Monday, July 26, 2010

The Sorcerer's Apprentice

Sabtu lepas en. abah bawak kami ke TGV cheras selatan gara-gara anaknya berkali-kali request mau menonton filem.. ha.. kellass anak ibu..! mintak abahnya tengok movie woh maybe en. abah fikir ni caranye untuk menebus kembali ruang² kebizian beliau dlm 2 bulan ni yang tak berapa ade mase hang out sekeluarga.. gigih en. abah suruh ibunya mem booking.. cadangnya saya nak pakai on9 payment jer.. tapi manjang aje error. tah ler kenape masalahnya. end up guna telefon booking aje. ~haziq yang tidur nyenyak di pangku-dukung oleh abah tersayang. mane tak penat nya.. seharian sekolah.. oh yer, hari sabtu aritu first day haziq dengan Alim Playgroup, learning class yg berunsur islamic.. before this learning class haziq Pakej all in sekali physical class dgn Tumbletots bila dah ade islamic playgroup kinrara punye centre, itu yang kami terus enroll kan haziq dgn Alim Playgroup ni maknenye sekarang setiap hari sabtu haziq punye jadual agak ketat bermula jam 11.30am~12.30pm learning class dengan ALIM Playgroup, 1.15pm-2pm Physical Class dgn Tumbletots lama juga kami duduk-duduk dekat bench depan TGV ni.. bagi haziq puas tidur sikit.. dalam sejam juga la dia nyenyak tidur.. kesian dia penat. alhamdulillah haziq marvellous jadi penonton wayang.. cume yang tak tahannya, dia bagi komen out spoken.. bila time gelak.. dia gelak kuat-kuat.. bila habis gelak, selambe aje dia cakap "Ape la cerita ni.. kelakar lah cerita ni ibu.." agak kuat juga suaranya mase tu. terpaksa saya tutup mulut dia.. di pertengahan cerita tu, ada juga la part boring bagi bebudak, ala.. part yg banyak sembang tu, mane le bebudak rase enjoy kan.. haziq pun dah mula boring.. adus cuak woh.. dia dah mula buat perangai.. memang menguji kesabaran tahap suci ibunya dah masa tu. nyaris je ketam nak berjalan. berbekalkan kesabaran yang dah senipis kulit bawang, saya cube tanye dia betul2 "haziq nak ape..sebenarnye??" dia nak ke toilet katanye.. "hajik nak shi..shi.. la ibu..." dalam toilet saya deal dgn haziq, kalau haziq still nak tengok movie, kene promise jd gud boy.. kalau tidak no more movie.. anak bujang ai promise that he wont naughty anymore.. Alhamdulillah dia keep his promise laa.. memang dia behave & quiet.. bravo haziq! keluar dari cinema, "lepas ni kita boleh pegi movie lagi la haziq!!" kata en.abah sambil mencium pipi haziq.. wahh! itu sudah bagus, dapat la ibunya numpang sekaki nengok wayang tu.. sape taknak kan.. lagi² bila fikirkan keenakan popcorn nya,.. walaweyyyy..nyamannnn

Friday, July 23, 2010

“Tekken is in the Cinemas!!”

