Monday, January 5, 2009

sejenak..,

pimp myspace profile petikan dari MOnline.., Duta Palestin harap Obama dapat hentikan keganasan Israel KUALA LUMPUR: Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh melahirkan harapan agar bakal Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama akan dapat membantu dalam proses perdamaian dan menghentikan keganasan tentera Israel yang menduduki negara Palestine. Katanya, rakyat Palestin menanti nanti bagi mencapai kedamaian lebih daripada orang lain di dunia ini memandangkan mereka telah merana akibat keganasan dan pelanggaran hak-hak kemanusiaan lebih daripada 60 tahun. "Kami hanya meminta hak-hak individu kami, kami mahu hidup bebas dan merdeka. "Kami mahukan kasih sayang dan keamanan bagi kawasan kami, anak-anak kami mahu bermain, mereka mahu pergi ke sekolah dan memiliki alat mainan, bukan senjata," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini hari ini. Aboughosh juga berharap Obama akan membantu menyelesaikan masalah teras di negara-negara Timur Tengah demi kestabilan dunia. Katanya, perjanjian dalam proses perdamaian Isreal-Palestin semasa sidang kemuncak Annapolis tahun lepas, bagi penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka adalah sukar dicapai. Perjanjian Annapolis adalah persetujuan yang dicapai di antara Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel Ehud Olmert di Annapolis, Maryland, di Amerika Syarikat pada 27 November tahun lepas, dalam usaha untuk mewujudkan keamanan di antara Palestin dan Israel. "Kami semua menunggu sehingga akhir 2008 untuk menyaksikan kenyataan dan wujudnya sebuah negara Palestin yang merdeka seperti yang dijanjikan Presiden Bush (semasa sidang itu). "Tapi, malangnya hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2008, hingga infrastruktur rosak dan dimusnahkan oleh pesawat Israel dan pasukan tenteranya. "Kita dapati runtuhan di bumi Palestin dengan cebisan daging manusia berselerak di semua kawasan di Semenanjung Gaza yang disebabkan oleh bom risikan yang mereka gunakan," katanya. Aboughosh berkata, rakyat Palestin optimis dan percaya bahawa keganasan dan pendudukan itu akan ditamatkan dan berharap tahun 2009 akan menjadi masa terbaik untuk menyelesaikan semua masalah dan mereka boleh mencapai kemerdekaan dan hidup bebas seperti orang lain. "Kenapa pencerobohan (Israel) tidak boleh ditamatkan. Dalam abad ke-20 ini, tiada pencerobohan berlaku di mana-mana di dunia ini kecuali Israel yang menceroboh Palestin. "Kami percaya bahawa kami boleh mendapat hakhak individu, harapan itu tidak pernah mati kerana kami akan terus sedaya upaya untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara kami," katanya. Beliau turut mempersoal Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana tidak mengambil tindakan segera bagi mengekang keganasan dan pembunuhan kejam di negara itu. "Kenapa sehingga sekarang, Majlis Keselamatan (PBB) tidak mengambil sebarang tindakan segera untuk menghentikan keganasan Israel, bukankah darah dan rakyat Palestin sama dengan darah orang lain. "Kenapa mereka melindungi setiap bahagian daripada perang itu tetapi bila tiba kepada Palestin, mereka tidak mengendahkan rayuan kami bagi mendapatkan perlindungan antarabangsa bagi rakyat kami. "Kenapa mereka tidak meminta Israel untuk menghentikan pencerobohan itu, adakah Israel berada di atas undang-undang. "Undang-undang antarabangsa bukan untuk sesetengah negara sahaja tetapi untuk semua dan mereka yang melanggarnya mesti dihukum," katanya melahirkan kesedihannya. Beliau merayu masyarakat antarabangsa untuk bersatu dan menghentikan keganasan Israel dan memberi perlindungan kepada rakyat Palestin daripada pencerobohan dan pembunuhan kejam yang berterusan. BERNAMA .."tengok selingan dalam buletin utama malam tadi, teresak-esak saya menangis tengok kekejaman yg berlaku pada sedara seislam kita, Bumi Paletine teruk di bedil dek peluru, roket israel. Bersama-sama la kite panjatkan ribuan doa agar mereka selamat & aman dari kekejaman. Aminn"...

2 comments:

Fara said...

Fara tgk solat jumaat tv1. dgr khatib baca doa sampai menangis dibuatnya. Huhuhu...

ietams said...

sedih kan