Tuesday, June 30, 2009

potong kek hari tu

pimp myspace profile
akibat dari kes buntu tempoh hari, saya & en. abah bersepakat
belikan haziq kek besday dan akan adakan juga sesi potong kek malam tu.
walaupun mase tu saya akan balik agak lewat.
en. abah di tugaskan membeli kek siap-siap lepas office.
dan en. abah juga amat efisyen, takyah di suruh.. inisiatif utk men drive ke ofis.
kalo naik moto je ape ke hal nye pulak kan.
mau nye terlingkup dulu kek tu belom sempat lepas dari area TTDI.
bermotor bersama kek dari TTDi ke Bdr Tasik Selatan jauh jugak tuuu,
saya sampai rumah kul 11mlm okey,
haziq yg masih lagi ceria menunggu ibunye dgn ceria bersama-sama abahnye.
sampai rumah, terus kejar masa siapkan kek letak kat atas bangku peberet haziq.
kalo letak atas coffe table maunye dia buat aksi spiderman nanti.
bila je nampak kotak kek, haziq memang excited. Tak menyabo-nyabo.
mase saye tgh berhati-hati keluarkan kek tu
selambe je dia mencolek kan jarinye di atas topping coklat tu
"hepi besday to you..,
hepi besday to you..,"
yey!! nyanyi beramai-ramai.. pastu haziq tiup lilin... satu nafas je tu.. seronoknye tengok dia bersungguh-sungguh.
dan bersungguh juga dia potong kek.
mmmuah! ibu & abah wish hepy besday to haziq.
over nye moncong ibu..
nak kutuk, kutuk dlm hati je yer. takpon buat-buat tak nampak je la..

♪♫♪Menghitung Hari...♪♪♫♪

pimp myspace profile
♫♪ Menghitung hari
Detik demi detik ♪♫
Masa kunanti apakan ada
♫♪ Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari ♪♫

sedikit cenderahati

pimp myspace profile sebagai orang yg penting bertanggungjawab di ofis, saya ke jasko balakong lagi dan lagi mencari souvenir yg sesuai utk di beri ke MD kami semase farewell dinner aritu pen parker menjadi pilihan, affordable dan very practical amat suite utk top level yg sentiase bz.
promoter yg attend saya tika itu amat manis & cantik orgnye.
buleh jadi heroin citer tamil la.. memang natural beauty.
habis dinner tu saya sendiri yg kene serah kan souvenir tu utk Nishikawa san,
adus la hai.. sungguh terharu mamat tu. Very d' Touching moment.
rasenye kalo dia pompuan kompem leleh air mata.
sorang-sorang di peloknye. memang suka yang amat dia menerima souvenir tu.
kalo saya lelaki pun rasenye dia pelok gak sbg tanda dia really berterima kasih.
Good luck nishikawa san.. sayonara!

Monday, June 29, 2009

mabok nehh!

pimp myspace profile biol bijik mata tengok claim jopun nih! kejap USD kejap peso kejap VND kejap SGD kejap Baht macam berpinau je dah bijik mate silap² naik power rabun lak uishh minta jauh.. tu yg masuk blog jap, ngomel sket-sket.. bagi ilang stress mata. saya la ni mabok nombor yer.. bukan mabok muntah-muntah peknen tu mabok yg rutin tu nanti-nanti, hati dah menyuruh tp kuasa blom ade. ~uiks! pesal tetibe citer pasal mabok peknen nih? hari ni hari topik peknen sedunia kah?? kuikuikui.. peaceee!

batman la sesekali

pimp myspace profile
ahad aritu kami jengah sekejap ke MId Valley, ade renovation expo kan..sesaje je tinjau-tinjau. Mane le tau ade info berguna ke.. rupa-rupanye tiada ape yg menarik.
on d way nak turun, kat tepi esculator nampak ade keter masuk duit ni, Batman nye keter lagi. bagi haziq feel² best jadi hero batman.
ibunye pulak feel² jadi model F1, muahahaha...

pstt..pstt.. jangan marahh na. hik..hik..hik..
oleh itu, kami ke Mid Valley sekadar membuang masa. Tiada satu pun faedah nye.
Rugi lagi ada, kene baya parking. Dah le mahal.

Friday, June 26, 2009

Singer Michael Jackson dies in Los Angeles aged 50

pimp myspace profile The Los Angeles coroner, Fred Corral, said that Jackson was pronounced dead after arriving at UCLA Medical Centre in full cardiac arrest. A post mortem examination is likely to take place today. Paramedics who responded to an emergency call to the singer's home in Los Angeles said that he had stopped breathing by the time they arrived. berita selanjutnye leh refer to ---> this, michael ni islam ke tak eh? kalo tak silap dia dah convert islam kan baru² ni..