Synopsis;
The critically acclaimed Namco videogame franchise TEKKENTM is set to come to life on the big screen. Rising from the ashes of a crumbled civilization, gladiatorial combat has replaced warfare, and ruthless fighters pit themselves against one another in a bid for global supremacy. In the midst of the greatest tournament ever known, one warrior attempts to fulfill his destiny and become King of the Iron Fist. Civilization as we know it has been destroyed and in it’s place a dystopian world order has arisen with seven all-powerful corporations controlling the planet. America is under the totalitarian leadership of the mighty Tekken Corporation and it’s CEO Heihachi Mishima (Cary-Hiroyuki Tagawa), who rules absolutely from the capital of Tekken City. Those outside the metropolis’s walls lead a life of fear and despair, fighting for survival as outcasts in a harsh world where resources are scarce. Rising from this poverty is Jin (Jon Foo), who is driven by nothing more than a desire to murder the man who killed his mother (Tamyln Tomita). In order to exact his revenge Jin must defeat the world’s most elite fighters and win the ‘Iron Fist’ Tournament. However this journey will show Jin a past that his mother had tried to hide from him and force him to realize a future that threatens to tear him apart. the Tekken Movie's Trailer;
Sekarang dah nak keluar filem Tekken la..
Tekken ni kan asal-asal nya video Game tu.. glemer game ni dulu. Sekarang pun glemer juga bagi sesape fanatic Game ni, confirm everlasting minat lah.. dari kecik hinggalah ke besar yang setia tetap minat dgn Game ni..
Game ni kan Game Yang lawan-lawan tu.. saya pun suke game lawan-lawan ni.
Tapi sejak meningkat dewasa ni tak berapa ada mase dah nak main game-game ni..
Cuba lah kalau ade masa, memang tak akan berganjak ke mana-mana..
setia menghadap Game.. hihihihi. Watak yang saya paling minat dalam Tekken ni dah tentu lah si Heronye Jin Kazama (lakonan Jon Woo) Selain dari sebab muka dia dah memang sedia cute tu.. (biaselakan yang kiut-miut tu orang akan pandang lebih dulu dari sebab-sebab yang lain).. dia punya gaya & penampilannya yang tersendiri dalam movie ni pun dah boleh tackle hati orang untuk minat watak dia dalam filem ni.
Jin Kazama dalam Game ni memang dah nampak gagah perkasa,
sungguhpun mukanya kelihatan tulus campur ganas sikit.
Siap saya googled picture sebenar si Jon Woo yang melakonkan watak Jin Kazama ni..
alahai jambunya dia.. macam tak layak je jadi Jin Kazama.. Jin Kazama tu kan ala-ala muka hensem tapi macam Nampak kejam sikit. ~nampak kan perbezaan muka & karektor Jon Woo dgn Jin Kazama..
macam lain kan.. hihihi.. Agaknya sebab make up artist dia super duper terror, tu yang boleh tacap muka Jon Woo, bagi Nampak ganas sikit, walaupun tak berapa menjadi… muahahaha matik la saya punye stetmen ni, ~kira okey la ganasnya kan... jadi la sikit-sikit ganas.. kalau terlebih ganas kang
tak buleh lak jadi anak yang sayangkan emaknya..sampai buru pembunuh omaknya.. Saya suka sangat keazaman yang kuat Jin Kazama yang bernekad masuk Pertandingan “King of Iron Fist” demi mencari pembunuh maknya. Bukan senang nak jumpa orang lelaki yang sayang gila-gila dengan emaknya..lagi-lagi siap nak cari pembunuh emaknya. Betul la saya rasa kagum dengan sifat penyayang Si Jin Kazama terhadap emaknya tu. Dalam pada dia sibuk bertanding dari satu lawan ke satu lawan yang lain, perlahan-lahan dia sedar kewujudan kuasa jahat yang lahir dari dalam dirinya. tapi dengan Berkat keikhlasan hatinya yang jujur, dia dapat kawal elok dan gunakan kuasa jahat itu untuk bertanding secara benar, cekap & amanah. Tang ni lagi saya kagum.. boleh dia kawal kuasa jahat tu dengan cara berhemah. Bukan nya senang nak control kuasa² jahat tu kan. Kalau lah Nuffnang bermurah hati nak bagi tiket free kat saya.. huishh la haii.. lagi la saya terlebih² lagi kagum.. meh la Nuffnang.., bagi la 2 tiket free tu kat saya.. saya tak sabar nak tengok mamat jambu tu belakon jadi Jin Kazama.. Mengganas ke Menjambu.. muahahaha.. Ampunnn Jon Woo.. peace!!

berpusu-pusu naik Feri

dapat tiket pukul 8.30pg kalau tak silap saya.. kami memang sengaja pilih jeti kuala Perlis. sebab feri nye lebih besar & lebih dekat sikit dengan langkawi. barang yang paling banyak adalah barang saya tiga beranak. tah hape yang banyak pun tak tau.. sampai 5 beg.. (termasuk 1 bakul peralatan susu & satu beg diapers) orang tengah berebut-rebut nak naik feri, menyempat gak saya amik gambar.. saya dan anak-anak saya... ai yang sentap-sentap brekfes tadi tu pun buleh gak mesra-mesra alam gambo dgn en. abah mase ni.. sebab eh mase tu cuaca tak bagus.. hujan lebat mase ni, tambah lagi angin pun kuat.. ombak nye tinggi lak tu.. gerun wohh bila tengok tingkap feri tu melambung-lambung meredah arus laut. mabuk laut terus saya. terpaksa la ai bermanje-manje alah ngadu kat en. abah *terpaksa katenye terpaksa juga ai pinjam bahu dia untuk melepet.. *kunun je terpaksa semuanya tu.., nak citer banyak mase naik feri ni tak boleh. dah Mabuk laut sangat beno dah mase ni.. series mase tu dah rasa mcm mabuk pregnant.. kita sambung lagi citer lepas ni eh..,

