Wednesday, June 18, 2008

Satu Tahun Suda..

Hari ni kan my Haziq's Birthday.. tak sangka dah setahun umurnya anak ibu ni.. malam td Haziq tido awal.. ingat kan nak wish besday kul 12 mlm td.. rupenye kul 9 lebih Haziq dah tido.. takpe la, Ibu wish juga la kann kat telinga Haziq.. walaupun mungkin kata-kata ibu terngiang-ngiang dalam mimpi Haziq. Sempena besday Haziq ni, Ibu wish;
  • Selamat Hari Lahir Sayang,
  • Semoga anak ibu ni jadi anak yang baik yerr..,
  • Jadi anak yang soleh ye sayang taat dgn ibu dan abah,
  • Jadi muslim yang mukmin, taat pada perintah Allah
  • Semoga Haziq jadi anak yang cerdik & bijaksana
  • Terima kasih ye sayang..,bagi peluang ibu jadi "Ibu", tak sangka dah jadi Ibu selama setahun. {huhuhu.. ayat yg ni tak tahan.. bikin rebeh air mata...so touchhh...}

Mari kite tengok Haziq nye tracking ehh...


ha... gamba mengeliat ni masa haziq kat atas katil spital serdang tu ha. Baru 1 hari jenguk dunia.. ehh! blom pun cukup satu hari, lahir kul 1.12a.m. masa amik gamba ni kul 1tgahari. baru 12 jam la kot ek.. dah ngamuk tanak bedung... buka la kejap kan.. tayang la body tu kat tok-tok, haziq punye muscle kannn.. hahaha..
setelah kekenyangann.. terlena seketika.. gamba ni masa haziq umo 3 hari
Ni la muka haziq masa umo sebulan, masa ni dia dah aktif bagai dahh..lepas pantang hari yg ke 50, pegi jalan Melaka.. Gilos betull ibu haziq ni kan... kemaruk sgt nak jalan. sekali jalan terus ke Melaka, konon boring sangat la diri kene pantang segala. Fikir balik, bagus sebenarnye berpantang ni.. boleh menyihatkan badan sendiri. Nak pakai lama tuuu..kene la jaga kan
haziq umo 3 bulan.. seronok dia..
Haziq 3 bulan lagii...
Haziq 4 bulan.. dia dah menunjukkan minat terhadap makanan. amat kesian pada dia, bile tengok org makan depan dia, sedih je nampak dia terliur sangat nak makan
makin bujang.. gamba masa 4 bulan lagi
haziq 5 bulan. makin cerdik.. dah pandai meniarap, duduk & cubaan utk berdiri

haziq umo 6 bulan, dah jalan semesia dah.. pegi kenduri kawen bagai.. makin tambah suke jaln org bujang nii..
haziq 6 bulan juga, makin bising mulutnye.. dah makan. tak baper byk pun makan. prefer susu lagi dari makanan.. BUT!! bukan susu formula tau... ehem.. ehem.. sendiri mau ingat la...

haziq 7 bulan.. makin aktif & cerdik. kurang tido dan lebihkan masa bermain..
cuma ada gamba haziq setakat 7 bulan je.. bile dah load gamba haziq dr 8 bulan sampai to date, akan bersambung semula bila sampai tika & waktunya..


No comments:

Sensasi nya..,

Us together..