Thursday, June 25, 2009

Nak Kongsi lagiiii

pimp myspace profile FADILAT SURAH AL-FATIHAH Sesiapa yang mengekalkan membaca surah Al-Fatihah diantara solat sunat subuh dengan Fardu Subuh sebanyak 41 kali yang dijadikan amalan rutin harian antara fadilatnya bukti dalam sejarah anda setelah mengamalkannya ialah:-
  1. Meminta pangkat melainkan dapat.
  2. Ia miskin melainkan kaya tiada disangka.
  3. Ia berhutang melainkan dibayar Allah akan hutangnya.
  4. Ia sakit melainkan disembuhkan Allah.
  5. Ia lemah melainkan dikuatkan Allah.
  6. Ia berdagang di negeri orang, melainkan dimuliakan, dikasihi dan sampai cita-cita.
Berkata beberapa ulama termasuk beberapa orang murid kepada al-Sheikh al-Tamimi menyatakan: “ Suatu masa penyakit Taun dan wabak telah menyerang negeri Maltan dengan dahsyatnya kerana itu beberapa banyak kematian telah berlaku di negeri itu pada setiap hari ”.
“Lalu tuan Sheikh al-Tamimi meminta sahabat dan muridnya membaca Fatihah keatas sesiapa yang dihinggapi oleh penyakit Taun dan wabak tersebut ”. “ Maka kamipun membaca dan meniupkannya ke atas orang sakit itu, seketika lamanya kami lihat orang sakit itupun sembuh dang penyakitnya berkurangan ”. Begitulah Fadilatnya sesiapa yang membaca 41 kali Fatihah keatas seseorang yang sakit setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah afiat.
AIR FATIHAH
Ibnu Abas r..a menyatakan, Saidina Hassan bin Ali r.a cucu kepada Rasulullah SAW telah sakit. Rasulullah SAW melihat cucunya sakit, mengambil air dan membacakan fatihah dan membacakan 40 kali dalam bekas, kemudian air itu disapukan ke muka, kepala dan dua belah tangan dan kaki serta perut dan mana-mana anggota luaran.
Dengan berkat fatihah itu sembuhlah penyakitnya. Demikianlah, sesiapa sahaja yang menghidap sesuatu penyakit bacakanlah Fatihah sebanyak yang tersebut setelah itu bacakan doa ini:
Maksudnya : Ya Allah sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh. Ya Allah lindungkan kerana Engkau Maha Pelindung. Ya Allah pulihkan kerana Engkau Maha Pemulih.
Diberi minum air Fatihah itu kepada orang yang menghidap penyakit dan sapukan ke mukanya serta ke serata tubuh badannya, inysa Allah akan afiat.
MELEPASKAN DIRI DARI BELENGGU ATAU TERIKAT
Apabila seseorang itu terikat atau terbelunggu, hendaklah dibacakan Fatihah 121 kali, kemudian dihembuskan ke atas ikatan atau belenggu itu. Insya Allah akan terurai ikatan atau belunggu tersebut dengan izin Allah terlepas.
FATIHAH SEBAGAI PENDINDING SEMASA TIDOR
Sesiapa membaca Fatihah sekali tatkala ia meletakkan kepalanya kerana hendak tidor, kemudian ia membaca.
  1. Surah al - Ikhlas 3 kali.
  2. Surah al - Falaq sekali.
  3. Surah an - Nas sekali.
terselamat ia dari segala kejahatan dan mudarat serta menjadi dinding dari hantu Syaitan dan segala makhluk yang akan merasuk semasa tidor.
FATIHAH SEBAGAI PENERANG HATI
Jika dibacakan Fatihah : ~ 70 kali sehari. ~ selama 7 hari.
pada suatu bekas yang berisi air kemudian dihembuskan kedalam air itu dan diberi minum kepada sesiapa yang kurang baik otaknya sama ada ia bebal, bodoh atau gelap hati. Insyaallah akan dibukakan Allah Taala pintu hatinya dan diberikan kepadanya faham serta pengetahuan dan menjadi seorang pengingat.
FATIHAH UNTUK SAMPAI HAJAT
Sheikh Mahayudin bin Al Arabi Khadas berkata : "Sesiapa ada hajat, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali, selepas solat maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca menurut bilangan yang tersebut". Setelah itu bermohonlah ia kepada Tuhan akan hajatnya, insyaallah akan di makbulkan.
WIRID FATIHAH
Sesiapa yang membaca al-Fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas solat sebanyak 20 kali akan: ~ Dimurahkan Allah rezekinya. ~ Diperbaikki hal ehwalnya. ~ Dibersihkan hatinya. ~ Diangkat darjatnya. ~ Dimudahkan pekerjaannya. ~ Dilepaskan ia daripada dukacita. ~ Dijauhkan dari mudharat. ~ Diberi ia kerajinan dan semangat. ~ Tidak kecewa.. ~ Dijauh dari asutan Syaitan. ~ Di ilham kepadanya kebajikan.
FATIHAH UNTUK KEMBALIKAN PANGKAT
Sesiapa yang di pecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardunya selama 40 hari. Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca. Insa yallah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.
FATIHAH UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fatihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini : Hendaklah membaca Fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya. Masanya ialah diantara Sunat Subuh dan Fardu Subuh. Insyaallah ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.
FATIHAH DI ATAS KAPAS
Sesiapa membaca Fatihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sahaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah.
FATIHAH UNTUK BERESKAN PEKERJAAN
Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fatihah di tengah malam sebanyak 41 kali. Insyaallah dimudahkan Allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin Allah semuanya beres .
FATIHAH PENGHILANG DAHAGA
Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fatihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan kemuka dan perutnya. Insyaallah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.
FATIHAH MENGUBAT SAKIT TELINGA
Jika mengidap sakit telinga baru ataupun lama, hendaklah dituliskan Fatihah dalam satu bekas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan kedalam telinga, insya Allah afiat.
FATIHAH MINYAK
Jika di bacakan 70 kali Fatihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insya Allah afiat apabila di gosokkan .
FATIHAH SEBAGAI PENAWAR
Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masukkan sebutir garam jantan atau kasar dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali. Kemudian di beri minum, Insyaallah akan hilang bisanya.Semoga apa yang anda hajati mendapat keberkatan untuk keselamatan, keamanan dan kesejahteraan hidup didunia serta mendapat ganjaran pahala yang tiada batas dari Allah Taala buat hambanya yang bertakwa. Insya Allah.