Bermulalah Perjalanan Yang Jauh

tarik nafas panjang-panjang.., kosong kan minda, saya akan mulakan kisah pengembaraan saya ke Langkawi sebulan yang lepas *nak kene tengok kelendar balik ni.. memang kene recall gegiler ni.. ;p tarikh: 5hb Jun 2010 siangnya rumah saya ade orang indon datang utk kerja-kerja maintenance anai-anai. (semburan racun & pasang umpan) sempat lagi kami tiga beranak bekejar ke Senawang rumah pakcik saya, mase pak indon tu lunch break. pakcik saya buat kenduri sambut menantu. Majlis kawin anaknya yang sulong. tak singgah lama pun, sekejap aje. Kire okey la tunjuk muka dan makan tengahari.. balik dari senawang, bergegas pulang ke rumah. lebih kurang sejam kemudian mak, along sefamili dan adik bungsu saya pun sampai. abah saya balik sekali dengan saya. ape lagi cucunya si haziq la yg request "tok ki.. tok ki.. jom la balik rumah hajik.." nyampah ai.. orang manje atok ki la katekan.. malamnya kan kami plan nak mulakan travel ke Langkawi.. target bertolak pukul 9mlm. saya satu hapah pun tak kemas lagi masa tu. Bising dorang.. ape nak buat.. orang beranak kecik.. cenggitu le kekdahnye.. *alasan! terpaksa kelam kabut saya mengemas segala. terima kasih kak long masakkan menu makan malam tu.. sambal sotong kak long.. sedap woh! seb baik kak long tak shy-shy cat. pandai bawak diri terima kasih yang tak terhingga atas keperihatinan mu pade adik ipo mu ini yg kelam kabut mengemas kain baju.. (sungguh buruk perangai) kami 3 beranak juga yang paling last bersiap.. hohoho memang super duper buruk perangai. dorang semua dah bising² dah.. sudahnya lebih kurang pukul 10 malam juga kami gerak keluar mula kan perjalanan. punye lame perjalanan woh.. tepat jam 6.30 pagi kami sampai ke Kuala Perlis, banyak betul berhenti. *keras punggung! Along saya memang kene byk berenti.. berenti² utk lepaskan ngantuk. along ni kurang sikit tahan ngantuk masa memandu. Rajin mengantuk kalau pemanduan yang lama. alhamdulillah mata saya okey.. dapat bertahan demi meneman encik suami yang tercinta.. *ehem! sampai je kawasan kuala perlis tu, berderet² motor mengekori kami dorang nak promo petak parking utk kami. tapi along saya dah siap dah arrange dgn agen pelancongan kami. lebih kurang 7.30pg gitu brader agen tu sampai. dia tunjukkan kami tpt brekfes yang okey. saya amik nasi.. kekunun nak makan isi perut penuh² supaya tidak kelaparan sepanjang pelayaran ke Langkawi nanti. semua muka-muka yang cantik, ayu lawa, macho ensem ni semua muka tak mandi.. muahahaha, tak sempat der nak pegi mandi-mandi.. sampai ke langkawi dulu, baru fikir pasal mandi. sebab saya ni tak berapa biasa makan di waktu pagi, dua suap je yang lepas masuk dalam perut. selebihnya tak daya saya nak habiskan.. mase ni saya ade peristiwa sentap dengan en. abah tau. saya nak makan laksa, tapi dia buat-buat tak layan.. sedih tau hati ini kenangkan en. abah tu. ish.. nyampah-nyampah tau..dia tu tak reti-reti nak appreciate bininya yg bersengkang mata temankan dia sepanjang travel jejauh tu. dah habis brekfes terus kami ke jeti, nak turunkan barang dan amik tiket feri ke langkawi.. to be continue....,

Thursday, July 22, 2010

kasi panas dulu..

cantik-cantik dan unik pokok ni.. tak tau ape name sebenar pokok ni. di jumpai banyak tumbuh di pulau beras basah Langkawi. yang sebenarnya saya baru je ni ha teringat nak update kisah percutian sefamili saya ke Langkawi bulan lepas. Nantikan kemunculan nya.. cheyy.. macam la ade yang nunggu.. hehehe..

