatan kokurikulum pelajar, bukan berdasarkan kuota atau hak istimewa Bumiputera. Beliau yang tidak berpuas hati dengan pengagihan tajaan biasiswa itu, berkata pelajar Melayu mempunyai banyak saluran lain untuk mendapatkan tajaan biasiswa berbanding pelajar Cina. Kerajaan tidak seharusnya mengehadkan bilangan yang layak menerima biasiswa, sebaliknya memberikan tajaan kepada mereka yang layak kerana ia menentukan masa depan negara. Berdasarkan gagasan 1Malaysia, jika masyarakat boleh mengetepikan soal kuota dan mula membuat pertimbangan berdasarkan merit, kita akan jadi masyarakat yang lebih sihat, katanya. Presiden Persatuan Hindu Sanggam, RS Mohan Shan, berkata kerajaan sewajarnya mempertimbangkan peratusan lebih besar sehingga 25 peratus kepada pelajar yang layak daripada jumlah permohonan bagi setiap kaum. Malah, katanya, tambahan 10 peratus patut diberikan kepada pelajar India kerana kebanyakan mereka berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, selain tidak banyak syarikat korporat menawarkan biasiswa kepada kaum itu. Jika dilihat kepada peratusan setiap kaum yang ditawarkan biasiswa, ia adalah pembahagian yang adil tetapi dari aspek angka, peratusannya amat rendah. Bagi menjaga kebajikan kaum India, kerajaan perlu menelitinya secara serius kerana tidak ramai pelajar India yang mampu melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi jika tidak dibantu, katanya **saya pun tak berapa berkenan dengan isu biasiswa sekarang.. di mana lebihnya Melayu sekarang ek.. ~sumber adalah dari Bharian.com.my. tq.

1 comment:

suhaisweet said...

Visiting here..Nice.. special contest bring to u. Don’t Miss it!

Sensasi nya..,

Us together..