Wednesday, June 24, 2009

Bessstttttttttt...

pimp myspace profile

apa yg haziq cube nak gambarkan ke best an nye itu? cube tengok background haziq tu.. Cantik bukan..
Mural hasil seni tangan anak ku itu..

oh vespa..

pimp myspace profile 2009 Cute's Blogger AwardsPeraturan untuk menerima award ini ialah.... Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di bawah untuk diletakkan di blog anda. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda. dapat dari syasmeen, terima kasih ye kak Meen, comey award ni. gambo nek Vespa.. Rase best je naik vespa.. terkenang kisah mak abah saye dulu. Abah sy gune vespa dia tackle mak saya..selalu sogok adik mak (pakcik) naik vespa, utk risik kabar mak saya. hehehehe.. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)
  1. saya baru ade seorang anak.
  2. manja pada org tersayang
  3. penyayang
  4. cepat tergelak
  5. murah dgn senyuman.. (**kunun)
  6. suka lone ranger
  7. suka independant
  8. hobi suka baca novel
  9. suka cium haziq
  10. suka nak melawa tapi tak berapa rajin
Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
  1. Ina's
  2. Minna minna
  3. Shibam Jelita
  4. DidyRose
  5. Amizahalias
  6. Mila80
Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di tag - sila layari blog saye untuk mendapatkan award anda". Terima kasih!

Status : BOSAN

pimp myspace profile
hari ni status kebosanan yang Terlampau telah melanda diri ku.. rasa macam bongok je saye hari ni. tetibe rase nak amik beg cabut lik rumah pastu gomol² pelok² haziq.. ohh sorga! **rasa bongok² pon leh pulak klik..klik.. gambo
tengok tenet pun rase kebodohan, camno?
tak pasal lak skrg ni, perot kelaparan sampai bunyik-bunyik.
bile time rehat tak rase nak makan pulak.
makan secara terpaksa. Siyan nasi tu.. tak bersalah.