Tuesday, July 20, 2010

Di Kala Hujan..,

bosan tengah melanda saya, mengantuk. malas. semua ada. tipon en. abah dia membizi.. *boring belek² camera,rupa-rupanya banyak gile gambo & senario yang sudah ber zaman tak di tepek lagi dalam blog. betapa sibuknya saya.. wah! kalah menteri bizinya. tu baru sorang hero.. kot ade 2, 3, sok cemane? insya allah, Allah sentiasa menolong hamba-hambanya. bio le ai bz sentiasa dalam menguruskan tugas seharian dan susah hati sekarang, mane tau Allah mudahkan saya di kemudian hari nanti kan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan segala. untuk mewarnai hati ai yg macam bosan ni, ai dengan rela hatinya mengade-ngade sajikan gambar diri sendiri-perasan-cun. kalau ikut tajuk, sebenarnya saya nak cerita pasal rutin harian saya di waktu hujan semasa saya panaskan enjin kereta masa nak balik rumah, (kalau ikut gambar ni punya cerita) tetiba pulak, gegila melencong cerita. ampunkan aje la minah senget tengah bosan ni..

Monday, July 19, 2010

Ramadhan bakal menjelma

Berdebar-debar rasa hati saya bila fikirkan ramadhan yang tak lame lagi tiba.. Seronok nak berpuasa tu satu hal.. Seronok nak mula semula kelam kabut aktiviti masak memasak utk juadah berbuka, tu yang terasa terlalu menusuk hati. Indahnya rasa hati bile makan juadah berbuka dengan hasil tangan sendiri..walaupun saya bukan fulltime surirumah Sungguhpun menunya ringkas sahaja. Nikmat makannya boleh mengatasi segalanya..

Thursday, July 15, 2010

Lirik Bunga Angkasa

Terra Rossa Bunga Angkasa lyrics
Indah sinar sang suria Merdu irama sang bayu Tiada seindah wajahmu Tiada semerdu suara mu Lembut bayu membelai Merdu burung berlagu Tiada selembut belaianmu Tiada semerdu kau berlagu Keindahan wajahmu jadi sumber ilhamku Suara mu yang merdu menghiburkan hatiku Bertambah cahaya hidupku Kau janji bersumpah setia Walaupun ribut melanda kan bersama Selagi masih ada sinaran mentari Selagi ada getar di jiwaku Kan ku korban jiwa raga Demi cinta untukmu bunga angkasa **dengar Winamp tadi, macam best lak layan lagu lama.. gigih google liriknya..

Tuesday, July 13, 2010

“I wanna be The Sorcerer’s Apprentice”

Sypnosis Dave (JAY BARUCHEL) is just an average college student, or so it appears, until the sorcerer Balthazar Blake (NICOLAS CAGE) recruits him as his reluctant protégé and gives him a crash course in the art and science of magic. As he prepares for a battle against the forces of darkness in modern-day Manhattan, Dave finds it is going to take all of the courage he can muster to survive his training, save the city and get the girl as he becomes THE SORCERER’S APPRENTICE.
**
kalau lah saya ada kuasa magic macam Hero dalam cerita ni, saya tak akan berniat jahat. Saya akan gunakan kuasa magic saya itu untuk menyelesaikan masalah yang sentiasa membelenggu saya tiap hari, tiap pagi dan tiap ketika semasa saya parking kan kereta saya.. seperti gambar di bawah, jiran sebelah petak parking saya ni sentiasa menyengetkan kereta beliau sehingga kan menyusahkan saya sentiasa semasa saya keluar dan masuk parking.

kalau lah saya ada kuasa magic tu, saya akan buat satu divider yang cantik, menarik dan tertarik supaya beliau si Tuan punya parking jiran petak parking saya akan meletakkan kereta beliau dengan elok serta lurus tanpa menyusahkan saya.. uwaaaaa!!!, petak parking ni semuanya dah di reservedkan untuk tuan punya parking masing-masing.. Sila lah berhemah parking kan kereta.. kesian saya tau..

akhir sekali, I wanna be the Sorcerer's Apprentice to help me make a nicey divider for my parking lot..

Melina Kanakaredes Exits 'CSI: NY'

Melina Kanakaredes will not return to "CSI: New York" this fall. Kanakaredes, who played Detective Stella Bonasera for six seasons on the procedural, chose not to return, CBS says. "We hoped Melina would return to 'CSI: NY' for another season, but we respect her decision to move on," the network said in a statement. "Her amazing talent and invaluable contribution to the success of the series are greatly appreciated and will not be forgotten." Kanakaredes gave no further explanation in her statement. "I made some amazing and lifelong friendships during my six seasons on 'CSI: NY,' and I will treasure them forever!" she said. CBS declined to comment on whether Kanakaredes would appear in Season 7 to give closure to her character or if a new female lead was being considered to star opposite Gary Sinise. (Sela Ward is reportedly being considered, according to Deadline.com.) Kanakaredes' exit follows those of "CSI's" Liz Vassey and "CSI: Miami's" Eddie Cibrian, each of whom failed to renew their contracts. CBS also cut "Criminal Minds'" A.J. Cook loose last month, though she will appear in two episodes to end her character's story. "CSI:NY" will air on Fridays at 9pm ET this fall. siapa la agaknya yang bakal ganti tempat Stella ni kan nanti.. moga-moga cerita ni best dia dengan pelakon baru sama taraf la nanti dengan CSI yang ade Detective Stella.
sumber dari Yahoo

Monday, July 12, 2010

Spain has Won the World Cup

wohoooo...! Spain menang world Cup tahun ni.. 1-0 eleh.. tak le menyengit sangat kan.. tak le rasa rugi sangat saya tak join en. Abah tengok Final.. rasanye sape yang gila percaya dengan Paul si sotong tu gila-gila yakin la ape cakap si sotong tu... kebetulan aje sotong tu pilih Spain.. dengan sotong pun nak caya.. ape daa... tapi kan, sebab World Cup dah final malam tadi saya seronok sangat memandu dengan aman & lancar dari rumah ke office pagi tadi. clear highway bukit Jalil.. dari keluar rumah sampai ke bulatan lumba kuda maintain 80km/h.. tak pernah² macam tu, serious memang best. mesti ramai yang ambil cuti hari ni sempena dah bersengkang mata di malam hari tadi..

Friday, July 9, 2010

Aiskrim D'One Steak, Bangi

wahhh.... ,
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
melayan orang bujang ni bangkit dari tidur..
setelah penat bersukan, terlelap kepenatan dalam kereta.
kasik chance dia layan aiskrim malam-malam
kat restoran.

Dinner di D'One Steak Bangi

Alamat
D'One Steak
Jalan 6/7B, Seksyen 6
Persiaran Pusat Bandar 1
Bandar Baru Bangi, Malaysia

hah kemain lengkap alamat kedai makan saya bagi.
bulan lepas adelah dalam 2-3 kali kami 3 beranak beriadah
kat taman depan PICC, putrajaya
kat precint 5..
rasanya nama taman tu,
Taman Seri Empangan Putrajaya
taman ni pun memula dulu Pn As, Kawan Pn. Sob yang rekemenkan

balik dari berpenat beriadah sekeluarga,
dan juga setelah singgah rumah Pn As beli stok Cocoa Collagen Power Plus, (wah detail lagi)

saya ajak en. abah pegi dinner kat D'One Steak, Bangi.
saja je nak gatal² dinner kat luar.
haritu tengok blog kak atty, kecur² liur tengok dia punye menu






sebabkan dah lama gak berlalu..
dah tak ingat makan & minum ape
yg saya tau, saya makan ayam,.. en. abah makan lamb.. haziq mkn aiskrim & serba sikit kami
punya menu.
tang makanannya saya bagi rating 3.5/5 star..
servis lak 2/5 star..
sebab masa tu, nak panggil waiter pun tak tau kat mane..
waiter nya semua berkumpul kat dapur.
meja penuh hurung dek semut masa tu.. minta tolong help!..help!..
pun takde siapa yang layan.

tempoh masa dapat makanan yang di order pun macam tak berapa bagus
orang yang lagi lewat sampai dari kami
dah dapat makanan lebih dulu dari kami.
rezeki kami maybe tak berapa okey mase tu.
sebab tu servis tak berapa okey.
ape-ape pun alhamdulillah kenyang kami makan malam tu.