Tuesday, June 23, 2009

Berpesan-pesan sesama Kita elok kan.. Saling Ingat Mengingati

pimp myspace profile BULAN REJAB Pada 24 Jun 2009 (Rabu) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:” 1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt 2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa 3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt 4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat 5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah 6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga 7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya." Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?" Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini." Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka." Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?" Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

Monday, June 22, 2009

Congkak

pimp myspace profile

malam tadi kami sekuarga layan citer congkak
fulamak! gile seram..
haziq pun layan, mata dah ngantuk pon daya betul dia tahan sampai ending.
berapa kali saya tersentak.
saya bagi full star la utk filem seram melayu.
memang menjadik la citer congkak ni.
betul ke ek congkak ni ber 'penunggu'?
tapi kan, lepas tengok congkak ni, terasa ape tau,
kalo ikut pengalaman kami memang ade betul gak rasenye.
sebab ape.. sejak haziq lahir kalo kiteorang balik kampung en. abah (dungun)
haziq kompem tak lena tido. Bila tepat kul 1pg ataupun 2pg, haziq akan melalak tak hengat.
bile buka lampu bilik & baca ayat-ayat barulah reda & tido balik sampai pagi. Makan masa gak.
mula-mula musykil gak kenapa.
Memang ade congkak mak mertua saya simpan bawah katil kami.
Tak fikir ape pon mase tu.. saya series tak tau ape-apa psl congkak ni.
Buat sekelian kalinya, dua minggu sudah kami stay dungun (kenduri sepupu en. abah)
Haziq tak de masalah terjaga tengah malam pun mcm sebelum-sebelum ni..
Nyenyak sampai ke pagi.
Sampai la hari nak balik tu, kemas-kemas & selak bawah katil, Congkak yg biasanye tersimpan kat bawah katil kami rupanye en. abah dah pindah kat tempat lain mase hari pertama kami sampai. Cuma en. abah tak bgtau saya. Bila sampai KL barulah saya sembang dgn en. abah pasal perubahan haziq yg dapat tido nyenyak, saya selitkan sekali psl congkak dah takde di simpan bwh katil kami. Rupanye selama ni en. abah tak tau ade congkak kat bawah katil.
yang saye ni pula tak penah tau ada kisah seram sebalik congkak. Memang tak penah saya cakap kat en. abah ade congkak bawah katil.
Sejak filem congkak ni ade, baru saya terfikir mungkin haziq tak lena tido selama ni, berkaitrapat dgn congkak yg ade bawah katil kami.
Itu yg Saya baru bgtau en. abah ade congkak kat bawah katil, itupon Mase kami balik dungun bulan 3 yg lepas. Mase on the way dr dungun ke KL gak story mori psl congkak ni.
Sebab tu kami rase mcm logik kesah di sebalik congkak yg ada dlm filem ni.
kami sendiri pernah berpengalaman.
Oleh itu jauhkan la congkak bila ada budak kecik yer.. tak salah kan kalo berwaspada.
:-)
p/s: bila flash back balik kisah ni, meremang gak rasa..

Sunday, June 21, 2009

Happy Father's Day

pimp myspace profile
dengan ini, saya mengucapkan selamat hari bapa untuk abah saya,
untuk suami saya, Abah haziq..
untuk along & angah saya. yg telah lama menjadi bapa..
dan selamat hari bapa utk golongan bapa di Malaysia
dan di seluruh dunia.,
sesungguhnya jasa bapa tak kurang hebat juga.
tanpa kehadiran bapa sekalian, maka tak lengkap la kasih sayang anak-anak.
sekian, terima kasih..

Thursday, June 18, 2009

khas utk dia..

pimp myspace profile
' Happy Birthday to You...
Happy birthday to You..,
Haaapy Birthday to AIZAT HAZIQ..,
Happy Birthday to youuuuu....'
selamat hari lahir untuk anak ibu & abah yg ke 2 tahun.
doa kami,
moga Haziq jadi anak yg soleh,
Yg baik, Yg Pandai, pandai jaga diri,
anak yg mendengar kata,
jadi org yg berguna.. dan sihat sentiasa, Amin.
abah & ibu sayang haziq.
terima kasih hadir antara kami, & beri peluang pada kami utk menyayangi.
gelaran ibu & abah yg haziq berikan pada kami,
tak ternilai dgn kata-kata...
p/s: haziq boleh segar bugar & ala-ala temper hingga ke pukul 12, lepas kami nyanyi besday to you & wish-wishing, baru dia cool & ceria. Tak cayer?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
memang sukar nak snap gamba hero ni skrg. Candid je la.. tu pon ikut nasib.

Wednesday, June 17, 2009

GILO!

pimp myspace profile
Saya kini Sangat, sangat, dan sangat Gila dgn ini ;

sinopsis: "Mengisahkan kehidupan Ust Hassan Albasheer dan Hjh Khadijah serta 2 orang anak lelaki yang berbeza perwatakan. Aidil seorang abang yang lemah lembut,bersopan dan pegangan agama yang tinggi.Adam pula seorang yang kasar,hidupnya juga dipengaruhi budaya barat."