Thursday, July 8, 2010

Isu Kaedah Biasiswa JPA

pimp myspace profile Kekal kuota, Utama merit Oleh Nazura Ngah 2010/07/08 Isu kaedah penawaran biasiswa JPA >GPMS, PERKASA mahu kuota 60 peratus untuk pelajar Melayu dikembalikan dan hak keistimewaan Bumiputera dipertahankan >Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia minta merit diambil kira, tetapi Persatuan Hindu Sanggam mahu tambahan 10 peratus KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan Melayu dan bukan Bumiputera bercanggah pendapat berhubung kaedah penawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN). Pertubuhan yang mewakili orang Melayu mempertahankan hak kaum mereka berdasarkan Perlembagaan, manakala pemimpin pertubuhan bukan Bumiputera pula mahu kuota biasiswa untuk bukan Bumiputera ditambah dan diberikan mengikut merit serta kegiatan kokurikulum pelajar. Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Rosdi Amir, menggesa kerajaan mengembalikan kuota asal sebanyak 60 peratus untuk pelajar Melayu dengan pertimbangan merit hanya di kalangan kaum Melayu dan bukan dipertimbangkan secara terbuka dengan kaum lain. Beliau berkata, pengagihan 55 peratus biasiswa untuk pelajar Bumiputera ketika ini menyebabkan bahagian untuk pelajar Melayu semakin mengecil kerana perlu berkongsi dengan Bumiputera Sabah dan Sarawak selain Orang Asli. Tidak mustahil nisbah pelajar Melayu dan bukan Melayu terutama Cina akan menjadi sama jika peratusan untuk Melayu tidak ditingkatkan. Kita tidak menidakkan hak bangsa lain, tetapi cuma minta hak kita dikembalikan. Adakah salah mempertahankan hak sendiri dan tidak cukupkah dengan pengorbanan dan pemberian diberikan oleh orang Melayu untuk bangsa lain, katanya Akhbar semalam melaporkan seramai 1,750 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditawarkan biasiswa PILN 2010 dengan 738 daripadanya adalah pelajar Melayu, diikuti Cina (603), India (161), Bumiputera Sarawak (128) dan Bumiputera Sabah (102), manakala bangsa lain (18). Bagi PIDN, 100 pelajar ditawarkan di empat universiti penyelidikan dengan 61 daripadanya pelajar Cina, diikuti Melayu (31), India (tujuh) dan bangsa lain (seorang). Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali, pula berkata penajaan biasiswa JPA untuk pelajar cemerlang lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama dalam dan luar negara mengikut merit seperti yang diamalkan sekarang, melanggar hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan hak keistimewaan orang Melayu dan hak paling utama ialah biasiswa daripada kerajaan. Kalau mengikut Perlembagaan, tidak sepatutnya biasiswa berdasarkan merit kerana ia hak Bumiputera. Kita bukan menafikan hak bukan Bumiputera untuk mendapatkan kemudahan kewangan melanjutkan pelajaran, tetapi biasiswa adalah hak kita sebagai Bumiputera, katanya. Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Cheng Lai Hock, berkata tawaran biasiswa seharusnya mengambil kira merit termasuk kegiatan kokurikulum pelajar, bukan berdasarkan kuota atau hak istimewa Bumiputera. Beliau yang tidak berpuas hati dengan pengagihan tajaan biasiswa itu, berkata pelajar Melayu mempunyai banyak saluran lain untuk mendapatkan tajaan biasiswa berbanding pelajar Cina. Kerajaan tidak seharusnya mengehadkan bilangan yang layak menerima biasiswa, sebaliknya memberikan tajaan kepada mereka yang layak kerana ia menentukan masa depan negara. Berdasarkan gagasan 1Malaysia, jika masyarakat boleh mengetepikan soal kuota dan mula membuat pertimbangan berdasarkan merit, kita akan jadi masyarakat yang lebih sihat, katanya. Presiden Persatuan Hindu Sanggam, RS Mohan Shan, berkata kerajaan sewajarnya mempertimbangkan peratusan lebih besar sehingga 25 peratus kepada pelajar yang layak daripada jumlah permohonan bagi setiap kaum. Malah, katanya, tambahan 10 peratus patut diberikan kepada pelajar India kerana kebanyakan mereka berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, selain tidak banyak syarikat korporat menawarkan biasiswa kepada kaum itu. Jika dilihat kepada peratusan setiap kaum yang ditawarkan biasiswa, ia adalah pembahagian yang adil tetapi dari aspek angka, peratusannya amat rendah. Bagi menjaga kebajikan kaum India, kerajaan perlu menelitinya secara serius kerana tidak ramai pelajar India yang mampu melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi jika tidak dibantu, katanya **saya pun tak berapa berkenan dengan isu biasiswa sekarang.. di mana lebihnya Melayu sekarang ek.. ~sumber adalah dari Bharian.com.my. tq.