Dibintangi oleh Fizz Fairuz,Remy Ishak,Tiz Zaqyah,Jalaluddin Hassan, Liza Othman,Ayu Raudah,Sharifah Sofea.

tak sabar tunggu hari jumaat, leh layan Nur Kasih.. sungguh touching... huhuhuhu,
camne la kesudahan cerita ni, cerita macam ni la bagus. Wahai pembikin drama yg baik hati sekalian, lain kali banyakkan lah drama² yg sebegini dari sentiasa memplotkan dunia korporat. Bukan nya semua orang hidup dlm Dato' Datin's background.. Tq!

Monday, June 15, 2009

kenduri belah lelaki - 13 June (Semenyih)

pimp myspace profile
majlis jamuan makan pihak pengantin lelaki di buat di La Pelangi, pusat rekreasi Tmn pelangi, Semenyih. Sebelah swimming pool. Sedang elok kami masuk ke khemah, hujan turun dgn sederhana lebat. Ape kate org, hujan rahmat..
menu adalah nasi beriyani. Perot tgh lapo, tak toleh pengantin ade ke tak de, zasss makan.!
selesai makan, kami ke rumah mak pengantin lelaki, ade jamuan kecik pula di sana. jawapnye, sesi makan seharian ..
sebabkan pihak lelaki tiada sesi bersanding maupun berpelamin, lokasi bergambaran bersama pengantin cuma la di bilik pengantin. dgn cermat & hati-hatinye saya, menyenget je dok tepi pengantin kat atas katil. takut woh! reramai naik atas katil, kang roboh. tak pasal jer.
parent pengantin pompuan & mak-mak sedara pengantin pompuan., dan ini saya, kirenye pra balas dendam la saya melaram kat majlis kali ni.
aritu saya sempoi je belah pompuan, (almaklumlahh byk buat korje mase tu)
buleh mase sesi salam menyalam pihak lelaki dgn saya,
ade satu mami tu tanye,
"ni sekolah lagi ka kerjaa??, oo sekolah yaa...??!"
dgn muke tercengang saya jawab, "ehh daik aih! kerja dahhh.."
mami tu jwb lg, "laa.. kerja dah??? ingat sekolah lagii...!!" ~**buleh gitu??
Kali ni takde org tego saye budak sekolah lagi.. punye dah lame org tak kate saye budak sekolah, tetibe aritu ade lagi org assume saye budak sekolah.
kali ni, mesti dorang kate uih mak org dah.. hehehehe..

tetibe jadi besday party

pimp myspace profile hari ni saya EL yer.. due to haziq demam. Very the panas. pagi td pon still panas. Cepat2 bagi ubat. Dah agak lame haziq tak demam. Meybi demam ni demam 2 taun dia kot.. ubah umo. jumaat aritu rumah cotetcomel saya agak ramai rakyat jelatanya. sabtu tu kan ade kenduri belah lelaki sepupu yg kawin kat dungun ritu. kendurinye di semenyih yer. mereka 2 kereta konvoi dr dungun stret to klang (rumah ipar no 3 saya )
tido smlm kat klang, jumaat ptg dah sampai rumah saya.. wahh meriahnye raya! dorang dah siap bawak kari ayam dr klang. saye selaku tuan rumah yg rajin & baik hati terus tak lengah masak kan nasi, tumis sayo campo & goreng ikan masin.. sekejapan je siap.. tetibe terdengar MIL saya, "eh! sempat lagi dia membuat semua ni...??!" wahh pujian ke tu... ngeh..ngeh..ngehh.. vangge acik! selesai makan nasi, biras no 3 saya terus keluarkan kek. Hari ni (12hb Jun) besday dia. Kebetulan jatuh tepat mase tgh ramai2 ni. Abg Ipo saya sempat lagi belikan kek besday utk isterinye yg ter chenta.sblm sampai rumah rumah saye. Kek tu Super SEDAAPPP! Kek Ais Krim tuuu.. dan tanpa di duga, besday party yg meriah telah berjalan dgn lancar & licin di rumah saya.. kek tu kek ais kerim yg sedap, langsai dlm beberapa minit sahaja.. nyum..nyum.. seorang dpt sepotong je. tiada tambahan, hepi besday che ngah.. byk oh kejadian berlaku dlm bulan June dlm famili en. abah. June dlm family saya = besday haziq, anniversary saya, besday mak & adik saya June dlm family en abah = anniversary kami, besday che ngah & anaknye Mizi, anniversary mak lang & besday anaknye juga.
selesai mkn kek, kami beramai2 terjah bowling endah parade. Mem bowling sampai kul 2 pg. MIL & biras saya x ikut. lelain semua follow.. riuh.