Wednesday, July 7, 2010

Resepi Spaghetti dan cara memasak

pimp myspace profile
Sebabkan saya ni dah rasa poyo kebeno nya, Dah terasa over Berjaya.
Berjaya dah taraf-taraf dapat award AIM la konon..
Dengan rela hatinye saya mengabadikan Resipi spaghetti main hentam keromo ikut pandai sendiri special saya.. untuk peti simpanan besi resipi saya sendiri yang sebenarnya..
tapi sahaja je nak mempoyo nak tunjuk resipi macam orang expert pastu geli-geli perasan ada orang mintak resipi.. ok, CUKUP!.. back to the point ya..;


Bahan² sos,
~ 4-5 biji bawang putih – di racik halus
 ~ 2 biji bawang besar bersaiz sederhana – di potong dadu
~ Ayam (bahagian isi) - di Potong kecik² agar kelihatan seperti dadu
 ~ lobak merah – di potong dadu juga
 ~ tomato – di potong dadu
~ garam secukup rasa
~ sos tomato aritu saya guna sos prego tin warna hijau yang ade tulis mushroom & remark tulisan kecik tomato kat right on top.
 (yang sebenarnye tersilap beli.. saya sepatutnye nak beli cendawan butang tu..rupanya saya ter beli sos tomato mix dengan cendawan..takkan nak membazir kan.. baik saya guna je sos tin hijau tu dari guna sos tomato lagi.. moral untuk future, lain kali baca betul² & pastikan juga betul-betul.. tambahan lagi....- > shopping lone ranger wifey + bawak 3yrs anak teruna itu adalah amat tak praktikal untuk saya membeli dengan tepat & bernas lagi tertarik hokey..)


Cara-cara memasaknya pula;
Step pertama, Mula-mula rebus kan spaghetti dalam air terlebih dahulu..
saya masuk kan minyak masak dalam sesudu gitu..
pastu saya gatal² tambah garam sikit..
hehehe saje nak bagi rasa sedap sikit.. (perasaan sendiri je).

Rebus kan agak² dalam 13-15 minit gitu..
kan kat packaging spaghetti tu ade tulis berapa lame nak kene rebus kan..
boleh je ikut suggestion instruction.
Plus kan sikit kita punya agak-agak..
bila dah Nampak macam dia dah kembang & okey tu bolehlah angkat dan toskan.


Step Kedua, mula-mula Tumiskan bawang putih dulu..
bagi naik harum sikit, masukkan bawang besar pula, lepas tu masukkan ayam.
Dah Nampak macam kecut sikit ayam, masuk kan lobak merah..
pastu tambah garam sikit secukup rasa..
bila dah rasa semua tu macam dah masak, boleh la masukkan sos .
.last sekali tu masukkan tomato pula..
 kacau-kacau bagi semua rata sampai la masak semuanya..
kejap je dah siap..
Letak mee nye kat mangkuk, letak sos, tabur kan sikit daun saderi kat atas sos sebagai hiasan..

kalau sesiapa yang suka cheese, boleh la taburkan cheese slice tu sikit.. kalau macam saya ni.., tak berapa minat, sebab tu skip kan part cheese tu..
ok..Dah siap semua, boleh la di hidang.. walla..!

Monday, July 5, 2010

“My Mind is the Scene of the Crime”

pimp myspace profile Semua orang ade rahsia.. tajuk lain, isi cerita lain.. pening & tak paham eh.. takpe.. baca sampai habis yer.. baru leh paham. Sape yang takde rahsia?? Cube cakap dgn saya… sape² yg bertuah yg takde langsung rahsia tu.. Memang saya respek la orang tu, bersih dari rahsia… muahahahaha. Tapi kan, normal ke orang takde simpan satu rahsia pun?? Macam tak normal kan.. Macam saya sendiri ni pun, saya ade rahsia besar yang saya simpan kemas dalam hati saya.. Rahsia terbesar yang saya ada kalau nak tau, saya ni ada kuasa special dlm bidang masak memasak... wahh hebat tu.., tepuk tangan untuk diri sendiri.. (clap..clap..clap..) Yang mana saya buleh gerenti sesape yang makan masakan saya Komfem terasa sedap walaupun hakikatnya tak berapa sedap.. muahahaha.. Nak tau ke Ape yg special nya itu?? Jawapannya adalah keikhlasan . Saya memang taknak sesiapa pun curi special skill saya tu. Hak mutlak saya.. Dengan keikhlasan tu la saya boleh menambahkan kemesraan & kasih sayang antara kami anak beranak dengan mengenyangkan perut suami & anak tersayang saya. Orang kata, kalau nak jaga family dengan baik, kite kene utamakan perut mereka terlebih dahulu.. kalu perut itu dijaga dengan servis yang terbaik, sampai kalah la servis makanan hotel yang berstar² tu,.. insya allah semuanya terbaik juga hasilnya.. mudah-mudahannye.. Sambil cerita ceriti pasal rahsia ni kan, ape kata pegi layan cerita Leo D Caprio yang terbaru ni ha,..INCEPTION tajuknya.., filem ni pun ade kene mengena dengan rahsia gak.. rahsia dia lagi tragis.. jom kita tengok ramai-ramai cemane gayanye dianye rahsia.. poster ha.. minggu depan je cerita ni dah ade kat panggung.. ape lagi tunggu! cepat pi serang panggung yang berdekatan... buleh la sape-sape yg merindukan lakonan Leonardo Di Caprio lepaskan rindu.. **entry ini adalah untuk dapatkan tiket wayang free dari Nuffnang.

Sunday, July 4, 2010

demi anak..demi anak.. demi mu..

pimp myspace profile
pagi-pagi lai en. abah dah ke opis.. tetibe je dpt call..
gitu gini sana sini bla..bla.. problem.. down ..
last-last kene gak hadirkan diri ke tempat kejadian.
dan secara rasminya, puan ibu yang comelanggunrasadahkurustapi tetap gomok
mengambil tugas menghantar haziq ke sekolahnya secara individu..
selalu tu best je ade driver anta & jemput. tugas kami berdua turun & naik kereta sahaje.
masa saya & haziq kelam kabut bersiap nak keluar rumah tadi,
haziq request.., "ibu.. karang hajik nak makan mee tau"
saya dah cuak dah.. takut kot dia request nak pg makan sizzling mee kat food court Giant
susah woh nak hendel haziq pi makan kat kedai..!!
seb baik dia jawap "tak ah bu! hajik nak makan mee yang ibu masak"
"tau, ibu..?!"
"tau, ibu..?!"
"tau, ibu..?!"
saya ye ye ye kan aje.. kang kalu kite jawap lain, kompem mengamuk tensen badmood ke..
habis kelas, dia minta lagi nak makan mee....ni memang dah sah ni..
dia memang nak makan mee..
"haziq nak makan mee goreng ke?" masak mee goreng ape la sangat susahnye kan.. kacangg yo!
"bukan... hajik nak makan mee yg pusing-pusing tuuu..."
Ah Sudah!! mee ape pulak yang pusing-pusing..
sudahnya saya ajak haziq singgah ke Giant, bagi dia tunjukkan mee yg macamne gaye nye yg dia nak sgt tu..
pusing jalan2 kat kawasan mee, tunjuk mee kasar yg kaler kuning tu..
memang betul bukan mee itu yg dia nak..
dia tunjuk kat area sebelah, "haaa!! mee yg ni yg haziq nak bu.."
Adoiii laa... anak! suruh le masak ape je makanan melayu.. okey je ibu masakkan.. memang tak masalah la leh cakap, HAL MASAK MEMASAK ni..
rupenye dia nak spaghetti laaa!! mampos guwe... uwaaaaa!!
memang fail la saya ni kalu bab masakan western ni..
series leceh.. memang masaknye simple, tapi barang-barang nye tu leceh & costing la..
tu yg buat macam malas nak amik tau masakan western ni..
spaghetinye ke pastanye ke, series ai dislike.. leceh! cepat muak!
series mencabar kredebiliti saya !!
haziq musukowa... demimu sayang.. demimu.. ibu berusaha..
ibu, gambare ne !! yoshhhh..
kalu berjaya, saya akan bangga menepek gamba hasilnya... hahahaha
Updated da piccas,
setelah berusaha.., inilah dia spagheti ibu untuk mu wahai haziq anak ibu..,
dan juga testimoni dari mereka yang berhormat;...
alhamdulillah.. succsess!! yey.. suka saya.. hahahaha

Sensasi nya..,

Us together..